Tentera Jepun lebih menakutkan daripada tentera AS yang mendarat di Pulau Kume
"Tentera Jepun lebih menakutkan daripada tentera AS yang mendarat di Pulau Kume"
Nama: Encik Shoken Motonaga (23本永昌健)
Tarikh Lahir: 21hb Januari 1929 (16 tahun pada masa itu)
Pulau Kume tidak mengalami kerosakan yang teruk akibat perang. Yang menderita kerana perang juga tidak begitu ramai. Di pulau Kume, satu kedai pun tiada. Sudahlah tiada wang, kedai juga tiada dan barang yang ingin dibeli juga tiada. Semua orang membuat kelengkapan tentera di negara kami. Bagi pakaian pula, kami hanya dapat membeli dua pasang kasut sahaja selama lapan tahun, dari darjah satu hingga ke tingkatan 2. Selain dari itu, kami berkaki ayam. Pakaian saya pula, jika terkoyak, saya akan tampal, dan akhirnya nampak macam peta dunia. Pakaian saya ada peta dunia. Kasut tak pernah saya sarung. Jadi, kaki saya pecah danmerekah, sabun pun tiada. Hidup sangat susah. Perkara yang sangat menyeksakan bukanlah makanan, tetapi apa yang saya katakan tadi.
Temuramah Pernahkah kamu diajar tentang perang dan lain-lain di sekolah?
Terdapat kuil penyembahan yang dihiasi dengan gambar Maharaja dan Maharani. Saya akan tunduk sepenuhnya untuk memberi hormat, sewaktu hendak pergi ke kelas. Waktu pertama akan dimulakan dengan taklimat, guru kelas akan datang dan kami akan tunduk hormat kepada "Tuhan Amaterasu" yang terletak di bahagian atas papan hitam. Tuhan yang bersembunyi di gua legenda Amano-iwato. Sudah tentu tidak wujud gambar sebenar Tuhan itu, jadi kotak sebesar ini diletakkan di situ. Pelajar dari darjah 1 hingga tahun 2 sekolah tinggi menghadap ke arah kotak yang dianggap tuhan Amaterasu itu dan menunduk dengan hormat. Caranya sekali tepuk dua kali tunduk. Selepas itu, kami mendengar taklimat cikgu dan waktu pertama pun bermula.
Sekitar permulaan Insiden China, orang-orang yang mempunyai kekuatan fizikal akan dibawa ke medan perang. Di kalangan orang-orang itu ada kelompok yang sangat ganas. Sekitar tahun 1939 dan 1940, ada yang kembali ke pulau Kume, setelah tamat perkhidmatan dalam tentera selama 3 ke 4 tahun. Dan tidak lama selepas itu, tentera AS telah mendarat di pulau Kume. Ketika pendaratan itu, kumpulan yang balik dari peperangan di China telah menjafi sangat takut dan menggigil-gigil. Jadi, orang-orang yang bukan askar dan tidak pergi ke medan perang mengatakan, "Pengecut. Mana ada orang bodoh yang sudah pergi jadi askar tapi takut dan menggelabah macam ini. Bukankah kamu pernah mencari rezeki dengan menjadi askar".
Apa yang mereka takutkan adalah kerana mereka telah melihat kezaliman dan pembunuhan yang telah mereka lakukan di China. Dna mereka fikir yang Amerika juga akan mengulangi perkara yang sama kepada rakyat Jepun, malah dengan lebih teruk. Kami ada bertanya, "Kenapa, kamu semua, menggigil ketakutan ketika Amerika mendarat waktu perang". Mereka mengaku, "Takkan kamu tidak tahu? Semasa tentera Jepun berperang di China, kamu pasti pernah mendengar tentang kekejaman yang telah dilakukan. Perkara sebegitu kami lihat dengan mata kami, sebab itu kamiamat takut bila memikirkan perkara sama akan berlaku di sini.".
Tetapi, bagaimana pula dengan tentera Amerika yang telah mendarat.
Hanya ketua kampung yang tinggal di belakang rumah ini telah dibunuh oleh Amerika, tiada siapa lagi yang terkorban. Dari kalangan askar-askar yang ditugaskan dalam bahagian strategi perang di pergunungan pulau Kume, seramai kira-kira 30 orang telah dibunuh oleh Kapten Kayama. Askar Jepun juga membunuh antara kalangan sendiri, dengan pistol.
Bapa saya, telah berbincang untuk menetapkan ke mana untuk pergi berlindung. Mereka telah mendarat dari arah Shimajiri (pulau Kume). Masih ada masa sebelum Amerika sampai ke sini. Jadi, mereka berkumpul di balai raya untuk berbincang. Penghulu kampung Nakachi diikuti diikuti oleh 4~5 orang guru sekolah juga berada di situ. Ketua kumpulan dan askar-askar yang telah kembali dari medan perang berkumpul di balai raya. Mereka berbincang mengenai cara-cara pemindahan. Dan, mereka berbincang dengan sambil lewa dan mengeluarkan pendapat, tetapi akhirnya tiada penyelesaian. Walaupun ada kemahuan untuk menyelamatkan diri, tiada siapa yang berpengalaman untuk berpindah ketika musuh datang mendarat, jadi tiada siapa yang tahu bagaimana untuk pindah.
