LANGUAGE

LANGUAGE

Diarahkan supaya menyuntik kalium sianida ~ pengalaman di hospital medan perang di Kochinda ~

Diarahkan supaya menyuntik kalium sianida ~ pengalaman di hospital medan perang di Kochinda ~

Nama: Puan Haru Fukuyama (22譜久山ハル)
Tarikh Lahir: 5 hb Jun 1928
Tempat Lahir: Yonagusukuson
Pada Masa Itu: Tentera pelajar wanita (Tentera pelajar plum putih)

■ Ditugaskan sebagai Pasukan Sfera di hospital medan perang Oktober 1945
Saya rasa ia adalah sekitar pertengahan Oktober. Satu kawasan di Ginowan.
Kami diberitahu, "Jangan lupa untuk berkumpul di sana", dan kami semua berkumpul.
Pada masa itu, kami pelajar tahun kedua. Arahan telah dikeluarkan supaya, "Pelajar tahun dua pergi ke Pasukan Sfera, dan pelajar tahun tiga pergi ke Hospital Tentera Laut".
Kami tanya kepada guru pengarah, "Adakah kami akan pergi dengan tangan kosong?".
Guru pengarah menyatakan, "Tuan Gabenor akan turut menjadi saksi. Lesen jururawat akan diserahkan. Walaupun anda semua, tidak menamatkan pengajian secara rasmi, anda layak untuk menerima lesen ini. Apabila sampai ke pasukan, jawab dengan, "Ya, saya mempunyai lulusan hospital negeri", dan tunjukkan ini. Anda akan dianggap sebagai jururawat yang berlayakan. Jika anda fikir anda hanya belajar, dan tidak yakin, katakan, ‘Tuan pakar, Saya telah belajar di sekolah dengan cara ini, betulkah cara ini?’, nyatakan perasaan kamu. Dengan cara begini, iaitu bertanya kepada doktor, atau doktor yang merawat pesakit, adalah menjadi tugas kamu", katanya. Semua orang telah menerima sijil masing-masing, dan, bergerak ke arah Pasukan Sfera.

■ Dua orang tua yang telah dibunuh kerana kesalahan mengintip
Dan, ini yang berlaku setelah saya sampai ke pasukan di Kochinda.
Atuk-atuk itu yang berasal dari Okinawa telah datang dengan membawa bekas kecil. Seorang itu datang menjual ubi dan seorang lagi datang menjual gula perang yang melekat di periuk.
"Adik, belilah" kata datuk itu yang tidak tahu bahasa kebangsaan. Lalu saya berkata, "Berapa harga untuk semua yang tinggal?", masa itu sebiji ubi 10 yen.
Saya tidak mempunyai wang, "Saya tiada wang kerana belum mendapat gaji pertama lagi." kata saya sambil bertanya, "Sarjan Yoneda, boleh pinjamkan sedikit wang kalau ada". "Saya tidak tahu bila boleh pulangkan. Kalau kembali ke dunia abadi pun saya tak tahu boleh pulangkan atau tidak", kami berdua bersembang sambil berjenaka, seorang doktor pakar yang berada di situ menyampuk, "Belilah, Uekado. Aku yang bayar, berapa harganya". Ubi dua butir 20 yen, gula perang, kalau besar ini, dulu 10 yen. Saya rasa aneh dengan kelakuan doktor pakar itu, akhirnya, saya pinjam 30 yen, dan beri wang itu kepada atuk itu.
Dan atuk-atuk yang tidak mahir berbahasa kebangsaan itu berkata, "Kami tidak faham bahasa kebangsaan, bahasa tanah besar". "Orang-orang tua yang tak mahir berbahasa kebangsaan tak akan melakukan perkara jahat, betul taktuan doktor." kata saya sambil tersenyum, dan sebaik sahaja saya mula beredar, kerana tempat itu adalah dewan makan dan tempat orang masak nasi. Doktor pakar itu berkata, "Hei, tunggu" kepada orang-orang tua itu. Bila saya tanya, "Kenapa?", doktor pakar itu menyatakan, "Orang-orang tua ini adalah pengintip yang datang dengan menjual ubi dan gula perang". “Walaupun orang tua, pakaiannya cantik. Tak silap lagi, mereka pengintip kerana pakaian mereka begitu" katanya.
Pada masa itu saya telah sujud dan merayu sedaya upaya. Kalaulah orang-orang tua ini bapa saya, dan akan dibunuh dengan pedang lebar yang dibawa oleh doktor pakar menyebabkan perasaan saya betul-betul ingin mati bersama mereka. Jadi, bila saya tanya, "Tuan doktor, hanya kerana mereka datang untuk menjual ubi dan gula perang kepada saya, hanya kerana saya telah membelinya, apa yang doktor akan lakukan kepada orang-orang tua ini?", doktor pakar itu jawab, "Bunuh".
Jadi, Sarjan Yoneda pun, mengikat tangan kedua-dua lelaki tua itu ke belakang, bukan seorang sahaja, kedua-duanya akan dibunuh. "Kamu akan dibunuh kerana datang menjual ubi 10 yen, gula perang 10 yen, dan sudah menjadi masalah besar kepada anda berdua" kata saya dalam dialek, ini adalah perbuatan jahat. Bagi seorang doktor tentera. "Apa yang kamu katakan? Maksudnya apa?", sergahnya.
Saya jelaskan kepada doktor tentera itu, mereka datang menjual untuk mendapatkan 10 yen, dan menjadi satu masalah besar, tetapi dia tetap tidak percaya. Akhirnya, doktor pakar itu, menyerahkan pedang lebar yang dimilikinya kepada sarjan, dan berkata, "Gunakan ini untuk selesaikan mereka", akhirnya, kedua-dua orang tua itu telah dibunuh di hadapan saya.

