Pertempuran di Pulau Bougainville. Tiada tenaga untuk menguburkan rakan seperjuangan yang terkorban, keadaan yang sangat memeritkan.

En. Shinpuku Tamaki, 100 tahun
(Asal: Takazato, Ogimi-son, Okinawa)
Saya merantau ke Osaka dan bekerja dengan sebuah syarikat. Setelah itu saya dikerah memasuki tentera, kemudian dihantar ke China. Tempat itu berhampiran Bukansanchin (sekarang: Wuhan, Hubei). Saya dimasukkan sebagai askar Shichou (yang menjaga logistik terutamanya). Di sanalah saya menyertai pertempuran pertama saya.
Pada mulanya saya telah ditempatkan di unit organisasi Kumamoto Divisyen ke-6. Setelah itu saya berpindah ke satu bandar bernama Bushou (sekarang: Daerah Wuchang di Wuhan, Hubei). Dalam masa 3 bulan, saya bertugas seperti seorang budak pejabat di situ. Pada permulaannya saya diberitahu hanya untuk 1 bulan. Tetapi akhirnya saya telah menghabiskan masa selama 3 tahun di China, tiada arahan keluar untuk saya. Semasa saya di situ, saya dapat maklumat tentera Jepun sedang bertempur dengan sengit di Solomon. Pada tahun 1941, saya bergerak ke arah Solomon (sekarang: Kepulauan Solomon). Kami mendarat di sebuah pulau bernama Bougainville di Solomon, kemudian saya ditempatkan ke dalam unit, dan kami menanti tentera Amerika mendarat naik. Pada Julai 1942, betul-betul di depan mata saya tentera Amerika menghampiri kami. Bayangkan, saya baru ditempatkan ke dalam unit selama 2 hingga 3 bulan sahaja, musuh sedang menghampiri kami. Selepas itu terjadilah perkara yang sangat dahsyat.
Tentera Jepun langsung tidak mempunyai senjata untuk pertempuran hutan. Kami sangat terseksa berhadapan dengan tentera Amerika. Seolah-olah Saipan dan Guadalcanal ditakluk oleh tentera Amerika. Tentera Amerika mendirikan kem yang besar di suatu tempat bernama Torokina. Tentera Jepun telah menyerang lapangan terbang di Torokina bertujuan merampas semula ia. Tetapi, malangnya hanya askar-askar yang menjadi korban, kami tidak berjaya merampas semula ia dan terpaksa berundur. Kami tidak mempunyai makanan. Kami mencari teras bunga pisang Jepun, rebus dan memakannya. Tiada garam, lalu kami mencedok air laut sebagai ganti dan memakannya dengan serius.
Menjelang senja kami tidur bersama-sama, apabila membuka mata, ada rakan kami yang sudah tidak bernafas lagi. Kami ingin menguburkan mereka, malangnya kami sendiri sudah tidak punya tenaga, maka tidak mampu untuk menguburkan mereka. Kami merasa sangat kejam.
Pesawat tentera Amerika terus menerus terbang mengelilingi kawasan hutan, mereka menaburkan risalah bahawa perang sudah tamat.
2-3 jam setelah itu, ibu pejabat tentera memberi arahan berundur. Kemudian lambat sehari, arahan menyerah kalah tiba. Malang sungguh. Pada waktu itu, kami telah kehilangan terlalu ramai sahabat. Makanan juga langsung tiada.
Mengenang kembali peperangan itu
Tidak sesekali saya akan mengulangi peperangan. Saya telah dibawa berperang sejak saya berada di sekolah rendah. Jadi, sebagai seorang kanak-kanak, saya menyedari bahawa perang adalah menjijikkan.