LANGUAGE

LANGUAGE

Bunuh diri secara ramai-ramai” di lubang persembunyian “Kayama

"Bunuh diri secara ramai-ramai” di lubang persembunyian "Kayama"

Nama: Encik Isao Oshiro (18大城 勲)
Tarikh lahir: 1hb September 1935
Tempat lahir: Kampung Tamagusuku

Pada 1945, ketika di ambang peperangan, Tentera Mortar seramai lebih kurang 1000 orang telah ditempatkan di Maekawa.

Di kawasan kampung kami, kebanyakan rumah telah dimasuki oleh anggota tentera.
Keluarga yang menyediakan rumah untuk tempat tinggal askar cuma dapat tidur di tempat yang sempit, seperti dapur.
Kebanyakan tentera, akan memilih untuk menggunakan ruang utama atau kedua di rumah itu.

Sekitar awal bulan Mei, pasukan tentera telah keluar ke barisan hadapan di Shuri, dan sebahagian besarnya terbunuh di Shuri.
Sebuah skuad 12 orang yang tinggal di rumah kami juga telah keluar ke barisan hadapan di Shuri, dan di pertengahan Mei pasukan itu telah hampir lenyap dan cuma tertinggal 2-3 orang, lebih kurang 3 orang askar sahaja yang pulang dari Shuri ke Maekawa. Askar itu datang menjenguk lubang persembunyian kami, dan mengarahkan "Jepun akan kalah perang, jadi jika anda merancang untuk meninggalkan lubang, pergilah ke Yambaru, di bahagian utara".

Terdapat gua semulajadi di Maekawa yang mirip gua semulajadi Gyokusendo yang panjang lebar, tetapi penduduk kawasan kampung kami tidak berlindung di situ.
Di tebing di sebelah barat Maekawa, satu kumpulan yang terdiri daripada 2~3 buah keluarga telah mengambil tempat itu, dan menggali lubang hanya dengan tangan mereka sendiri. Lubang itu kami panggil sebagai "Kelompok lubang perlindungan serangan udara orang awam", dan saya rasa jumlahnya adalah kira-kira 60 ke 70 lubang.

Di kawasan kami (kampung kami), tempat itu dipanggil sebagai "lubang perlindungan Kayama", "Kayama".

Saya berada agak lama di situ sehingga bulan Mei berapa haribulan saya tidak ingat.
Mungkin sehingga sekitar 1 haribulan Jun.

Tentera AS bergerak dari bahagian tengah dan semakin hampir dengan kami, Shuri, kemudian ke Urasoe, dan penduduk-penduduk Nishihara telah datang berlindung ke Maekawa. Sejak dari itu, Maekawa semakin penuh sesak dengan ramai orang. Serangan tembakan dari tentera laut semakin bertambah, dan pertempuran menjadi semakin sengit.

"Kelompok lubang perlindungan serangan udara orang awam" di Maekawa yang saya katakan tadi itu, saya rasa penduduk yang tinggal di situ ada lebih kurang 500~600 orang, pertempuran menjadi semakin sengit dan serangan tentera AS telah semakin dekat, "Sudah tidak boleh tunggu lagi", dalam jangka waktu satu malam, kebanyakan penduduk Maekawa melarikan diri dari tempat perlindungan Kayama ini, terus ke arah selatan.
Datuk saya selalu berkata. "Kalau nak mati pun, daripada mati di tepi jalan tak siapa pun yang tahu, dan menjadi orang yang tidak dikenali, lebih baik mati di kubu sendiri supaya orang yang hidup dapat tahu, malah mungkin ada yang dapat terus hidup, jadi saya tidak akan pergi ke mana-mana." kata datuk, menyatakan keputusan yang telah dibuatnya.

Orang yang menerima bom tangan, telah bergerak bersama-sama dengan tentera, contohnya ada yang menjadi tukang masak, tentera sukarelawan, anggota pertahanan dan lain-lain. Orang yang bergerak bersama pasukan tentera telah diberikan bom tangan, tetapi tiada siapa di kumpulan saya yang terlibat dengan tentera dan kami juga tidak memiliki bom tangan.

Terdapat 2 lubang masuk di tempat persembunyian itu. Kami, empat keluarga, termasuk nenek, adik-beradik dan yang lain-lain tinggal di situ.
Keluarga adik-beradik kepada nenek terdiri daripada dua buah keluarga, manakala saya langsung tidak kenal sebuah keluarga yang lain itu, tetapi mereka turut berada bersama di situ kerana mereka adalah kenalan dari kampung kami.
Seorang ahli keluarga dari keluarga itu pernah berkerja dengan pasukan tentera, saya rasa mungkin sebagai tukang masak ataupun pasukan penyelamat, wanita itu ada menyimpan bom tangan.
Tiba-tiba muncul tentera Amerika Syarikat dan memanggil, "Keluarlah", sambil melambai dengan tangan. Wanita yang tinggal di sebelah kami bersama dengan adik-beradik nenek, tanpa sebarang rundingan telah membentuk bulatan dan menghidupkan bom tangan, dan kejadian bunuh diri telah berlaku di situ.
Ada lebih kurang 10 orang sekeluarga yang tinggal di situ, dan 7 orang telah meninggal dunia.
Dan apabila bom tangan itu meletup, asap putih dan bau bahan letupan menyelubungi lubang itu, dan selepas letupan berlaku, bau darah dan cebisan daging manusia bertaburan dalam lubang itu., Ada yang melekat pada dinding lubang, dan datuk saya, yang masih bernyawa mengerang kesakitan.
Pada masa itu, tiada siapa yang dapat mengucapkan apa-apa.

Keluarga saya dan orang lain yang bersama-sama di situ tidak mengalami kecederaan.

Peperangan yang tidak dapat diramal atau dibayangkan itu menyebabkan banyak nyawa yang hilang kerana terlibat dalam pertempuran yang dahsyat. Oleh kerana itulah, pendidikan yang betul, kepentingan keamanan harus dititikberatkan, dan harus disampaikan kepada anak cucu kita. , Itulah apa yang saya benar-benar harapkan.