■ Sepupu saya dibawa masuk
Orang yang mengalami kecederaan, telah dibawa dan dirawat, orang yang tidak boleh berjalan dimasukkan ke wad, dan orang yang boleh berjalan dibenarkan pulang, apabila saya sedang bersembang-sembang, tiba-tiba sahaja sepupu kepada isteri abang saya dibawa masuk. Sepupu saya adalah seorang pelajar jurusan pertanian dan perhutanan. Apabila saya menoleh terus saya tahu, "Oh, orang ini adalah orang dari Ohta, Gushikawa. Sepupu kepada kakak ipar", saya kata, "Abang Hiroshi bukan?", "Ya" jawabnya, "Tunggu sebentar. Nanti saya akan terangkan" kata saya dan meninggalkannya.
Dan, saya bertanya kepada doktor tentera, "Di mana di mana ada katil yang kosong? Boleh dia baring di sini?" Doktor tentera berkata, "Saudara kamu?", saya jawab, "Ya, sepupu saya, tuan doktor". Hari itu, doktor tentera itu sangat baik, "Ya, kalau begitu saya akan ikut kata Uekado, bawa dia pergi ke tempat yang kamu fikir elok" katanya. Ketika itu, masih baik lagi.
Apabila tiba 1hb Jun, doktor tentera menyuruh, "Uekado, saya sudah bancuh kalium sianida dalam baldi, kamu pergi suntik satu persatu".
Masa itu, saya berkata, “Eh, tuan doktor mahu bunuh semuanya?", doktor tentera kata, "Yang terakhir sekali kamu, sarjan Yoneda, dan koperal Ida juga, akan melakukan suntikan. Kamu suntik, kalau ada yang tinggal (kalium sianida atau masih hidup) saya akan lakukan. Kalau tak ada yang tinggal saya tak buat”.
Saya kata kepada sarjan Yoneda, “Tuan sarjan, boleh saya tumpahkan saja”.
Tidak lama selepas itu, saya kata, "saya tidak akan lakukan suntikan, tuan doktor. Walau akan dipukul atau dibunuh dengan pedang lebar, saya tetap tidak akan suntik", doktor tentera jawab, "Baiklah, suapkan saja". Akhir sekali, tentera perubatan yang melakukan suntikan. Tentera perubatan yang datang dari tanah besar juga.
Pada 1hb dan 2hb Jun, akhirnya arahan supaya, "Suntik kalium sianida, sebelum pagi 2hb" dikeluarkan. Petang itu kami kembali ke ibu pejabat. Dari kawasan Kochinda di Kochindacho ke Tomori.

