LANGUAGE

LANGUAGE

Unit Tentera Kanak-Kanak. Teman yang mati serta-merta kerana pengeboman tentera Amerika

”Unit Tentera Kanak-Kanak. Teman yang mati serta-merta kerana pengeboman tentera Amerika”

En. Shouken Yoza, 87 tahun
(Asal: Tsukayama, Haebaru, Okinawa)

Dunia pada masa itu, keghairahan masyarakat sangat tinggi sehingga bila-bila masa sahaja peperangan boleh berlaku, tiada siapa yang tahu. Sampai bila keamanan boleh dikekalkan, hari-hari yang sangat membimbangkan.
8hb Disember 1941, peperangan telah bermula dengan serangan tentera Jepun ke atas Pearl Harbour milik tentera Amerika.

Pada bulan Mac 1945, saya bergraduasi awal. Waktu itu sekolah menengah rendah sampai tingkatan 5 tetapi kami di tingkatan 4 bergraduasi awal bersama senior tingkatan 5, kemudian kami menyertai Unit Tentera Kanak-Kanak skuad pertama. Unit Tentera Kanak-Kanak adalah tentera seperti biasa, kami dibekalkan dengan uniform. Unit Tentera Kanak-Kanak terbahagi kepada platun 1, platun 2 dan platun 3, saya menyertai platun 2. Platun 1 terdiri dari cikgu-cikgu, dan pengetua, cikgu-cikgu ada seramai lebih kurang 10 orang. Di situ terdapat Komander dan Leftenan Tentera Darat iaitu Leftenen Shinohara. Ini adalah platun 1. Saya di dalam platun 2. Platun 2 terdiri dari para pelajar sahaja, dan beberapa orang askar tempatan. Platun 3 juga sama susunan dengan platun 2.

Di sekolah pada tahun-tahun 1942, 1943 dan 1944, hampir tiada pelajaran. Kami hanya membina kubu bagi tentera Jepun atau pun membina parit perlindungan Entaigou bagi menahan serangan udara kepada pesawat tentera Jepun di lapangan terbang Naha. Ia bukanlah hangar yang sempurna, kami hanya meletakkan tanah di sekeliling gudang di luar, dan memasukkan pesawat di situ. Inilah Entaigou yang kami bina.

Ketika serangan udara pada 10hb Oktober, hampir keseluruhan Naha terbakar. Waktu itu ramai tentera Jepun dari China didatangkan, tetapi tiada bangunan kem untuk mereka. Oleh itu, semua sekolah diduduki oleh tentera Jepun. Memanglah tidak boleh belajar apa-apa.

 
Pada 28hb Mac 1945 adalah hari graduasi. 3 hari sebelum itu pada 25hb, di Kepulauan Kerama di pesisiran Naha, tentera Amerika telah mendarat. Mereka mendarat di sekitar Pulau Zamami. Di antara Kepulauan Kerama dan Pulau Utama ada sebuah pulau tanpa manusia yang bernama Pulau Kamiyama. Di situ tentera Amerika meletakkan pelancar meriam dan melancarkan serangan ke pulau utama.
Disebabkan itu, di waktu siang langsung kami tidak boleh bergerak.

Tentera Amerika berehat pada waktu makan malam. Lebih kurang satu jam waktu makan malam mereka. Ia selalu begitu. Bila berakhir waktu makan, mereka mulakan semula serangan meriam. Oleh itu semasa majlis graduasi, kami tidak tahu bilakah serangan meriam akan mengenai kami. Kami meletakkan penutup pada lampu kami supaya cahaya tidak menerobos keluar dan dijumpai oleh tentera Amerika, dalam suasana begitulah kami bergraduasi.

Di sebelah timur Istana Shuri sekarang, di bandar Sakiyama terdapat banyak kilang membuat arak Awamori. Saya mendapat arahan, “Pergi ke situ dan bawa balik arak!” Situ adalah tempat bahaya, tetapi saya pergi ke kilang arak, mengambil dan bersedia untuk pulang. Pada waktu itu tentera Amerika telah memulakan serangan meriam.

Ada meriam jenis bom shrapnel. Ia akan meletup dan berserakan dari jarak 100 m atau 200 m di atas. Ia sangat bahaya. Semasa saya dalam perjalanan balik dari mengambil arak, ia mula meletup. Saya melarikan diri sepantas mungkin dalam keadaan membawa arak. Semasa saya sampai semua arak yang saya ambil telah habis.

Dalam Unit Tentera Kanak-Kanak, ada juga mereka yang mendapat arahan, “Pergi ke Kyozuka di Urasoe dan sambung semula talian elektrik yang telah putus.” Arahan yang sangat berbahaya. Kerana tentera Amerika telah berada berhampiran.

 
Pada satu hari saya telah dikeluarkan dari Unit Tentera Kanak-Kanak oleh Komander. Oleh kerana kami telah diserang oleh tentera Amerika makanan yang dibekalkan juga menjadi tidak cukup, “Oleh kerana saya tidak ada apa-apa untuk beri kamu makan lagi, saya akan berhentikan beberapa orang dari kamu,” kata Komander. Kami mendapat arahan, “Barang siapa yang sudah tidak yakin dengan ketahanan badan kamu, saya akan utamakan untuk diberhentikan, sila angkat tangan.” Hati saya sebenarnya ingin mengangkat tangan, tetapi tiada siapa pun yang mengangkat tangan. “Baik oleh itu biar saya yang tentukan, siapa yang dipilih oleh saya sila maju ke depan,” arah Komander. Semua sekali 19 orang yang dipilih, termasuk saya.

Setelah diberhentikan saya bertemu semula dengan ibu dan yang lain di Tamagusuku di selatan pulau utama. 2 atau 3 hari setelah bertemu ibu, Tamagusuku juga telah bermandi serangan sengit tentera Amerika. Saya rasa serangan itu adalah dari kapal perang di Pelabuhan Nakagusuku atau Pesisir Yonabaru Kami menerima serangan sengit selama 1 jam. Habis semua menjadi padang jarak padang tekukur. Batu pantai dari batu kapur Ryukyu juga telah menjadi putih. Bagaimana kami boleh terselamat saya pun tidak tahu. Tetapi rakan sekolah di sebelah saya tertusuk di kepala dan mati serta merta. Ramai juga yang mati sebegitu.

Mengenang kembali peperangan itu
Kenapa perkara sebodoh ini dilakukan, saya sering terfikir. Peperangan mesti dielakkan. Peperangan mesti dielakkan dengan kekuatan diplomatik. Walaupun begitu saya tidak faham mengapa ia tidak dielakkan? Pada waktu itu katanya tentera laut Jepun membantah peperangan, tetapi peperangan mungkin tetap terjadi kerana tentera darat telah melakukan tindakan yang bodoh.

Anda tahu apa yang dikatakan oleh Isoroku Yamamoto dari tentera laut? “Kami akan mencuba bersungguh-sungguh jika ianya lebih kurang satu tahun,” dia berkata. Saya ingin berkata, “Apa yang dikatakan?”. Berpada-pada walaupun tidak bertanggung jawab. Lihat apa yang telah berlaku. Keperitan akibat peperangan itu, masih berterusan di Okinawa hingga kini. Selamanya.
Saya ingin memberitahu ketakutan dan kebodohan akibat peperangan kepada generasi yang tidak mengetahuinya. Untuk mengekalkan keamanan, apa yang diperlukan? Saya mohon kepada generasi yang tidak mengetahui peperangan untuk memikirkannya sungguh-sungguh.