Hidup dengan parut medan perang
"Hidup dengan parut medan perang"
Puan Shigeko Higa (37比嘉茂子)
Dilahirkan pada 5 Januari 1921
Pada masa itu berusia 24 tahun, bekerja di hospital medan perang
Tembakan meriam yang ganas dari kapal . Rumah saya berada di tempat tinggi. Laut di sebelah barat dipenuhi dengan kapal-kapal Amerika boleh dilihat dari atas bukit di belakang rumah. Kumpulan kapal-kapal Amerika itu kelihatan seperti sebuah pulau.
Pada siang hari kami bersembunyi di lubang perlindungan, pada waktu senja kami akan kumpulkan makanan, dan pada waktu malam pula kami akan memasak makanan.
Setiap hari saya menghantar tentera yang cedera dari tempat perlindungan saya itu ke hospital medan perang di Shuri Sakiyama. Setiap malam satu kumpulan seramai 4 orang akan mengangkat pengusung. Setelah dibawa sehingga ke pintu masuk Nishihara (panggilan sekarang), orang yang datang dari Shuri Sakiyama akan meletakkan mereka yang tercedera ke dalam kereta dan menghantar mereka ke Shuri Sakiyama.
Pertempuran menjadi semakin sengit, dan kami memutuskan untuk bergerak ke arah selatan. Kami telah berada seketika di Shuri, tetapi pada hari kedua encik Itokazu terkena tembakan peluru, dan meninggal dunia. Selepas itu, kami terus bergerak ke arah selatan. Kami berhenti di sekitar menara Himeyuri. Saya telah bersembunyi di lubang persembunyian di sekitar menara Himeyuri. Di situ, kami semua telah diarahkan untuk berkumpul. Kemudian, saya diberi dua butir bom tangan dan sebungkus biskut dan diarahkan supaya meninggalkan tempat itu ikut suka hati, seperti untuk mencari ibubapa sendiri dan sebagainya. Kami telah diberitahu bahawa bom tangan akan meletup jika fius dicabut dan diketukkan ke kasut. Sebelum itu kami juga diajar cara menggunakan bom tangan itu. Tauke sebuah kedai minuman keras di Shuri bernama Puan Teruya menggendong anak lelaki berumur 4~5 tahun dan kelihatan dalam kesusahan. Dia bergerak bersama-sama dengan orang yang tidak dikenali, berpindah ke sana-sini. Saya pula mengikuti mereka dari belakang untuk melarikan diri ke Mabuni.
Pada mulanya, kami dapat mencari lubang dan bersembunyi. Tetapi, tentera Jepun datang dan berkata "Ini adalah arahan, keluar dari sini." lalu kami diusir keluar dan terpaksa bersembunyi di sebalik batu besar. Puan Teruya, telah membayar sejumlah wang dan dibenarkan untuk masuk ke dalam lubang persembunyian, tetapi akhirnya dia juga dipaksa keluar. Kalau tak silap saya 14 atau 15hb Jun. Bom penabur telah dilepaskan di langit dan turun mencurah-curah seperti hujan di atas kepala kami. Saya cedera di mata dan nyaris-nyaris lagi buta. Ssorang rakan saya bernama Cik Miyazato cedera di kaki. Cik Miyazato yang mengambil berat tentang saya, meninggal dua hari kemudian kerana sakit tetanus.
Sehari selepas Cik Miyazato meninggal dunia, datang pula kenalan kepada Puan Teruya dan memberitahu yang setelah berbincang dengan keluarga, lebih baik beredar dari sini daripada duduk diam di tempat ini dan melarikan diri dari medan pertempuran ini. Saya membuat keputusan keputusan untuk pergi bersama-sama mereka kerana bimbang akan ditimpa kesusahan lagi jika saya tinggal berseorangan di sini. Saya yang cedera di kaki menggunakan tongkat dan merangkak-rangkak supaya tidak ditinggalkan. Pada masa itu, saya fikir kalau mahu mati pun biarlah mati di bawah langit terang dan setelah minum air sepuas-puasnya. Ketika meninggalkan tempat itu, di bawah cahaya tembakan suar, tentera musuh boleh dilihat di mana-mana sahaja.
Ini tak boleh jadi, saya cari bom tangan kerana berfikir lebih baik mati dari menjadi tawanan. Tetapi, saya tak jumpa bom tangan yang sepatutnya berada di sisi saya. Saya rasa ketika mata saya cedera dan penglihatan saya kabur, tentera Jepun telah mengambilnya. Saya sudah hilang pertimbangan, sekarang ini pula, saya cabut tali pinggang dan ikat di leher kerana saya fikir nak mati. Tiba-tiba, ada seseorang yang menghuraikan tali pinggang dari leher saya dan menyelamatkan saya. Waktu itu, saya rasa iri hati dengan orang mati. Di kawasan itu, memang penuh dengan mayat.
Saya telah menjadi tawanan perang. Kerana saya tercedera dan tidak boleh berjalan, saya diletakkan di atas trak, dan dibawa ke tempat untuk menerima rawatan. Namun, dalam perjalanan dengan trak itu, saya cuba untuk terjun kerana saya fikir saya lebih rela mati daripada menjadi tawanan perang. Tetapi, tali kasut saya tersangkut di trak, dan saya tidak dapat terjun.
Ramai tentera Amerika datang, mereka mula memberi kami makanan ringan dan coklat, tetapi kerana saya telah bersedia untuk mati, saya tidak mengambil makanan ringan dan coklat itu. Pada masa itu, saya ingat hanya saya yang masih hidup dari Kampung Tanabaru jadi saya tidak ingin meneruskan hidup lagi.
Selepas menerima rawatan di Gushikami, saya dinaikkan ke atas trak yang sama, dan telah melalui Hyakuna. Di situ terdapat ramai tawanan perang dan saya merasa sangat terkejut. Saya rasa dalam ramai-ramai tawanan itu mungkin ada yang saya kenal dan saya terjumpa bapa saudara saya yang tinggal sekampung. Menurut mereka, semalam, kakak-kakak saya juga telah dibawa ke Hyakuna dan mereka sekeluarga semuanya sihat. Kami yang diturunkan dari trak diarahkan supaya tunggu di khemah yang telah ditetapkan, kerana keesokan harinya kami akan dipindahkan ke Yanbaru. Saya merasakan saya tidak akan dapat berjumpa dengan kakak-kakak sekiranya saya pindah ke Yanbaru dan disebabkan itu saya pun meninggalkan khemah yang ditetapkan dan pergi ke Hyakuna. Selepas itu, setelah saya dan kakak saya bertemu, kami berpindah ke Chinen. Kemudiannya, bapa saya telah berjaya mencari tempat di mana kami berada. Bapa dan yang lainnya telah terlebih dahulu menjadi tawanan sebelum kami.
Sekarang pun jika saya berdiri lama untuk bekerja, kaki yang cedera akan terasa sakit. Jadi, mungkin peperangan sudah berakhir, tetapi bagi saya, selagi luka ini terasa sakit, selagi itulah perang belum berakhir sehingga akhir hayat saya. Doktor ada mengesyorkan, supaya mengeluarkan serpihan yang tertinggal di dalam kaki saya yang tercedera, tetapi sambil tersenyum, saya jawab saya mahu tinggalkan serpihan ini dalam kaki untuk kenangan.