LANGUAGE

LANGUAGE

Hanya meneruskan hidup di lubang perlindungan dari serangan udara

Hanya meneruskan hidup di lubang perlindungan dari serangan udara

Nama: Puan Fumi Matayoshi (24又吉 文)
Tempat Lahir: Kuroshima
Umur Pada Masa Itu: 25 tahun
Jawatan Pada Masa Itu: sedang menerima rawatan perubatan dan pemulihan di Pusat Rawatan Airakuen

[Apabila bunyi pesawat tidak kedengaran]
Pada masa itu, bila malam tiba saya akan menggali lubang untuk persembunyian. Oleh kerana kami masih muda dan lilin pun tidak ada, kami bakar sedikit minyak dan di bawah cahaya itu semua orang lelaki akan menggali lubang, manakala wanita muda pula membantu mengumpulkan tanah ke dalam bakul untuk dialihkan ke tempat lain. Tiada makanan pada waktu siang, kami terpaksa tunggu di dalam lubang, kapal terbang sentiasa lalu, kerana takut ditemui, kami tidak keluar dari situ. Memang menderita kerana tiada makanan dan perut kami sangat lapar. Waktu malam kami akan pergi mencuri. Kami akan menyelinap ke Untenbaru, gali ubi di kebun dan sembunyikan dan pada waktu malam apabila bunyi kapal terbang tidak kedengaran lagi, kami rebus sedikit dan makan sedikit demi sedikit. Pengagihan dari Pusat Rawatan pun hampir tiada. Sehari sekali, kami dapat makan nasi hanya dua suap. Tetapi, waktu itu saya tidak terfikir perut sedang lapar.
Pesawat menjatuhkan bom setiap hari. Agak aneh yang manusia, apabila sudah terdesak, sampai boleh lupa rasa lapar.

[Kebumikan orang mati ke dalam pasir]
Kerana tiada kaedah merawat, kami terpaksa biarkan begitu sahaja. Apabila luka di tapak kaki, luka akan membusuk jika tidak dirawat, kuman akan berjangkit dari situ dan menyebabkan demam, orang yang berumur akan mati dulu. Suami saya mendapat benjol panas, itu adalah tanda-tanda kusta dan dia demam juga. Terdapat berbagai-bagai tanda penyakit kusta. Ada orang yang kakinya terpaksa dipotong, ada orang yang memotong tanpa menggunakan ubat suntikan, dan tiada seorang pun jururawat. Memang perit ketika itu. Di dalam lubang itu, nenek, orang-orang yang badannya lemah, kesemuanya pergi terlebih dahulu. Semuanya mati kerana tiada kaedah rawatan, tiada suntikan, tiada ubat-ubatan, dan tiada jururawat. Bila mati, kami galikan lubang di pantai, dan kuburkan ke dalam lubang itu. Ada tempat pembakaran mayat, tetapi kami tidak boleh menyalakan api, dan kerana mayat tidak boleh dibakar, kami kebumikan di dalam pasir. Semuanya sama seperti haiwan, betul-betul kasihan. Waktu dimasukkan ke dalam lubang, masa suami saya mati dulu pun saya gali lubang dan kebumikannya, sebatang colok pun saya tidak dapat nyalakan.

[Basuh seluar dengan beg tepung]
Perang menyebabkan anda hidup sehelai sepinggang. Sambil membuat cabutan undi, orang Amerika akan mengagihkan baju lusuh sehelai demi sehelai. Semua beratur dan menunggu, cabut undi dan jika kena, kami meleraikan sisa-sisa kain dan buat baju, atau jahit seluar. Beg untuk isi tepung itu besar dan berwarna putih, selepas isinya diagihkan, beg yang tinggal akan digunakan untuk menjahit seluar.

[Makanan yang diperolehi daripada tentera Amerika]
Tentera Amerika sangat menakutkan oleh itu pada mulanya saya tidak keluar dari lubang persembunyian. Walau tentera Amerika memanggil, "Marilah. Marilah", saya tidak keluar dan menggeletar dalam lubang kerana fikir akan dibunuh. Tentera Amerika memanggil, "Marilah, marilah", dan memberikan sebatang rokok kepada setiap orang. Dengan itu, saya mula membiasakan diri. Apabila kami melihat tentera Amerika dan kami sudah boleh menyapa, "Minta rokok". Askar Amerika yang mudah simpati dan dia membahagikan biskut di dalam tin dia itu.