LANGUAGE

LANGUAGE

Miyako ketika perang dan keadaan perkampungan Karimata

”Miyako ketika perang dan keadaan perkampungan Karimata”
En. Shoumei Nema, 83 tahun
(Asal: Karimata, Hirara-son, Miyako-gun, Okinawa)

 
“Jepun akan menang perang”. Itu sahaja yang saya percaya. Peperangan Lautan Pasifik telah meletus pada bulan Disember tahun 1941. Pada mulanya, jika makluman bahawa kita telah menang pertempuran berturut-turut tiba, kami para pelajar akan berarak ke seluruh kampung.

Kelas pada masa itu, terdapat latihan bersama, kami akan disuruh melaungkan “Hapuskan Amerika, England!”. Kami belajar di sekolah bahawa “Jepun adalah negara tuhan, tidak akan kalah. Jika musuh datang, Kamikaze akan bertiup, musuh akan dihalau”.

Setelah itu, kami menerima kekalahan berterusan, tiada lagi perarakan, semasa saya di darjah 5, sekolah rendah telah bertukar menjadi hospital tentera darat. Tiada kelas untuk kami belajar, di kampung terdapat 4 tempat untuk pemuda berkumpul dan tempat ibadat, kami membawa kerusi meja ke situ untuk belajar.

Semasa di darjah 5, pelajar lelaki dipaksa untuk membawa daun pandan yang dipintal seperti tali, 1 cm untuk membuat tikar bagi kegunaan askar. Inilah kelas pelajaran kami.

Suasana serangan udara
Kami langsung tidak dapat ke sekolah ketika serangan udara sengit dilancarkan, oleh itu sehingga perang tamat pada Ogos 1945 kami menjalani kehidupan di dalam parit perlindungan serangan udara. Pada mulanya kami membina parit perlindungan udara itu untuk kegunaan seperti rumah sendiri, tetapi apabila serangan udara semakin menjadi teruk, kami terpaksa melarikan diri bersama orang lain ke gua perlindungan semula jadi yang dipanggil Gama. Serangan udara tiba secara tidak diduga, mereka yang tinggal di rumah, ramai yang ditembak oleh mesingan. Tiada serangan udara pada waktu malam, maka kami terpaksa menyediakan makanan pada waktu malam. Walaupun kami menyebut makanan, ia sebenarnya sekadar ubi dan miso.


Selepas perang tamat Selepas tamat perang, askar Amerika masuk ke kampung dengan mendarat menggunakan LST ( Kapal Pembawa Kereta Kebal). Kami merasa sangat bimbang, terutamanya wanita muda akan bersembunyi supaya tidak ditemui oleh orang Amerika.

Setelah kalah perang, tentera Jepun membuang bahan letupan, peluru dan banyak barang lain di laut berhampiran perkampungan Karimata, dan di antara Irabu dan Ikema. Oleh kerana ia dimuatkan di dalam kotak, tak lama selepas itu kotak-kotak itu mula timbul, jadi di pantai Karimata banyak kotak-kotak itu terdampar.


Pemuda-pemuda pada waktu itu, seronok bermain dengan bom tangan, ada yang mencabut pemetik dengan gigi dan melontarkan ia, ada beberapa orang yang tercedera.

Kembali ke kisah semasa perang
Di sebelah utara perkampungan Karimata terdapat Teluk Hakko, di sekitar ini ada kem Tentera Laut Jepun dan ia dilarang masuk. Di sini terdapat kapal selam tentera laut dan bot untuk serangan juga sedang dibina. Selain itu, Teluk Hakko juga adalah tempat pelancaran torpedo, maka mereka menggunakan Gama (gua) semula jadi sebagai tempat penyimpanan torpedo-torpedo tersebut.




Di luar pesisir, ada kapal makanan Jepun telah ditenggelamkan. Kapal yang ditenggelamkan itu tenggelam 15 meter di pesisiran pantai. Oleh kerana waktu itu adalah zaman kesukaran makanan, maka ada nelayan yang menyelam ke kapal itu, mengambil makanannya dan menjual ia kepada semua orang di pantai Karimata. Beginilah kehidupan kami sehingga tamat perang, kami putus bekalan makanan.

Mengenang kembali peperangan itu
Semua orang berkata peperangan tidak boleh dilakukan. Tidak boleh dimulakan dan tidak boleh dilakukan. Begitulah kuatnya perasaan saya, lebih-lebih lagi saya sudah merasai peperangan.