Serangan udara pada 10 haribulan Oktober

Nama: Encik Kenichi Nagamine (35長嶺健一)
Tarikh lahir: 25 haribulan September 1927
Tempat lahir: Bandar Naha
Pada masa itu: Pelajar Sekolah Teknik Okinawa berusia 18 tahun
10 Oktober 1944
Saya telah keluar dari rumah di Gushi, sebelum pukul 7 pagi. Tembakan meriam anti-pesawat dilepaskan bertalu-talu dari gunung Ameku.
"Ini sangat aneh. Saya tidak tahu pun yang latihan akan diadakan, sungguh aneh." fikir saya. Tetapi, kelihatan kapal terbang berwarna hitam berlegar-legar di ruang udara pelabuhan Naha.
"Oh! Ini nampaknya seperti bukan kapal terbang Jepun, tiada lambang Hinomaru!". Sedang kami asyik berbual-bual, banyak bom digugurkan, api semakin berkorbar menjulang tinggi di pelabuhan Naha. Ada makluman mengatakan "Hei, ini penting! cepat pergi ke sekolah, satu peristiwa yang besar akan berlaku" lalu kami bergegas ke sekolah.
Ketika kami tiba di sekolah, waktu itu sudah pun sekitar pukul 8:30. Di hadapan pintu masuk sekolah, Cikgu Yamashiro dan guru penolong pengetua ada menunggu, "Oh, anda semua rupanya, sampai juga ke mari. Tetapi sekolah cuti hari ini. Cepat pulang ke rumah, tolong keluarga anda untuk berpindah." katanya, "baiklah, kami pulang." kata saya dan terus pulang.
Keadaan pelabuhan Naha dari Asato
Apabila sampai ke Asato, banyak pesawat terbang melintas, kelihatan asap berkepul–kepul dari arah Naha.
"Ia sangat dahsyat. Kalau pergi ikut jalan betul, pasti terkena bom, jadi kami akan pergi dengan melalui Asato, dan pergi dari ladang tebu di Mawashi." fikir saya. Setelah itu, keluar di Kainan (panggilan sekarang).
Kemudiannya, saya mengajak seorang kawan yang bernama Kozo Kinjo yang tinggal di bandar Nishimachi, ke rumahnya "Mari kita pergi melihat keadaan di sana.". Apabila sampai di situ, saya dapati kawasan itu masih belum terbakar. Sedang saya dan keluarga berbual-bual, "tidak mengapa, jangan bimbang..." lebih kurang 10 minit kemudian siren serangan udara berbunyi dan banyak kapal terbang datang. Oleh kerana tiada pilihan, kami masuk ke dalam lubang pengebumian yang masih belum ditutup, yang paling dekat dengan kami. Saya dapati seramai 3 orang yang telah masuk di situ. Di situ dipenuhi bau busuk, bau mayat merebak di sekeliling. Kami bersembunyi di dalam kubur itu sambil menahan bau itu. Kira-kira 10 minit setelah kami berada di situ siren telah dipadamkan.
Untuk pulang ke rumah, saya terpaksa melalui pelabuhan Naha, ketika lalu di situ, saya nampak sebuah kapal. Saya tidak pasti samada ia kapal perang atau sebaliknya, bila saya lihat betul-betul saya nampak tentera laut berpakaian putih sedang mengacukan meriam dan mesingan. Tetapi, apabila tembakan dilepaskan, bunyinya amat unik. Meriamnya tidak berbunyi kuat seperti berdentum. Cuma berbunyi letupan kecil. Tembakan meriam Jepun itu langsung tidak mengenai kapal terbang. Saya terus sahaja merenung situasi itu, apabila askar yang selesai menembak berpaling ke arah saya. Dia menghalau, "Kamu, tengok apa, bodoh, berambus!".
Kembali ke rumah dengan selamat walau menerima serangan bom
Ada satu garaj untuk bas Showa, dan di depannya ada satu parit yang besar. Sampai sahaja di situ berlaku lagi serangan udara. Saya fikir "ah, habislah!", dan masuk ke dalam parit itu. Dan, perlahan-lahan saya memanjangkan leher untuk melihat sekitar "bagaimana keadaan di sekeliling" fikir saya, terdapat sebuah bot nelayan yang kecil, saya nampak bahagian belakangnya sedang terbakar. Saya rasakan, "tentu perkara yang dahsyat telah berlaku", seorang lelaki, muncul dengan membawa bungkusan kecil. Tidak sampai seminit dia berjalan terus sahaja rebah. Dia terkena peluru mesingan. Saya fikir "Satu perkara yang dahsyat telah berlaku. Lepas ini mungkin giliran saya pula, saya harus cepat melarikan diri sebelum Jambatan Meiji runtuh", lalu saya berlari untuk menyelamatkan diri.
Dan setelah menyeberangi jambatan itu, terdapat pula Bukit Gajanbira (Kakihana), saya daki bukit itu, kerana hendak menyeberang ke Kinjo, sambil juga bersembunyi di ladang tebu. Menyusup ke sana, menyusup ke sini, sambil mengelak serangan bom, akhirnya saya sampai ke rumah.
Ketika senja, saya memanjat sepohon pokok pain, dan melihat kebakaran di bandar Naha. Kelihatan seolah-olah langit terbakar dan menjadi merah. Terdapat satu tempat penyimpanan bahan api di Nishimachi, tong dram yang mengandungi bahan api telah meletup sambil terbakar setelah disambar api. Dan cecair berapinya luruh dari atas seperti bunga api. Ketika sedang asyik melihat pemandangan itu, datang seorang tentera Jepun dan berkata, "Hei, kamu, yang berbaju putih, musuh akan nampak kalau memanjat di situ, nanti ditembak pesawat musuh, turunlah!", saya terkejut, dan turun sambil berkata "ya, ya", dan saya terus pulang ke rumah.
Serangan udara pada 10 haribulan 10, itulah medan perang. Tembakan mesingan bertalu-talu, bom juga banyak digugurkan.