“Melarikan diri ke parit perlindungan serangan udara semasa serangan meriam kapal laut, dan kehidupan di rumah anak yatim setelah perang tamat”

En. Shosei Kishabo, 77 tahun
(Asal: Miyagi, Urasoe, Okinawa)
Sebaik perang meletus, ayah telah dikerah menyertai pasukan pengawal, maka saya, datuk, kakak dan adik perempuan, kami berempat telah melarikan diri.
1hb April tentera Amerika mendarat dan mereka semakin hari semakin hampir dengan perkampungan kami. Yang paling saya ingat ialah sewaktu rumah kami terbakar. Pada waktu itu hampir semua rumah diperbuat daripada jerami, jika bom pembakar digugurkan, tiada apa yang akan tinggal dan semua rumah akan terbakar dengan teruk sekali.
Rumah kami juga turut terbakar, kami melarikan diri ke parit perlindungan serangan udara. Kami berkongsi 2-3 keluarga di dalam parit perlindungan, tetapi semakin keadaan peperangan menjadi teruk, semakin banyak serangan meriam kapal laut bermula. Kebanyakan parit perlindungan teruk dimusnahkan oleh serangan meriam, oleh itu kami memutuskan untuk keluar kerana sudah tidak selamat berada di parit perlindungan.
Di dalam Kem Kinser sekarang (Urasoe) terdapat perkampungan gua, kami yang baru keluar dari parit perlindungan serangan udara bergerak ke gua tersebut. Semasa kami sedang bergerak, datuk yang berada di sebelah, tumbang kerana mendengar bunyi senapang.
Selepas itu kakak menarik tangan adik dan melarikan diri. Di dalam gua itu terdapat 7-8 orang yang sedang bersembunyi terdiri daripada hanya wanita dan kanak-kanak. Tidak lama selepas itu, tentera Amerika mula datang untuk menyerang, mereka menjerit “keluar! keluar!”, saya nampak 4-5 orang askar Amerika masuk ke dalam gua. “Jangan keluar, tak boleh keluar!” kata seseorang, dan “baling ini!” sambil menunjuk ke arah bom tangan. Tetapi kami diam sahaja kerana tidak tahu menggunakannya, tiba-tiba seseorang telah mengacah-acah untuk membaling bom tangan itu. Melihat itu, askar-askar itu keluar dari situ, mungkin kerana mereka telah berputus asa.
Tetapi, sejurus selepas itu bom fosforus kuning telah dilemparkan ke dalam gua, bebola api berpercikan mengenai serata tempat, dan semua orang menjadi panik, “lari! Kita akan dibunuh!”. Saya dan kakak, berusaha bermati-matian untuk lari menyelamatkan diri dari gua sehinggakan kami telah meninggalkan adik di belakang. Semasa berlari itu, saya terlihat adik yang hanya merenung ke arah saya, tetapi saya tidak dapat melakukan apa-apa.
Setelah keluar dari gua, kami menyeberangi sungai Kowan yang terdapat di Urasoe, kemudian kami menjumpai parit perlindungan serangan udara, kami cuba masuk ke dalamnya tetapi berputus asa kerana tentera Jepun sudah sedia berada di dalam.
Kami dibenarkan masuk ke parit perlindungan yang lain, tetapi semua terpaksa berlari keluar dari parit kerana penyembur api dari askar Amerika yang datang kemudian.
Saya tidak mengalami kecederaan, saya terus dibawa ke rumah anak yatim di Koza, Okinawa-shi. Di situ, saya sangat terkejut, adik yang telah ditinggalkan di parit rupa-rupanya telah dibawa ke rumah anak yatim itu juga. Tetapi, perut adik telah mengembung dengan pelik, mata juga menjadi cengkung dan tubuh badannya juga berubah sepenuhnya. Entah berapa hari adik ditinggalkan seorang diri di dalam parit yang gelap itu, tanpa makanan…dia hanya kanak-kanak berumur 3 tahun. Keadaan badan adik yang sangat mengecewakan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. Saya dan kakak terus tinggal di rumah anak yatim itu. Inilah bermulanya kehidupan selepas perang saya.
Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa ingin terus bercerita dengan anak-anak mengenai tragedi yang menimpa saya semasa perang. Seiring dengan perkembangan zaman, telah kelihatan pergerakan yang seolah-olah ingin memuliakan peperangan. Yang paling saya takuti, ia akan mengubah sejarah dan juga fakta sejarah juga akan diubah. Saya fikir, sebarang perkara yang akan membawa kepada peperangan di masa hadapan mestilah dicegah.