Dana perang ditanam di dalam lubang bom
Dana perang ditanam di dalam lubang bom
Encik Yoshiyasu Oshiro (19大城由安)
Tarikh lahir: 5hb Oktober 1931
Tempat lahir: Haebarucho
Pada masa itu: Pelajar sekolah awam berusia 14 tahun
Oleh kerana rumah saya hampir dengan lubang persembunyian, saya sering berulang-alik dari rumah ke lubang persembunyian pada waktu malam untuk mendapatkan makanan dan dan sebagainya
Terlalu banyak tentera Jepun berada di kawasan ini. Yang lebih menyusahkan, saya telah ditangkap beberapa kali kerana disyaki sebagai pengintip.
Walau bagaimanapun, ada beberapa orang askar yang mengenali saya, dan menyatakan, "Dia adalah orang awam di sini". Dua kali kali perkara ini berlaku.
Kemudian, saya telah dijemput secara paksa oleh jabatan perakaunan tentera, tetapi saya tidak ingat nama unit tentera tersebut, dan saya memutuskan untuk pergi bersama salah seorang saudara saya, Seizo Kinjo kerana lubang persembunyian kami terletak bersebelahan. saya dan saudara saya Seizo Kinjo terpaksa mengikut mereka kerana lubang persembunyian kami terletak bersebelahan.
Dalam masa seminggu, saya tidak tahu berapa banyak jumlahnya tetapi kami telah mengangkut banyak dana perang dari kubu persembunyian ke lubang bom, dan tanamkan kesemuanya di situ.
Lubang bom terletak pada jarak kira-kira 50 meter dari lubang persembunyian. Kami mengambil masa satu hari untuk menyembunyikan wang itu dan kami telah menggunakan penyodok untuk menimbuskan lubang tersebut.
Pada keesokan harinya kami mengulangi kerja yang sama, dan selepas itu kami telah menimbus lubang tersebut.Kami melakukan kerja ini selama seminggu. Kerja membawa dana perang dari lubang persembunyian ke lubang bom kerap dilakukan, tetapi terdapatjuga hari di mana kerja ini hanya dapat dilakukan sekali atau dua kali sahaja. Ini adalah kerana apabila tembakan suar dilepaskan dari arah Naha, kerja-kerja ini terpaksa dihentikan kerana ianya sangat merbahaya. Oleh kerana dana perang yang terlalu banyak, kami telah bekerja dari pukul 7 hingga 10 malam selama seminggu, bersama askar pengawal. dan askar pengawal akan turut serta, kami gunakan masa selama seminggu, antara pukul tujuh ke sepuluh malam, untuk kerja-kerja ini.
Nampaknya seperti terdapat ramai orang yang telah melakukan kerja ini sebelum kami. Sekarang, terdapat 4 orang yang terlibat dengan kerja-kerja yang telah kami lakukan, dan masih hidup. Tetapi semuanya agak keberatan untuk menceritakan apa yang telah berlaku di situ.Bagi saya, pelbagai pihak termasuk pihak yang berkaitan telah datang untuk bertanya tentang kerja-kerja tersebut setelah perang berakhir dan sudah banyak kali saya menceritakan hal ini. Lebih-lebih kerana Encik Yoshinaka Shiroma, orang yang bertanggungjawab dalam hal ini, tidak lagi mampu untuk bertutur walaupun dia boleh memahami orang sekeliling beliau, mereka yang datang dari tanah besar untuk bertanyakan soalan akan datang mencari saya.
Apabila selesai kerja menanam dana perang, kami dibebaskan dan saya bertolak untuk mencari lubang perlindungan yang lain secepat mungkin
Kalau tidak silap saya, pada waktu itu Leftenan Jeneral Ushijima telah datang melawat kami. Dan beliau telah mengeluarkan arahan, “Sila larikan diri dari Tsukazan”. Dan sehari selepas kami selesai projek menanam dana perang, salah seorang pegawai tentera telah memberitahu kepada kami, “Kamu semua keluar dari sini”, dan dengan itu kami telah dihalau dari Tsukazan.
Perkara yang tidak dapat dilupakan
Bila saya fikirkan kembali, ketika perang tersebut saya tidak pasti sama ada tentera Jepun yang sepatutnya adalah tentera sekutu kami adalah musuh, atau tentera Amerika. Pelbagai benda yang telah saya tengok sejak saya kecil lagi. Saya telah nampak orang dibunuh, wanita dirogol dengan mata saya sendiri. Saya dapat merasakan, itulah sebab saya tidak dapat membezakan sama ada tentera Jepun atau tentera Amerika sebagai musuh sebenar.
Saya juga telah melihat, tentera Jepun, tentera negara saya sendiri telah menghayunkan pedang Jepun untuk menghalau penduduk dari rumah mereka sendiri, dan tentera Amerika pula mencabul ramai wanita, sehingga saya tidak tahu mana satu yang boleh dipercayai. Apa yang saya tahu, perang tidak sepatutnya wujud di dunia ini.
Apa yang saya lihat di Maehira, Itoman, adalah askar bersenjata pedang Jepun,yang telah menceroboh kubu awam milik penduduk Maehira, kemudian melempar bom tangan untuk membunuh orang-orang yang berada di dalam lubang itu supaya mereka dapat mengambil alih tempat itu. Apa yang saya boleh katakan tentang perkara ini, walaupun setelah berpuluh tahun perkara itu terjadi, saya masih tidak percaya manusia berkemampuan untuk melakukan perkara sebegitu. Dan selepas saya memikirkan tentang soalan tersebut, apa yang saya mahu sampaikan adalah saya masih percaya yang perang bukanlah sesuatu yang patut wujud di diunia ini.