Menaiki Tsushima-maru
”Menaiki Tsushima-maru”
Pn. Sumiko Horikawa, 84 tahun
(Asal: Tomari, Naha Okinawa)
Pelajaran masih dijalankan sehingga semester 1 tahun 6 sekolah rendah. Setelah itu, semasa pengakhiran cuti musim panas, sekolah telah menjadi perkarangan askar.
Pada waktu yang sama, pemindahan telah bermula, kami harus melakukan proses pendaftaran dan lain-lain. Orang lain semua telah habis mendaftar, saya sahaja yang lambat, semua rakan-rakan akan menyertai pemindahan, mereka semua telah mendaftar di tempat pengerusi bandar. Setelah itu saya telah diarahkan untuk menaiki kapal Tsushima-maru yang bakal ditenggelamkan menerusi satuserangan.
Pada 22hb Ogos Tsushima-maru telah berlepas. Semua orang hangat dengan harapan masing-masing, boleh melihat salji, sakura, menaiki keretapi, menaiki kapal dan lain-lain lagi yang bermain di fikiran.
Kami dijadualkan pulang pada bulan Mac, jadi saya berfikiran, “Hmm, seolah-olah pergi rombongan sekolah sahaja,” tiada apa yang hendak dirisaukan. Langsung tidak terlintas di fikiran bahawa peperangan adalah lebih kejam dari itu.
Sebelum berlepas itu hanya sekali sahaja amaran serangan udara diterima, saya masih ingat berlindung di dalam parit perlindungan,
Saya dengar ini di kemudian hari, katanya emak sangat risau sebelum saya berlepas, tetapi emak tidak boleh menunjukkan muka risau kepada anak yang akan mengembara.
Mak menghantar hingga ke pelabuhan, kepada kakak juga emak berkata, “Jangan tunjukkan air mata!” Orang tua menahan kesedihan kerana tidak boleh menunjukkan kebimbangan kepada anaknya yang akan mengembara. Mereka menahan tangisan. Saya tahu mengenai ini di kemudian hari.
Setelah menaiki Tsushima-maru
Semasa saya tidur, kami diberitahu akan melalui lautan bergelora Shichitonada yang sangat bahaya, dan disuruh memakai perkakas penyelamat nyawa. Semua pelajar perempuan mematuhi arahan dan tidur dengan memakai perkakas penyelamat nyawa. Pelajar lelaki tidur tanpa memakainya kerana sukar hendak tidur, kata mereka.
Tidak lama selepas kami tidur, saya mendengar sekilas suara cikgu Chiyo Gushi yang bertugas, “Kita telah kena, bangun semua.” Saya bingkas bangun, dan melarikan diri di belakang semua orang. Saya berjaya naik ke atas, tetapi ramai rupanya mereka yang tidak berjaya keluar dari perut kapal. Saya rasa ramai yang masih tertinggal di dalam perut kapal.
Sebaik naik ke atas, saya terjumpa rakan sekelas Maeshiro. Dia menaiki kapal dengan adiknya, tetapi adiknya mabuk laut maka dia menyuruh adiknya tidur di sebelah cikgu, dia tercari-cari adiknya. Malangnya dalam keadaan kelam kabut ini sukar untuk mencari adiknya, cikgu berkata “Awak elok pergi sekali, biar saya yang mencari adik kamu,” maka kami berdua naik ke dek kapal. Tetapi kami berdua telah terlambat, bot dan rakit penyelamat telah dijatuhkan ke dalam air. Kami tidak dapat boleh berbuat apa-apa, kalau berdiri sahaja, lama kelamaan kapal akan dimasuki air laut dan tenggelam. Saya termasuk ke dalam putaran air laut. Setelah itu saya tidak tahu saya terlanggar barang-barang, atau orang, saya dibawa arus laut entah berapa lamanya. Tetapi oleh kerana saya memakai perkakas penyelamat nyawa semasa tidur, saya terapung dan terselamat.
Mereka yang tercampak ke laut lebih ramai orang dewasa daripada pelajar sekolah rendah. Keesokan harinya, semakin berkurang. Samada mereka dibawa ombak, dan mereka yang berpaut pada sesuatu juga mungkin telah tenggelam kerana kehabisan tenaga.
Rakan sekolah lelaki saya juga keesokan harinya pada pukul 3, dihanyutkan di depan mata saya kerana kehabisan tenaga. Saya masih teringat lagi peristiwa itu. Mungkin dia terlanggar sesuatu dan cedera, dia tidak berhenti mengerang. Kemudian keesokan harinya apabila saya sedar, sekitar pukul 3, saya lihat dihanyutkan air laut kehabisan tenaga.
