LANGUAGE

LANGUAGE

Pengalaman perang di Osaka

Pengalaman perang di Osaka

En. Eiichi Fujimoto, 90 tahun
(Asal: Azahiga, Gusukube-son, Miyako-gun, Okinawa)

Sekitar tahun 1944, terdapat tempat yang bernama Pusat Latihan Pekerjaan, dan di Naminoue ada satu bandar bernama Tsuji, di situ beberapa ratus pelatih menyewa satu bilik dan menjalani latihan pekerjaan. Sesiapa yang telah menerima latihan akan dihantar ke Osaka atau Tokyo untuk bekerja di kilang senjata perang.
 
Di Miyako seorang doktor yang bernama Taisei Miyaguni akan mengumpulkan mereka yang telah tamat latihan dan memperkenalkan kepada syarikat di tanah besar.

Di pusat latihan selama sebulan kami belajar, dan apabila akan ke tanah besar kapal akan menunggu di satu tempat bernama Koniya di Amami Oshima.

Ia adalah tempat Tsushima-maru tenggelam diserang, maka kapal yang kami naiki dikawal oleh kapal pemusnah tentera dan menuju ke tanah besar.

Tetapi, di tengah jalan kapal kami diserang pesawat, dan di bawah laut ada kapal selam sedang menyelam, ada juga torpedo meletup di sebelah kapal kami, saya mengalami pengalaman yang sangat dahsyat.

Setiba di Kagoshima, kami telah ditetapkan tempat untuk kami tuju dan syarikat atau kilang kami akan bekerja. Ia adalah kilang senjata perang, di situ mereka mengeluarkan dan memasang pelbagai benda seperti komponen pesawat perang seperti enjin, sayap dan tayar, komponen kapal selam dan pelancar torpedo.

Pada waktu itu, pelajar universiti juga tidak dapat ke sekolah, mereka semua bekerja di kilang senjata perang sebagai unit sukarelawan, mereka memasang dan mengeluarkan pelbagai benda dan komponen.

Saya tinggal di asrama. Pada waktu itu prinsip negara ketenteraan diamalkan, penghuni asrama juga perlu menjalani pemeriksaan ketenteraan. Terdapat juga sekolah belia, apabila mencapai usia 20 tahun mereka akan memilih untuk memohon menjadi tentera dan akan dihantar ke pasukan tentera darat atau laut dll.

Saya juga bercita-cita untuk menjadi askar dan bekerja kerana ingin mempertahankan negara. Saya memohon tentera laut tetapi saya diberitahu, “Tapak kaki kamu rata sangat, di dek kapal ia sangat licin, kaki kamu sangat rata, maka kamu tidak lulus.” Saya telah gagal.

Selepas perang, penghantaran pulang dari Osaka
Terdapat kapal repatriasi Amerika yang besar bernama LST. Saya pulang dalam penghantaran pulang ke-3. Saya dihantar ke Hakata di Kyushu. Saya masih ingat beras yang saya beli dirampas oleh polis. Di Hakata, ramai orang yang dihantar pulang dari Manchuria atau China.

Keadaan di Osaka selepas perang
Setelah perang tamat, mungkin mereka risau akan pendudukan Amerika, maka mereka melupuskan semua bom dan komponen di satu tasik besar, menggunakan khidmat penghuni asrama yang tinggal.

Keadaan semasa serangan udara di Osaka
Serangan udara sangat menakutkan. Serangan di waktu alam, pada pukul 9 malam, B29 akan mengebom Osaka. B29 boleh menggugurkan bom dari ketinggian 10,000 meter, letusannya sangatlah hebat. Bom akan gugur di Tenroku atau Tenjinbashi atau Umeda, selepas perang kawasan itu menjadi padang jarak padang tekukur.

Pada mulanya siren amaran akan berbunyi, “Booon!” Bunyi yang panjang akan kedengaran, setelah itu semasa amaran itu berbunyi, satu lagi bunyi “Bun, bun!” akan berbunyi. Pihak Jepun juga akan melawan menggunakan pelancar misil, tetapi 10,000 meter mungkin tidak kesampaian.

Berita semasa kami sedang bekerja di kilang senjata perang mengatakan Miyako juga telah lumpuh sepenuhnya. Tiada satu pun rumah yang tinggal, orang pun semua mati. Mendengar berita sebegitu, saya tidak dapat berfikir apa-apa.

Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa tiada siapa yang menyukai peperangan. Membantah peperangan adalah impian semua manusia. Untuk menghapuskan peperangan, pendidikan diperlukan. Jika peperangan berlaku berjuta manusia yang tidak berdosa akan mati, maka peperangan sahajalah yang tidak boleh berlaku.