Pengalaman perang di Negara Selatan
Pengalaman perang di Negara Selatan
En. Seijiro Hirata, 97 tahun
(Asal: Kumejima-cho Okinawa)
Pendidikan ketenteraan bagaimanakah yang ada di sekolah?
Sekolah saya dipanggil sekolah belia, ia adalah ibarat sekolah askar, saya pun tak faham. Kami menikam patung dengan tombak buluh, dan belajar cara menggunakan bayonet dan lain-lain.
Pada tahun 1940 saya melakukan pemeriksaan tentera. Saya diperiksa dari atas sampai bawah kesemuanya dalam keadaan hanya memakai seluar dalam fundoshi sekeping sahaja. Saya menyertai Divisyen ke-3 di Taipei, Taiwan. Saya berada di sana selama 6 bulan, kemudian saya berada di unit MP selama 1 tahun.
Setelah itu saya bergerak ke Filipina dari Taiwan, setelah pertempuran pertama tamat, saya menjadi pembantu MP, setelah itu saya ke pertempuran Jawa dan setelah itu kami mendarat di Pulau Bali. Saya ke medan perang pada tahun 1942. Skuad saya semuanya telah ke medan perang sejak 1941, oleh kerana saya seorang sahaja menjadi pembantu MP, saya tinggal lebih lama 1 tahun, maka saya lewat ke medan perang.
Bagaimana perasaan anda semasa ke medan perang?
Saya berfikir, “Hebatnya Jepun kerana berperang dengan Amerika dan negara-negara lain di dunia.” Saya telah dihantar ke Selatan, tetapi setelah tamat pertempuran pertama Filipina, saya telah memohon untuk menjadi pembantu MP, setelah itu terus saya ke pertempuran Jawa dan mendarat di Pulau Bali. Unit kami adalah unit berbasikal dan dipanggil “Unit Roda Perak”. Satu unit sahaja, tetapi semasa kami sedang mengangkut basikal dari kapal ke daratan, perang telah pun tamat.
Bagaimana dengan maklumat tempat asal, Okinawa?
Saya mendengar radio hampir setiap hari. Okinawa menjadi padang jarak padang tekukur… Membuat kerja sia-sia dengan berperang, maka jadilah sebegini.
Saya sangat risau dengan Kumejima. Saya fikir sudah tiada siapa di sana.
Suasana di medan perang
Maka mengawasi perairan di tepi pantai.
Selalunya kami berlapar, saya sangat teringin makan nasi sehingga kenyang. Saya banyak berdikari, menanam padi di sawah, mengambil rebung dari pepohonan buluh, pergi ke paya mengambil pucuk keledek dan memakannya, tetapi bahan makanan sangat sedikit, sangat memeritkan. Saya guna tutup kotak bekal hangou untuk menjadikan semangkuk bubur nasi, sepertinya saya makan 3 kali sehari. Ramai orang yang mendapat kekurangan zat makanan.
Setelah perang tamat, saya menamatkan perkhidmatan setelah 1 tahun setengah. Saya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke Okinawa, saya berada di ladang di Kagoshima tanpa mendapat gaji sesen pun. Sebab saya rasa cukup dapat makan nasi sehingga perut kenyang.
Sedikit masa sebelum perang tamat, terdapat ujian, yang dipanggil ujian ke-6, di mana semua anggota unit akan berlari 100 meter dengan menggendong 60 kg guni padi. Pada satu malam kami mendapat arahan untuk bergerak dengan memikul pelancar api. Saya adalah ketua skuad seramai 10 orang dan saya terpaksa memikul pelancar api seberat 60 kg itu dan berlari. Oh, sebab itulah dalam latihan kami berlari sambil memikul guni padi seberat 60 kg. Seingat saya orang Okinawa, orang tanah besar pun, tidak ramai yang mampu bertahan memikulnya.
Perasaan ketika perang tamat
Semasa perang meletus, saya sudah bersedia bahawa sayalah yang akan mati dahulu. Oleh kerana itu saya amat gembira ketika perang tamat. Dengan berpakaian seragam, semua berbaris dan semua beratur mendengar pengumuman kalah perang. Semua menangis, tetapi saya ketawa sambil berkata, “Bagusnya.” Saya sangat gembira. Pegawai atasan dan kapten dan lain-lain semua menangis, tetapi kami askar biasa ada yang ketawa gembira.
Keadaan ketika berhenti dari askar
Pada satu petang kami sampai ke sebuah pulau, tetapi langsung tidak boleh turun dari kapal. Kami bermalam di dalam kapal, perasaan saya ingin terjun ke laut dan pulang ke rumah. Kemudian kami ke sebuah pulau kecil dengan bot pengangkut, kami memanggil sebagai perarakan, tetapi kami berjalan dan berkumpul di Pulau Sumbawa. Kami melucutkan senjata dan terus berhenti dari askar.
Setelah berhenti dari askar
Semasa bekerja di dalam kapal (yang telah lucut status kapal perang), ada seorang posmen berkata, “En. Hirata, saya boleh hantar ke Okinawa kalau ia poskad. Sampai atau tidak saya tidak tahu. Taknak cuba hantar?”, maka saya pun menghantar poskad. Nasib saya baik, ia tiba ke rumah saya, jadi pada orang kampung sayalah yang paling awal mereka ketahui masih hidup.
Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa, “Perkara sebegini sama sekali tidak boleh berlaku lagi.” Polisi ketenteraanlah yang paling memeritkan. Saya cemburu terhadap anak muda sekarang, mereka tidak perlu menjalani pemeriksaan ketenteraan.