Pengalaman perang di Kanegusuku, Kumejima
”Pengalaman perang di Kanegusuku, Kumejima”
En. Shinko Shinjo, 85 tahun
(Asal: Kanegusuku, Kumejima-cho, Okinawa)
Waktu itu, semasa serangan udara mula-mula dilancarkan ke atas Kumejima, sedang kami berada di dalam kelas, kami terdengar bunyi pesawat. Kami fikir ia adalah pesawat Jepun, sedang semua orang bertepuk-tangan gembira, bom digugurkan. Kami terkejut lantas melompat keluar dari kelas dan melarikan diri. Keadaan di sekeliling, banyak bom digugurkan seperti sarang lebah.
Banyak kapal Jepun di jeti berhampiran hadapan dewan orang ramai. Serangan itu mungkin menyasarkan kapal-kapal tersebut tetapi perkampungan sekelilingnya juga turut diserang.
90 peratus dari senior-senior saya, askar terakhir yang dikerah telah merancang untuk berlepas dengan kapal tersebut, tetapi sebelum mereka naik kapal, ia telah diserang dan tenggelam. Jika kamu lihat Sekolah Tinggi Kumejima sekarang, di jeti di hadapan sekolah itulah tempat kapal berlabuh.
Pada waktu itu, hampir kesemua penduduk kampung dibahagi kepada beberapa kumpulan, dan membuat parit perlindungan serangan udara untuk bersembunyi. Walaupun saya menyebut parit perlindungan tetapi apa yang kami buat sebenarnya adalah membuka kubur-kubur, mengemas dan membuat ruang untuk kami bersembunyi di dalamnya. Di kampung ini, terdapat parit perlindungan semula jadi besar yang boleh memuatkan 40 hingga 50 orang. Banyak abu mayat di sini dahulu, orang kampung memasukkannya ke dalam lubang dan menimbus dengan tanah di atasnya. Hampir separuh dari penduduk kampung bersembunyi di situ.
Bila malam, kami pulang ke rumah dan masak ubi untuk makan. Makanan kami pada waktu itu hampir ke semuanya adalah ubi.
Waktu itu kapal-kapal yang masuk ke Kumejima banyak mengangkut barangan ke negara-negara selatan, seperti beras dan lain-lain. Bila dengar kapal sebegini telah diserang sebelum bertolak, orang kampung semuanya datang untuk menyelamatkan beras dari kelasi kapal, mereka membasuhnya dan makan. Namun, kami makan beras yang berbau minyak kerana keseluruhan dalam kapal penuh dengan minyak. Kalau tak makan kami akan berlapar, kami bahagi-bahagikan dan makan ia.
Apa yang saya kasihankan adalah anak-anak kapal tersebut. Kapal yang ditenggelamkan itu adalah kapal dari kumpulan yang kedua. Setelah kumpulan yang pertama berlabuh saya membasuh baju di telaga awam bersebelahan rumah saya. Saya mencedok air, membasuh dan apabila saya ingin pergi, saya dibawa hingga ke kapal. Oleh kerana rambut saya panjang, saya meminta rambut saya dipotong. Semasa saya ingin pulang dari kapal, seorang anak kapal berkata, “Hari ini kami akan berlepas, tapi saya tak tahu pun sejauh mana saya boleh pergi. Entah-entah kami akan ditenggelamkan.” Mereka berlepas sekitar jam 5, saya pergi ke atas ladang di bukit untuk melihat. Sebaik sahaja saya lihat, kapal itu telah diserang.
Keadaan di kampung pada waktu itu
Jika senior dengar saya guna walaupun sedikit sahaja dialek, saya akan dipukul. Kemudian tag dialek akan digantung di leher dan sehingga ada orang lain yang menggunakan dialek, saya tidak akan dapat membuka tag dialek tersebut.
Waktu itu jika kita ke tanah besar untuk bekerja, kami tidak dapat layanan sepatutnya. Saya sering berbohong dengan tidak berkata bahawa saya orang Okinawa. Kerana ia adalah zaman orang Okinawa dibeza-bezakan dengan teruk.
Suasana perang di Kumejima
Sebenarnya saya lebih takut kepada askar Jepun daripada askar Amerika. Semasa tentera Amerika mendarat, yang datang untuk memandu arah adalah En. Meiyu Nakandakari. Beliau memandu askar Amerika datang, dan beliau meminta kepada tentera Amerika, “Saya yang bertanggung jawab jadi janganlah tembak.”
Beliau mengetuai penerangan dan semua yang lain bertenang sahaja, malangnya beliau dicurigai sebagai perisik oleh askar Jepun dan dibunuh.
Di Kumejima ini, lebih ramai yang mati dibunuh oleh tentera Jepun daripada tentera Amerika.
Mereka yang mula-mula ditangkap oleh askar Amerika semasa askar Amerika mendarat telah dibunuh. Mereka yang mula-mula ditangkap tetapi dilepaskan berkata kepada semua orang, “Askar Amerika tidak buat apa-apa pun.” Tetapi mereka dianggap perisik, lalu dibunuh oleh askar Jepun.
Askar Jepun dikatakan bahaya, mereka bersembunyi di gunung, kemudian mereka asyik memerintahkan setiap kampung, “Bawa beras, bawa itu, bawa ini.” Jika tidak dibawa, ketua kampung akan susah.
Sebelum askar Amerika naik ke gunung untuk menyapu askar Jepun, di kawasan sekolah tinggi sekarang, mereka membina divisyen askar dan lapangan terbang. Semasa saya berada di situ, askar Amerika akan meminta saya membasuh pakaian, “Wash, wash,” kata mereka. Di rumah kami terdapat telaga, emak kami akan membasuh untuk mereka.
Selang berapa hari selepas itu, askar Amerika berkata, “Jika tentera Kayama yang berada di gunung tidak dapat dihentikan, kamu semua juga akan dibunuh.” Mereka telah pun memeriksa pergerakan dan maklumat askar Jepun.
Ada 7 hingga 8 buah pesawat perang dan pesawat pengebom Jepun yang terpaksa mendarat kerana kehabisan minyak. Mungkin mereka tidak cukup minyak untuk pulang. Ada pesawat pengebom yang saya lihat berada di ladang tanpa rosak apa-apa pun di sekitar pantai Eef sekarang. Di tempat beradanya lapangan terbang Kumejima sekarang pun, 4 hingga 5 buah pesawat jatuh saya rasa.
Di hadapan sekolah tinggi Kumejima sekarang juga, ada sebuah pesawat yang mendarat, tetapi ia adalah pesawat air maka ia digerakkan sampai ke pantai, mengisi minyak dan terbang semula.
Semasa mendengar perang telah tamat
Saya merasa sangat lega. Sebaik ia tamat, barulah semua dapat turun dari gunung. Pulau hanyalah sebesar ini, maka tempat melarikan diri pun mempunyai had.
Peperangan tidak boleh berulang.