Ini adalah kisah seorang tua yang berumur kira-kira 80 tahun pada waktu itu. Apabila anak lelakinya pulang daripada mesyuarat pemindahan itu, katanya dia telah bertanya, "Apa kesimpulannya? Charnatu". Dia menyatakan bahawa tiada jalan penyelesaian dan kita semua telah membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang sesuai mengikut kehendak masing-masing. Ingatlah kata-kata hikmat orang tua ini. Ingat betul-betul ya. "Sebuah negara yang menewaskan negara Yamato, negara Yamato ini adalah negara yang mempunyai tahap teknologi yang lebih tinggi daripada Yamato.", katanya. Kata-kata sangat bernas bukan? Jangan membunuh orang sesuka hati. Negara yang menewaskan Yamato mesti mempunyai tahap teknologi yang lebih tinggi dan mereka pasti tidak membunuh orang sesuka hati maka berpindahlah mengikut di mana adanya air, katanya lagi. Seperti yang dikatakan oleh orang tua ini. Air mengalir dari gunung. Sawah ada di sana. Di belakangnya ada gunung dan di situlah tempat semua orang berlindung. Kalau di sana kita boleh mendapatkan air minuman. Ubi memang ada, jadi jika boleh mendapatkan air maka selesailah masalah kita semua. Orang-orang yang berlindung di sana telah kembali dari gunung dengan tidak diserang sebarang penyakit langsung.
Cikgu telah memanggil 12 orang termasuk saya dan menyuruh kami duduk dan cuba meneka apa yang dia akan katakan kepada kami. Kami semua sangat teruja. Kami gembira kerana akhirnya esok akan bermula persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Tiba-tiba, perkara yang tiada kaitan langsung. "Mulai esok, kamu semua mesti pergi ke kem dan sampaikan berita dari sana.", katanya.
Temuramah "Berita?"
Pengumuman daripada ibu pejabat kerajaan.
Temuramah "Oh, ya betul!”
Orang yang tinggal di gunung sahaja hanya tahu. (Anda tidak akan dapat maklumat jika anda tidak pergi ke berek tentera Jepun di kawasan pergunungan). Memandangkan keadaan itu serius, kami diletakkan dalam satu kumpulan yang terdiri dari 2 orang, dan pergi ke gunung untuk mendapatkan maklumat. Sebelum beralih ke gunung itu, kami kena pergi ke bilik pengetua. Nama saya Motonaga, jadi saya kata, "Motonaga dan Jyoshu, sekarang, pukul ○○, akan berlepas dari sekolah awam dan pergi ke berek tentera untuk mengambil berita.", sebagai ucapan hormat di hadapan pengetua, dan kami berdua saling menghadap bagi membentuk kumpulan. Kami pun berlari untuk pergi ke gunung.
Semua pengumuman itu adalah pembohongan daripada ibu pejabat kerajaan. Saya telah pergi sebanyak empat kali. Saya terus dapat merasai bahawa berita itu adalah bohong pada kali ketiga, atau kali kedua. Sekarang pun saya masih ingat. Kenyataan akhbar itu.
Tentera laut dan tentera udara kita berjaya menenggelamkan kapal musuh di kawasan arah ke Taiwan. Kapal induk pengangkut pesawat telah dimusnahkan. Kemudian, di pihak kita, hanya dua atau tiga pesawat yang termusnah. Begitulah, mereka mengumumkan kemusnahan yang sangat tidak masuk akal. Mereka mengumumkan bahawa berjaya menenggelamkan semua kapal induk pengangkut pesawat, dan kapal perang musuh dalam berita itu.
Sebenarnya, kapten bernama Kayama ini telah membunuh ramai orang di Kitabaru. Kalau kapten ini hidup dan perang di Okinawa berterusan selama setengah tahun lagi, tentu lebih ramai penduduk pulau ini yang akan terkorban.
Sekarang, dalam perlembagaan damai, senjata tidak akan dibuat dan tidak akan dibawa masuk, dijamin oleh Perlembagaan. Walau bagaimanapun, saya sangat takut kalau-kalau perlembagaan itu dipinda. Saya fikir walau apa jua terjadi, peperangan harus dielakkan. Saya rasa kebanyakkan masalah boleh diatasikan dengan diplomasi damai. Walau apa jua pun cuba elakkan perang, gunakan diplomasi damai bukan kuasa tentera dan saya mahu dasar negara kita diteruskan.