Kesal ke atas pemergian adik
Kesal ke atas pemergian adik
Nama: Encik Shoichi Moriyama (15森山紹一)
Umur Ketika Itu: 19 tahun (lahir pada Januari 1925)
Jawatan Ketika Itu: Pekerja Syarikat Nanyo Kohatsu
[Tinggalkan kehidupan di Okinawa]
Pada masa itu, ada orang yang pergi ke Asia Tenggara kerana dijemput oleh ahli keluarga yang tinggal di sana, ataupun mendapat tawaran daripada mana-mana syarikat.
Saya bersama-sama pekerja-pekerja dari ibu pejabat termasuk Encik Sakihama, seramai kira-kira 20 orang, bertolak dari Naha, melalui Moji dan menyeberang ke Saipan dari Yokohama. Di Okinawa, pada masa itu, nasi hanya dapat dimakan dua kali setahun, iaitu ketika menyambut pesta Bon dan Tahun Baru. Ubi merupakan makanan ruji, terdapat juga sayur-sayuran dan ikan, tetapi tiada daging, sehingga telur ayam pun tidak pernah saya makan. Betapa berharganya daging pada waktu itu. Jika dapat melapah babi untuk Tahun Baru, kami akan menyediakan Suchika (daging babi masin), dan simpan elok-elok supaya dapat dimakan sedikit demi sedikit, begitulah keadaan di Okinawa pada ketika itu. Daging dan lemak sangat diperlukan tetapi tidak mencukupi, seperti rakyat di negara-negara miskin, badan kami semua kurus kering. Dalam kehidupan yang menderita itu, bapa saya terlebih dahulu menyeberang ke Saipan, Pasifik Selatan, dan oleh kerana keadaan hidup di sana lebih baik, dia ingin menjemput kami sekeluarga. Pada awalnya bapa meminta supaya kami menunggu di Okinawa selama satu tahun, tidak lama kemudian dia menghantar wang sebanyak 10 yen. Nilai 10 yen pada waktu itu, kalau ditukar kepada nilai sekarang adalah lebih kurang satu juta yen, dan boleh menampung kehidupan selama 3 bulan.
[Hidup dalam neraka]
Serentak dengan bunyi “Don!” debu dan asap pun naik, bunyi yang memecahkan gegendang telinga itu telah menyebabkan telinga saya pekak seketika. Bila saya menoleh ke belakang, saya nampak adik bongsu saya sedang menangis. Kalau bayi kecil begitu sudah pasti gegendang telinganya telah terkoyak. Di sebelah pula, ada seorang anak jiran, yang tercedera di lengan terkena serpihan bom, darah keluar begitu banyak sehingga tidak berdaya untuk menangis. Ibunya memeluk anak itu sambil meracau-racau. Kawasan sekeliling menjadi riuh dengan peristiwa yang telah berlaku. Seorang senior saya, yang tercampak jauh akibat letupan itu, badannya telah terputus, dan tergantung di dahan pokok. Tubuh saya menggigil melihat peristiwa itu. Terdapat banyak mayat yang bergelimpangan di sekeliling, ada juga yang mati sebelum letupan berlaku dan menyebabkan mayat bertimbun-timbun dan berselerak.
Adik saya menangis, dan saya pergi untuk mencari sesuatu untuknya tidak kiralah walaupun hanya air. Setelah berjalan untuk seketika, ada sebatang pokok besar telah tumbang, dan seorang budak perempuan telah dihempap. Kanak-kanak itu sedang nazak, dan kedengaran suaranya mengerang, "Masih hidup lagi rupanya." kata hati saya dan mula merasa bimbang. Askar yang lalu di situ marah dan menjerit, "Jangan biarkan budak itu menangis".
Pada ketika itu, ada tanggapan jika bersuara sahaja akan menyebabkan peluru sampai, jika pasang lampu pula akan menjadi sasaran serangan. Oleh sebab itulah, kami tidak dibenarkan bersuara dengan kuat pada waktu itu. Sebenarnya, adik bongsu saya, telah mati dilemaskan oleh ibu saya. Saya juga telah melihat ahli keluarga saya mati dengan cara demikian.
[Perpisahan dengan adik yang amat dikesali]
Pada masa itu, ada tawaran untuk memasuki pasukan pembinaan, adik-adik saya juga memohon untuk memasuki pasukan itu. Adik saya mengikuti latihan di Saipan dan telah ditempatkan ke Tinian, waktu itu dia baru tiba di lapangan terbang Tinian. Selepas tentera AS mendarat, adik saya datang sambil mengeluh, "Akhirnya saya bebas", tetapi saya balas, "Mengapa kamu balik, aku yang akan jaga keluarga, kau pergilah berkorban untuk negara." untuk menghalaunya pergi. Sehingga kini saya memang tidak henti-henti menyesal. Hari itu merupakan hari kami berpisah untuk selamanya.