■ Semasa pembubaran, doktor tentera telah menyerahkan satu beg kain
Semasa pembubaran, doktor tentera telah menyerahkan satu beg kain kepada saya sambil berkata. "Gambar isteri dan anak saya, semuanya ada di dalamnya, resume pun ada. Gaji semenjak saya datang ke Okinawa yang tidak dapat dihantar kepada isteri dan anak saya. Gaji itu juga ada di dalam beg ini. Alamat isteri dan anak juga telah saya masukkan. Gunakanlah kalau kamu mahu ataupun hantarkan kepada anak isteri saya, pilihlah mana-mana yang kamu suka."
Saya bertanya, "Tuan doktor berasal dari mana?" pertama kali saya tanya dia begitu. "Toyama", katanya, "Oh, Toyama", jawab saya ketika mendengar ceritanya sambil berpura-pura tahu.
Doktor tentera itu menyatakan, "Toyama adalah kawasan luar bandar, lebih baik saya tidak nyatakan Toyama tadi. Tanah besar, tetapi di mana? elok katakan di mana agaknya" katanya. Doktor tentera itu berkata, "Tempat saya itu kampung".

■ Keluar dari lubang persembunyian dan berundur ke belakang seorang diri
Lubang persembunyian besar terletak di bertentangan dengan kedudukan “Menara Plum Putih” sekarang. Di Kuniyoshi. Lubang persembunyian Kuniyoshi ini, adalah lubang persembunyian yang sangat besar dan mempunyai tingkat atas dan bawah. Katanya di tingkat atas, ada lubang semulajadi dan satu lubang yang diduduki oleh orang awam.
Saya pernah mendengar pendapat, "Kuniyoshi adalah tempat di mana setiap unit bergerak, seelok-eloknya tidak pergi ke sana" yang dikatakan oleh sarjan Yoneda.
Hasrat saya adalah, tidak berjalan bersama-sama dengan sesiapa. Saya seorang, pergi ke arah belakang, turun ke arah selatan sejauh yang mungkin. Daripada pergi bersama-sama rakan sekelas, ataupun mana-mana kenalan, saya lebih suka berjalan seorang.


■ Bertemu dengan seorang makcik yang tinggal di Asato
Pada masa itu saya tidak tahu namanyatetapi ada seorang makcik yang saya temui bernama Yamashiro dan tinggal di Asato. "Kakak, mahu pergi ke mana?", makcik itu bertanya kepada saya.
Saya cakap, "Saya menjelaskan keadaan saya sebelum itu, sekarang tidak ada seorang pun yang saya kenali, dan saya akan turun menghala ke belakang. Makcik, hendak pergi ke mana?". Makcik itu kata, "Saya juga keseorangan, apa kata kita berdua berjalan bersama-sama". Dari Arakaki di Itoman, kami berdua telah pergi ke Makabi dan akhirnya menjadi tawanan di Yamagusuku.

■ Menjadi tawanan di kubu persembunyian Yamagusuku.
Pada masa itu, sesuatu yang luar biasa telah berlaku di bawah menara peringatan yang ada sekarang.
Sebab saya ditangkap adalah kerana di dalam lubang ini telah penuh dengan orang dan keadaannya terlalu panas, saya terpaksa keluar dari lubang.
Saya yang mula-mula keluar, dari lubang perlindungan ini. Kerana terlalu terseksa.
Saya katakan kepada makcik Yamashiro, "Makcik, marilah kita keluar. Kalau memang akan mati, lebih baik nikmati udara segar sebelum mati. Di tempat begini susah mahu bernafas kerana terlalu ramai orang. Sangat seksa dan saya tak tahu hendak buat apa". Saya yang pertama sekali pergi mendaki tangga.
Kemudiannya, makcik Yamashiro pun bertanya dari bawah "Bagaimana keadaannya", dan saya jawab, "Udaranya sangat segar". Tidak lama selepas itu, datang empat atau lima buah trak, mengepung kubu perlindungan Yamagusuku ini.