Diselamatkan
Senja keesokan hari, saya diselamatkan oleh kapal nelayan. Pukul 3 waktu siang, ada pesawat sedang terbang di udara. Pesawat itu mengarahkan kapal nelayan, “Ada mangsa terselamat sila ke arah selatan!” maka kami diselamatkan oleh kapal nelayan tersebut. Saya dengar perkara ini menerusi En. Samejima yang saya jumpa kemudian.
Kami tidur semalam di dalam kapal nelayan, kemudian berlabuh di persatuan nelayan di pelabuhan Yamakawa, kemudian bermalam satu malam di situ, setelah itu kami ke bandar Kagoshima. Di tempat persatuan nelayan pelabuhan Yamakawa, orang dari persatuan wanita memberi kami makan bubur. Setelah itu, walaupun kami adalah kumpulan pertama, tetapi kumpulan pendahulu telah pergi ke Miyazaki, ketua cikgu datang mengambil kami dan telah bersama-sama pergi ke Miyazaki.
Setelah diselamatkan kami ditempatkan di rumah tumpangan, setelah itu pemindahan dibahagikan kepada kanak-kanak pelajar dan orang biasa. Kami masih ditempatkan di rumah tumpangan. Kami mendapat tempat di satu rumah tumpangan bernama Harumoto. Di situ cikgu yang pergi dengan kumpulan pendahulu datang menjemput kami.
Tidak lama setelah berada di tempat pemindahan kanak-kanak pelajar, pakcik dan makcik saya datang dari Okinawa untuk pemindahan, maka saya pun dibawa pergi oleh pakcik dan makcik saya.
Setelah itu saya berada di kampung di Kumamoto selama setahun atau setahun lebih saya kurang ingat. Saya tinggal di kawasan gunung sehingga saya pulang ke Okinawa.
Kehidupan amat susah tetapi kami masih mampu untuk makan. Kami makan siput sungai, atau memetik tumbuhan nobiru dan makan apa sahaja yang ada. Kami juga makan rebung yang kecil.
Saya disuruh untuk memijak barli, menanam padi dan banyak kerja sebegitu, langsung tidak ke sekolah.
Perkara yang paling terkesan di hati adalah, bersama-sama dengan sekolah, sedang kami bersawah di sawah mereka yang tiada di rumah, kami mendapat arahan, “Semua keluar dari ladang, keluar dari sawah!” maka kami pun berhenti kerja dan pergi ke atas sebuah kuil. Ada seseorang membawa radio dan semua orang berkumpul kerana katanya ada pengumuman penting dari Maharaja.
Apabila pengumuman bermula, seorang cikgu lelaki mula menangis dengan kuat, saya fikir ada apa agaknya. Saya tidak begitu faham apa yang dititahkan oleh Maharaja, tetapi saya masih sangat ingat tentang cikgu lelaki yang menangis dengan kuat itu.
Penghantaran pulang ke Okinawa
Pada masa itu maklumat tidak begitu banyak, sehingga waktu saya pulang barulah sedikit demi sedikit maklumat masuk. Kami ditempatkan di kem Innumiya di Kubasaki Okinawa. Saya lega kerana mendapat maklumat perhubungan dari keluarga di situ, saya fikir keadaan telah menjadi baik.
Pada mulanya kami sampai di Pelabuhan Naha, sekeliling penuh dengan rumput susuki, rasa seperti bukan di Okinawa. Jalanan juga penuh rumput susuki, sehingga pemandangan di Naha juga turut berubah, tempat yang dipanggil Tondo juga penuh dengan rumput Susuki.
Saya terkejut, orang putih dan orang hitam berdiri di sana.
Sebaik sampai di pelabuhan, dada kami disembur dengan serbuk putih DDT sejenis ubat pembasmi serangga. Kemudian kami disumbatkan ke dalam trak, dan kami pergi lagi ke Kubasaki kerana menurut mereka kami akan tahu di mana keluarga kami berada.
Emak ada hal, maka nenek yang datang menjemput. Masih saya ingat, nenek dengan pakaian lusuh keluar dari kereta dengan keadaan yang kurus.
Perkataan pertama keluar dari mulut nenek adalah, “Kenapa kamu dah semakin kurus berbanding sebelum pemindahan?” Nenek kelihatan sangat terkejut melihat keadaan saya yang semakin kurus.
Mengenang kembali peperangan itu
Sekarang pun saya masih terfikir, adakah ia benar-benar berlaku?
Macam-macam berlaku semasa saya hidup. Sekarang dalam keadaan aman, saya rasa terlebih mewah dari segi makanan dan perkara lain.
Ramai anak-anak kecil yang kurang bernasib baik di dunia ini. Kenapa kanak-kanak yang menjadi mangsa, kadang-kala saya terfikir.
Apa pun saya tidak mahu akan peperangan. Peperangan adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan.