LANGUAGE

LANGUAGE

Kegembiraan ketika lulus ke Sekolah Tinggi Perempuan Pertama …

Kegembiraan ketika lulus ke Sekolah Tinggi Perempuan Pertama ...

Nama: Puan Eiko Oomija (17大見謝英子)
Umur Pada Masa Itu: 13 tahun
Jawatan Pada Masa Itu: Sebelum masuk ke Sekolah Tinggi Perempuan Pertama (Tentera Pelajar Perempuan)

[Ketika Upacara Kemasukan Sekolah ...]
Bapa telah menentang keputusan saya, "Tidak perlu pergi ke sekolah perempuan kerana ibu perlukan bantuan",katanya tetapi saya telah menulis surat beberapa kali untuk mendapatkan keizinan dan akhirnya pada umur 13 tahun saya dibenarkan menduduki peperiksaan bersama-sama sepupu perempuan saya. Dan kemudian, saya lulus dan berasa sangat gembira kerana ia telah dipaparkan di dalam akhbar.
Ibu saya telah ditempatkan di Kijoka, yang terletak di bahagian utara pulau utama, tetapi kerana terdapat Upacara Kemasukan Sekolah, saya tidak mengikut ibu saya kerana mahu mengambil bahagian dalam upacara itu bersama sepupu perempuan saya. Oleh kerana memasuki Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Pertama adalah impian saya sejak dahulu, saya tidak mengikut ibu kerana tetap mahu menyertai Upacara Kemasukan Sekolah itu.

[Tercedera dalam serangan mortar]
Saya tinggal di rumah bapa saudara saya, tetapi selepas beberapa hari, kami dapat tahu bahawa musuh telah sampai ke Shuri dan kami perlu melarikan diri. Bapa saudara dan ibu saudara saya, telah pergi mencari dan menjumpai lubang tempat perlindungan dari serangan udara. Selepas itu, lubang perlindungan kami telah diserang ketika keluarga kami sedang tidur, dan nenek saya telah mati serta-merta. Saya pula cedera di mata dan telah menangis sekuat hati . Saya tidak berapa ingat, tetapi menurut jiran saya kata, saya telah berkata "Biarkan aku mati" kepada mereka. Mayat nenek saya telah dikebumikan oleh datuk di kebun.
Keesokan harinya kami keluar dari lubang perlindungan itu, dan terpaksa masuk ke lubang perlindungan di daerah Taira, Tomigusuku, dan saya telah digendong oleh ibu saudara saya sampai kelubang perlindungan itu. Beberapa jam selepas itu, kami tiba ke lubang tersebut.

[Askar Jepun yang tiada tangan dan kaki]
Terdapat seorang askar Jepun yang tidak mempunyai tangan dan kaki di dalam lubang perlindungan itu. Saya dan sepupu perempuan saya terkejut kerana walaupun tiada tangan dan kaki, dia dapat bergerak dengan mengengsot-engsot. Lelaki itu adalah seorang askar Jepun. Lelaki itu berkata, "Bagi saya minum air. Saya tak kisah jika mati setelah minum air.". Jadi, saya telah pergi mencari botol untuk mengambil air di perigi. Dalam perjalanan pulang, air itu tertumpah, saya letakkan botol itu berdekatan dengan mulut askar itu, dan saya lari dengan serta-merta kerana takut.

[Bertemu kembali dengan ibu]
Tentera AS lalu berdekatan tempat kami sambil berkata, "Keluar, keluar," tetapi pagi itu kami terus bersembunyi. Walau bagaimanapun, sekitar pukul 3 petang, kami telah ditemui oleh tentera AS, yang telah berkata, "Keluarlah kerana perang telah berakhir", lalu kami keluar dari lubang dengan kesediaan untuk dibunuh.
Tentera Amerika telah membersihkan luka di kepala saya, tangan dan kaki saya juga telah dibalutkan.
Kemudian, saya telah bermalam di Sekolah Rendah Zayasu, Iraha, sebelum dibawa ke Yambaru.
Kemudian, selepas satu atau dua bulan, makcik jiran saya berjumpa dengan ibu saya dan memberitahunya, "Anak perempuan awak telah cedera di muka, dan juga mata, dia minta supaya dia dibunuh".
Dari Kijoka, Yambaru, ibu mencari saya sehingga ke tempat di mana kami dipindahkan, dan akhirnya saya dapat bertemu dengan ibu.