Pengalaman perang di bahagian selatan pulau utama Okinawa
”Pengalaman perang di bahagian selatan pulau utama Okinawa”
En. Tomio Kamizato, 80 tahun
(Asal: Tsukazan, Haebaru, Okinawa)
Semasa saya di tahun 1 sekolah rakyat, saya berulang-alik ke sekolah seperti biasa selama 1 tahun. Tetapi semenjak Sekolah Rakyat Haebaru dijadikan hospital untuk tentera darat, di tahun 2 saya hanya dapat pergi ke sekolah selama 1 semester sahaja.
Di setiap kawasan ada dewan orang awam yang dipanggil Muraya, kami tidaklah belajar secara serius di situ. Kami berkumpul untuk belajar bersama-sama. Cikgu-cikgu yang mengajar juga berasal dari perkampungan di situ.
Ketika perang meletus saya di dalam tahun 3.
“Askar, askar, mara, mara!” adalah ayat yang tercatat di dalam buku teks.
Tidak berapa lama, dari arah Teluk Nakagusuku, Yonabaru datang 3 pesawat perang.
Sekarang bila saya fikirkan, mereka terbang ke lapangan terbang Naha.
Kami pula, sebelum menggali parit perlindungan yang besar, telah melarikan diri ke sebuah parit perlindungan yang mana lubang besar digali dan balak disusun kemudian ditutup dengan tanah.
Keluarga mana pun akan menggali lubang menegak di parit perlindungan yang hanya menggunakan tanah untuk menutup, supaya boleh melarikan diri dari kedua-dua belah arah.
Semasa serangan udara 10hb Oktober, kapal musuh banyak di sekeliling kami. Saya mempunyai 8 adik beradik. Anak sulung perempuan, anak perempuan ketiga, dan anak saudara lelaki dan perempuan dari anak sulung perempuan, 4 orang ini telah ke Miyazaki untuk pemindahan.
Anak sulung lelaki telah diambil sebagai askar dan gugur di medan perang di Pulau Bougainville. Hanya saya, anak kedua perempuan, ketiga lelaki dan adik perempuan sahaja yang tinggal di Okinawa.
Semasa dalam pelarian
Saya sering nampak keadaan di mana orang melarikan diri ke parit perlindungan tentera dalam keadaan menangis kerana dibom. Saya fikir itu bom meriam kapal.
Kami pula berlindung di parit perlindungan yang dibina dengan tangan. Lebarnya 1.5 m dan panjang ke dalamnya pula lebih kurang 5 m. Waktu itu hujan lebat, banyak air menitik mengalir ke dalam parit perlindungan itu.
Kemudian setelah Shuri tewas, ada askar yang cedera dari Shuri berkata, “Saya berjalan datang dengan nyawa-nyawa ikan.” Dan ada juga yang saya lihat merangkak selama seminggu untuk datang ke sini.
Ada juga khabar angin mengatakan sekitar Yoza dan Nakaza di Gushikami di bahagian selatan pulau utama masih aman.
Saya mula melarikan diri sekitar 22 atau 23 hari bulan Mei lebih kurang sama tarikh unit Himeyuri bergerak keluar ke bahagian selatan dari parit perlindungan di Koganemori.
Kami ada membela babi di rumah asal kami, kami telah membunuh mereka untuk membuat miso minyak. Mungkin ayah berfikir perang akan berlanjutan lama, dan dia berfikir bahawa jika minyak babi ada kita boleh bertahan dengan memakan rumput-rumput liar di Okinawa, maka dia menyuruh abang-abang saya membawa minyak babi yang dimuatkan ke dalam tin.
Kami sampai ke Nakaza sekitar jam 10 pagi. Waktu itu kami bersama-sama dengan saudara lebih kurang 2 isi rumah, kami dapati Yoza dan Nakaza juga bahaya maka kami telah ke satu tempat bernama Kuniyoshi.
Ada kandang kuda kecil di Kuniyoshi. Semasa kami mahu masuk ke situ ia telah dibom oleh meriam kapal, lalu terbakar.
Selepas itu serangan meriam kapal semakin dahsyat, kami berada di parit perlindungan askar lebih kurang setengah hari.
Selepas itu semasa kami menghala ke Itoman ada satu parit perlindungan yang besar, ada seorang lelaki tua telah diserang, maka ia berteriak, “Maharaja Banzai!” Saya tidak tahu orang tua itu sudah mati atau belum, tetapi saya masih ingat suasana itu.
Kami sampai ke perkampungan Maezato lebih kurang waktu petang, sesampai di sana kami dapati ia juga sangat teruk. Saya masih ingat keadaan tak ubah seperti gambar di dalam neraka.
Ada kaki kuda yang telah mati dan telah dimasak. Seseorang mengatakan, “Saya potong sebelah kaki dan bawa ke mari.” Kami takut dan tidak memakannya.
Kami berada di sini sekitar 2 hingga 3 hari.
Tidak lama setelah itu, perkampungan di Maezato dan Ishiki juga telah didatangi oleh askar Amerika. Oleh itu pada malam itu kami melarikan diri dari parit perlindungan di Ishiki.
Ramai juga yang telah terkorban di perkampungan Makabe, apabila melalui jalannya ia sangat busuk sehingga terpaksa menutup hidung. Semasa melalui perkampungan Makabe itu ada seorang ibu yang cedera, dia tercungap-cungap. Di sebelahnya ada bayi yang masih hidup. Ibu itu berkata, “Bawa bayi ini,” tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Kami sampai ke sebuah pantai dipanggil Odohama, ia sunyi di sini.
