LANGUAGE

LANGUAGE

Pengalaman perang sebagai tentera di Kumejima dan Pulau Ie

”Pengalaman perang sebagai tentera di Kumejima dan Pulau Ie”

En. Seitoku Nakasone, 91 tahun
(Asal: Nakachi, Kumejima-cho, Okinawa)

Pada waktu itu berusaha demi Maharaja adalah satu perkara yang biasa kita dididik. Segera ambil ujian askar di pulau utama Okinawa dan sertai askar demi peperangan Okinawa. Maka saya tidak berhasrat untuk memulangkan kepada Kumejima, tetapi saya pulang ke Kumejima dengan kapal di waktu malam.

Ujian tentera itu setelah berakhirnya serangan 10hb Oktober. Mereka yang tua setahun dari saya mengambil ujian askar dengan mereka yang tua 2 tahun dari saya. Saya mengambil ujian askar pada umur 18 tahun. Sepatutnya ia adalah pada usia 20 tahun.

Waktu itu ramai dari Kumejima. Ada kumpulan yang mengambil ujian askar dari awal dan ada juga kumpulan yang dikerah secara terus.
Tetapi, kapal kami diserang ketika serangan udara. Tiada satu pun kapal yang tinggal, maka kami ditinggalkan begitu sahaja di pulau. Yang tua setahun dari saya hampir semuanya dikerah.

Semasa serangan udara, keluarga Yamashiro di jalan menegak berhampiran rumah saya mendapat serangan mesingan pesawat. Habis terbakar rumah jerami mereka.

Suasana kehidupan waktu itu
Suasana kehidupan waktu itu, kami hanya hidup dengan bertukar barang. Waktu itu kami makan untuk hidup.

Semasa tentera Amerika mendarat, saya sangat ketakutan.

 
Satu hari semasa kami bersedia untuk tanaman musim kedua, saya membawa kuda untuk memberi baja kepada anak padi. Saya meletakkan baja ke dalam raga dan bergerak ke sawah dengan ayah. Kemudian datang tentera Amerika seramai 5 hingga 6 orang dari arah Gushikawa, kami bersembunyi di sebelah timur gunung. Kami sudah tahu jalan gunung untuk melarikan diri, kami ikat kuda di dahan pokok dan biarkan sahaja di situ kerana tiada masa menurunkan baja. Kemudian kami dengar 5 hingga 6 orang askar menembak ke arah gunung, “Bang, bang!”
Saya bersembunyi di balik pokok dan semak. 2 hingga 3 jam setelah itu sebaik saya turun dari gunung, ayah telah dibawa pergi.

Untuk membezakan askar dari orang awam, orang muda dibawa ke padang Sekolah Rendah Ootake sekarang, diperiksa dan dibahagi-bahagikan.

Peranan di pulau
Tugas kami adalah penyampai maklumat kepada orang awam di pulau ketika serangan udara. Kami hanya menunggu di berek tentera. Jika arahan keluar, dengan segera saya akan menyampaikan maklumat kepada kampung Nakandakari, dan menunggu sehingga maklumat sampai kepada seluruh pulau.

Mengenai tentera Jepun
Kami akan susah sekiranya tidak patuh arahan tentera Jepun, maka semua orang patuh. Kami ada menanam tembakau, tembakau kami dirampas kerana askar juga merokok. Kami juga diarah untuk membawa daging babi, sampai mengangkutnya pun kami yang disuruh.

Semasa serangan udara, saya pernah dikejar ke sana-sini oleh pesawat. Jika saya sembunyi di sini, pesawat akan berpatah balik dan menyerang semula, lalu saya bersembunyi di sebelah sana pula. Banyak perkara saya hadapi demi menjalankan tugas sebagai pembawa utusan.

Saya akan pergi ke gua-gua semula jadi seperti parit perlindungan semula jadi Yajiya Gama atau Karchikkui dan lain-lain. Saya akan berkata, “Keadaan sekarang seperti ini. Jangan bimbang ya semua, hidup seperti biasa,” dan lain-lain. Saya akan menyampaikan maklumat bagi hari tersebut, memberi kelegaan kepada mereka, kemudian kembali ke berek tentera.

Saya melakukan Choyo (perintah) selama 2 bulan, saya pergi ke Pulau Ie.
Saya buat bunker Entaigo di lapangan terbang Pulau Ie. Kami dapat makanan 3 kali sehari, semunya ubi. Sekali makan 3 ketul ubi. Biasanya 2 daripada 3 ketul itu mengandungi ulat dan tidak boleh dimakan.

Pulau Ie sangat kekurangan air. Terdapat air mata air yang dipanggil Wajii. 2 orang membawa baldi akan ke situ untuk mencedok air di waktu pagi. Barisan sangat panjang, walaupun kami pergi seawal pagi, jam 11 atau 12 baru boleh pulang. Saya tidak pernah basuh kaki kerana tiada air, muka pun saya tidak pernah basuh. Kehidupan sebegitu menyebabkan kami dipenuhi kutu. Sekarang, saya selalu fikir, bagaimanalah saya mengharungi kehidupan sebegitu.

Mengenang kembali peperangan itu
Sekarang dengan canggungnya saya merasa peperangan itu sangat memeritkan. Saya bimbang tentang masa hadapan juga. Waktu itu oleh kerana peperangan itu sangat dahsyat, saya hanya terfikir bagaimana untuk terus hidup sahaja.
Tetapi, kami sudah tua dan bila kami sudah tiada kami ingin memori tentang peperangan itu terus disimpan.