LANGUAGE

LANGUAGE

Pengalaman peperangan Pasukan komunikasi berwayar Ishi

Pengalaman peperangan Pasukan komunikasi berwayar Ishi

Nama: Encik Seishun Higa (36比嘉誠春)
Umur Pada Masa Itu: 19 tahun (lahir pada April 1925)
Jawatan Pada Masa Itu: Tahun Ketiga Sekolah Pertanian dan Perhutanan Negeri (dikerah berperang)

[Tentera Jepun berundur]
Tentera AS telah mendarat dari pantai Sobe di Yomitan, seterusnya maju ke Kadena dan kami dengar bahawa Semenanjung Okinawa telah dipecahkan bermula dari kawasan Awase. Selepas itu, tentera AS telah menuju ke selatan dan perlahan-lahan menembusi kawasan kami. Saya berada di tempat peninjau di Istana Shurijo, dan dari situ saya dapat lihat keadaan tentera Jepun dibedil dengan hebat oleh meriam tentera AS,jadi saya menjadi amat risau. Barisan hadapan pertahanan Istana Shurijo terletak di Kakazu,dan tentera AS mesti disekat di situ dengan menggunakan apa cara sekalipun. Pertempuran di Kakazu bererti permulaan perang yang serius bagi tentera Jepun. Sebelah selatan Kakazu adalah Urasoe, dan tentera Jepun perlu menghalang pencerobohan tentera AS di Urasoe melalui Kakazu, yang boleh menyebabkan tentera Jepun akan lenyap terus sekiranya tentera Jepun kalah di situ, dan keadaan ini menyebabkan berlakunya pertempuran yang sangat sengit. Oleh kerana kami adalah pasukan komunikasi, kami tidak menyertai turun ke medan perang, tetapi kami menerima banyak maklumat tentang keadaan pertempuran itu. Pada 27 haribulan Mei, pihak musuh kerap dilihat di Ishimine, Shuri. Pada pukul 12 malam 27hb Mei, ada rancangan untuk melarikan diri tetapi pada masa itu, pengeboman tentera AS berlaku tak kira siang atau malam. Jadinya, kami tidak dapat bertolak pada pukul 12 tengah malam tetapi saya tidak pasti telah lewat berapa jam, kami tetap tunggu hingga tembakan reda, dan berundur mengikut kumpulan masing-masing.
Sejak kami berundur ke Shimajiri, keadaan agak aman untuk 2 hingga 3 hari. Kemungkinan mereka menyangka yang tentera Jepun akan memberi tentangan di Shuri, tetapi apabila setibanya di situ, tiada tentera Jepun di situ dan kawasan itu kosong. Dengan sekaligus mereka mengubah haluan dan menceroboh ke Shimajiri.
Satu serangan dari pihak Jepun akan dibalas dengan lebih kurang seribu serangan. Dua, tiga hari yang tenang itu seolah-olah mimpi. Tentera Jepun tidak dapat bergerak di siang hari, jadi serangan dilakukan pada waktu malam. Tentera Jepun dengan menggalas bom segera berbentuk seperti kayu landasan yang akan meletup apabila talinya ditarik, dan pergi masuk ke dalam kereta kebal. Musuh tentu tidak terfikir, pihak Jepun akan menggalas bom dan bertindak melanggar sasaran mereka. Jadi, pada mulanya taktik ini berjaya, dan semua orang rasa bergembira. Tetapi musuh bukannya bodoh, dan telah ditangani dengan segera.
Kereta kebal akan bergerak perlahan-lahan dan diikuti oleh pasukan infantri. Mereka membakar sekeliling dengan senjata penyembur api kemudian mereka akan berhenti untuk mencari kalau-kalau ada lubang tempayan tempat persembunyian tentera Jepun. Mereka maju sedikit demi sedikit sambil mencari-cari di sekeliling. Dalam keadaan itu, kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Perbezaan kelengkapan tentera Jepun dengan tentera AS sangat jelas. Kawasan Shimajiri kaya dengan mata air dan tentera AS juga tahu tentang itu. Tentera AS menyerang pada waktu senja kerana tahu ada orang yang datang untuk menimba air pada waktu itu,dengan sebab itu ramai orang yang meninggal dunia di tempat-tempat yang ada mata air. Orang yang datang ke situ memang menjadi sasaran mereka. Jadi, kami nak pergi timba air pun tak boleh dan menyebabkan kekurangan bekalan air yang serius. Pada awal bulan Jun, pasukan infantri telah lenyap, tiada tentera yang tinggal untuk melawan, dan penyusunan semula telah dilakukan. Anggota-anggota dalam pasukan komunikasi juga semuanya dipecah dan diserapkan sebagai anggota tempur seperti infantri dan lain-lain.
Kami dalam squad kelima yang terdiri daripada 6~7 orang yang kekal dalam pasukan komunikasi sampai akhir. Di antaranya hanya saya seorang tentera remaja. Selain daripada kami 6~7 orang yang lain telah diserapkan ke pasukan tempur dan semuanya mati dalam perang jadi saya rasa nasib kami baik. Kami seramai 6~7 orang, ditinggalkan dalam pasukan komunikasi, tetapi dalam serangan intensif yang dilakukan tentera AS dan kami tidak dapat memasang walau satu pun talian komunikasi dan ia tidak bermakna walaupun kami ada peralatan. Tepat ketika itu, tentangan pihak Jepun telah berakhir. Selepas itu, saya lari dari lubang persembunyian di Yamagusuku, dan menjadi saki-baki tentera yang tewas.