LANGUAGE

LANGUAGE

Bahagian utara pulau utama Okinawa, melarikan diri dari perkampungan Asahikawa di Nago ke Haneji

Bahagian utara pulau utama Okinawa, melarikan diri dari perkampungan Asahikawa di Nago ke Haneji

Puan Sadako Higa, 85 tahun
(Asal: Asahikawa, Nago, Okinawa)

Pada waktu itu saya berada di dalam tahun 4 atau tahun 5.
Banyak bom digugurkan di Nago. Tempat yang saya tinggal belum berlaku apa-apa. Saya tidak begitu merasa bahawa peperangan sedang berlaku.

Pada waktu serangan udara oleh tentera Amerika berlaku, tiada pesawat Amerika yang menghampiri tempat kami tinggal. Tetapi, saya dengar Naha dan tempat-tempat lain menerima serangan udara. Ramai orang datang ke tempat kami tinggal di Nago dari kawasan tepi pantai. Mereka kata mereka melarikan diri. Sejak dari serangan udara ini, kami terpaksa tinggal di parit perlindungan serangan udara.

Pada waktu itu saya masih kanak-kanak, tidak begitu mempunyai perasaan takut, tetapi orang dewasa dan para ibu berkata, bahaya berada di sini, maka sejak pagi lagi kami pergi ke gunung untuk bersembunyi.
 
Akhirnya selepas itu, askar Amerika telah mendarat. 5 atau 6 orang askar Amerika telah tiba ke tempat saya. Ramai orang dari Naha, Shuri atau kawasan selatan dan tengah melarikan diri ke atas gunung. Tentera Amerika mendarat dari arah pantai. Sedikit saya bising, akan dimarahi oleh ibu. “Kalau kamu bising, nanti askar Amerika datang!” katanya. Pada waktu ini, tiada siapa pun yang boleh berbual-bual.

Dari pagi hingga petang, kami terus bersembunyi di atas gunung. Kami dapat makan nasi jadi saya tidak berasa terbelenggu sangat.


Pada waktu itu, tiada langsung lelaki dewasa. Lelaki dewasa dihantar ke Pulau Ie kerana chouyou (perintah). Saya dengar ada pertempuran di Pulau Ie. Hampir tiada lelaki kerana semuanya dihantar oleh perintah. Wanita dan orang tua tinggal. Anak kecil pun ada, teruk sungguh.

Ada yang berumur 14 hingga 16 tahun. Mereka yang berumur 20an semuanya dihantar ke Pulau Ie menurut perintah.

Askar Amerika datang dalam keadaan sebegini, maka sejak pagi lagi kami melarikan diri ke atas gunung. Setelah itu, bahaya untuk terus tinggal di sini, kami berpindah ke Haneji di Nago. Waktu itu ada seramai lebih kurang 20 orang. Kami semua melarikan diri ke Haneji.

Dari gunung kami menghala melarikan diri ke Haneji. Langsung tidak boleh menggunakan jalan biasa. Kalau ada kereta datang, seseorang akan berkata, “Askar Amerika datang!” dan kami akan bersembunyi.

Pergerakan kami adalah dari gunung ke gunung. Bila malam, semua akan duduk bersama-sama dan tidur. Bila pagi menjelma, kami bergerak melarikan diri semula.
Kami berjaya sampai ke Haneji dalam masa 2 hingga 3 hari. Saya rasa 3 hari kami ambil untuk sampai ke Haneji.

Jalan biasa akan ditemui oleh askar Amerika, maka kami tidak boleh lalu. Ada seorang makcik yang berkata ia mempunyai anak dan sedang mengandung. Apabila kami membawa makcik ini perjalanan menjadi sukar, kerana kami melarikan diri di dalam gunung. Kami melalui jalan pergunungan, menyeberangi sungai. Kasihan makcik itu. Anak-anaknya juga berpimpinan tangan, sangat kasihan.

Mengenang kembali saat melarikan diri itu, bagaimana kami berjaya berjalan merentasi gunung itu. Hari ini bila kenang kembali, teruk sungguh pengalaman itu.
Askar Jepun juga ada datang ke rumah kami meminta makanan. Mereka berkata, “Sikit lagi, sikit lagi Jepun akan menang.” Setelah mereka mendapat makanan dari kami mereka akan pulang. Mereka asyik berkata, “Kami akan menang” walaupun mereka sedang kalah. Sebenarnya saya juga kasihan kepada askar Jepun kerana mereka tidak mempunyai makanan.

Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa kita tidak boleh membenarkan peperangan seperti yang berlaku pada masa itu berlaku sekali lagi. Kalau berlaku peperangan, tiada apa yang dapat dicapai. Peperangan sangat menakutkan.