Di sini banyak rumput Adan, kami rasa selamat di sini maka kami berehat. Malangnya selepas itu tentera Amerika menyerang dari arah laut. Saya dengar bunyi mesin meriam yang lebih kecil dari bunyi meriam kapal, “Pang, pang!” Kawasan itu adalah berpasir sehingga kami merangkak serendah mungkin dan merangkak selama kira-kira beberapa jam dari sekitar jam 10 pagi.
Semasa emak mendukung adik yang berumur 6 tahun cuba pergi dari situ, emak telah ditembak di perut. Dari kanan peluru keluar melalui mulut, seumpama air yang kita mahu minum bocor dan melimpah.
Emak mati serta merta. Kami menanam mayat emak dan menandakan ia dengan kayu. Seorang-seorang berkata, “Emak, lindungi kami ya,” dan berdoa bertangkup tangan seperti yang diajar oleh ayah.
Petang, kami sampai ke perkampungan Komesu. Terdapat parit perlindungan yang dibuat dari tanah yang ditutup sahaja. Apabila saya masuk ada orang-orang dari Tsukazan.
Kami bermalam satu malam di situ. Apabila kami mahu keluar dari situ menghala ke Tsukazan, tentera Amerika telah sedia menanti dengan senapang diacukan ke arah kami. Kami ditangkap di situ.
Semasa ditangkap, ada askar (MP atau askar biasa saya tidak pasti) yang cuba melarikan diri, maka askar Amerika telah menembaknya dengan pistol otomatik. Askar itu tidak dapat melarikan diri walau 50 m. Waktu itu saya berfikir hebatnya, senjata pun berbeza. Senjata Jepun hanyalah boleh menembak kecil sahaja, tetapi senapang Amerika begitu kuat bunyinya. Itu antara yang saya masih ingat.
Kemudian tawanan dikumpul, anak kecil mengangkat tangan dan disusun. Mereka yang kelihatan seperti askar disusun dengan hanya berseluar dalam fundoshi.
Kemudian kami disuruh berjalan hingga ke Itoman, kami bermalam di satu tempat di pertengahan jalan. Tempat kami bermalam telah diserang oleh tentera Jepun. Keesokan harinya saya nampak beberapa askar Jepun yang telah ditangkap sebelum itu beberapa orang telah mati.
Kami dibawa dengan bot pengangkut kapal dari pantai berpasir yang sekarang ini berhampiran Nishizaki. Lebih kurang 2 keluarga sekitar 10 hingga 20 orang dan orang lain beberapa orang, ada juga yang cedera diangkut dengan pengusung.
Kemudian bot pengangkut itu menghantar kami ke sebuah kem tahanan kapal. Waktu itu saya rasa, “Wah, saya akan selamat.”
Setelah itu di petang hari kami diturunkan di pantai dan setelah berehat seketika kami dibawa dengan kenderaan tentera Amerika ke kem tahanan di Goeku di bandar Okinawa. Setelah itu kehidupan di kem tahanan pun bermula.
Suasana di kem tahanan
Makanan kami hanyalah bubur, dan langsung tiada pinggan mangkuk. Tentera Amerika memasukkan tin ke dalam tong dram dan membakarnya. Tin yang hitam dibakar itu diambil kemudian bubur akan dituang ke dalamnya ketika panas. Saya masih ingat kami makan sambil meniupnya.
Pelarian tinggal di perkampungan yang telah ditahan, tetapi berdekatan ada bukit yang menjadi kubu kuat MP. Tentera Jepun menyerang tempat itu, lalu keesokan harinya apabila saya pergi melihat ada yang telah dibunuh dengan pedang Jepun. Ada juga pedang Jepun yang telah bengkok jatuh, ada juga yang telah dipenggal di kepala. Sepertinya masih ada askar kalah yang belum mahu menyerah.
Kami juga belajar di kelas tanpa bumbung di Awase dan tempat-tempat lain, di bawah pokok. Waktu itu, saya di tahun 3, banyak kali saya belajar menulis kursif ABC banyak kali.
Kami menggunakan sisa kertas yang banyak bersepah di pantai yang dibuang oleh tentera Amerika.
Apa yang paling memeritkan waktu itu?
Sudah tentu kematian emak yang paling saya tangisi.
Saya menangis tanpa henti waktu itu. Semasa kami sampai di perkampungan Komesu untuk berlindung, saya dan adik perempuan menangis tiap malam memanggil, “Emak, emak,” hingga kadangkala kami menangis mengigau di dalam tidur. Saya tahu perkara ini dari adik beradik yang lain setelah itu.
Mengenang kembali peperangan itu
Peperangan adalah satu perkara yang tidak boleh dilakukan sama sekali. Manusia akan menjadi bukan manusia. Untuk menghubungkan memori perang ini, sesiapa yang boleh bercerita harus bercerita. Saya juga selalu bercakap secara aktif jika diminta oleh pihak sekolah.
Ada juga kisah begini. Semasa bersembunyi mereka mencekik bayi yang menangis dengan lampin. Ada juga yang apabila Amerika datang dia berkata lebih baik aku mati cepat lalu terjun dari tebing. Ada juga yang masih hidup dengan bekas cekikan di leher, apabila ibu dan ayahnya mencekik mereka dengan tali, “Kakak mati dicekik dengan tali tetapi aku terselamat.”
Itulah dia peperangan yang sangat memeritkan.