LANGUAGE

LANGUAGE

Pegawai kerajaan negeri yang menyampaikan berita di bawah hujan peluru

Pegawai kerajaan negeri yang menyampaikan berita di bawah hujan peluru

Nama: Encik Seiko Asato (25安里成光)
Tarikh lahir: 1hb Jun 1927
Tempat lahir: Naha
Pada masa itu: kakitangan kerajaan negeri berusia 18 tahun

Pegawai kerajaan negeri yang ditugaskan sebagai pembantu penyampai arahan.
Pada masa itu, lubang persembunyian Hantagawa dipercayai benar-benar selamat.
Kerana bukan sahaja semua peluru meriam dari bahagian selatan bahagian tengah dan arah Yonabaruterbang melewati lubang persembunyian Hantagawa, malah serangan udara juga tidak sampai ke sanamaka lubang persembunyian itu telah dianggap selamat. Jadi semua orang percaya dan datang mencari perlindungan di lubang itu.
Kejadian yang paling mengejutkan telah berlaku pada sekitar 31hb Mac 1945. Tentera AS telah memasang meriam tembakan secara langsung di Pulau Kamiyama (Chibishi). Ia dapat dilihat dengan jelas dari arah Handagawa. Serangan datang bertalu-talu setelah meriam jarak jauh itu siap dipasang. Ketika itu, lubang perlindungan Handagawa masih belum siap sepenuhnya, maka kami terpaksa masuk ke dalam lubang itu untukkami berlindung sambil terus menggali lubang tersebut.
Tugas utama saya ialah sebagai pembantu penyampai arahan kepada kakitangan Jabatan Pembinaan yang berada di lubang persembunyian Handagawa keranaJabatan Dalam Negeri, Bahagian Pendidikan dan Bahagian Sivil telah dipecahkan kepada tiga bahagian dan ditempatkan di luban persembunyian Sekolah Tinggi Perempuan Shuri. Saya telah ditugaskan sebagai pembantu utusan.
Banyak kali saya telah berulang-alik dari lubang persembunyian Handagawa ke lubang persembunyian Sekolah Tinggi Perempuan Shuri. Jaraknya tidaklah begitu jauh, tetapi mengambil masa kira-kira setengah hari. Itu adalah tugas yang boleh membawa maut, kerana perjalanan itu perlu diambil sambil mengelak tembakan meriam tentera laut dan serangan udara yang juga datang dari arah laut, selain serangan tembakan dari darat.
Kemudian, setelah kami berundur ke arah Nagado, saya pergi menghubungi lubang persembunyian Jabatan Dalam Negeri dan untuk pergi ke sana hanya ada dua cara iaitu samada pergi dari Kobuba dan melalui Madanbashi, atau melalui Ichinichibashi.
Saya mahu menyeberangi jambatan itu, tetapi saya dapati jambatan telah musnah dan hanya tinggal tiangnya sahaja. Banyak mayat-mayat tersangkut di situ, ada yang telah mula kembung bagaikan lembu, terdapat banyak orang yang telah mati termasuk wanita dan kanak-kanak,. Saya pergi dengan melalui celah-celah mayat tersebut.
Selepas itu, kerajaan negeri telah berundur ke arah Yoza. Pada mulanya kami, sebagai pasukan tentera sokongan, mempunyai tugas untuk mencari makanan, tetapi akhirnya kami tidak dapat menjalankan tugas bersama-sama lagi, lalu berpecah dan tinggal 3 orang.
Pada masa itu, saya, abang saya, dan Puan Ishibashi, kami bertiga bergerak bersama-sama dalam satu kumpulan.

Ke Bahagian Selatan
Sejak dari itu, keadaan pertempuran di bahagian Selatan, hidup kami umpama hidup dalam neraka.
Ada orang yang menuju ke arah Gushikami, dan ada yang menuju ke arah Itoman, orang-orang awam yang menjadi pelarian bergerak bersama-sama, sebenarnya mereka tiada arah tujuan dan tidak tahu di mana tempat yang selamat, merayau-rayau ke sana-sini selama beberapa hari.

Tidak jadi untuk bunuh diri setelah mendengar kata-kata abang
Mujurlah terdapat satu lubang persembunyian kecil yang telah digali, kami bertiga menyorok di situ. Apabila berada di situ, bunyi bising kapal terbang, atau bunyi bedilan meriam tidak berapa kedengaran lagi. "Ini pelik" lalu kami keluar sedikit dari lubang, dan ternampak askar-askar Amerika yang tidak memakai baju, dan sedang menuju ke satu arah.
Saya sangkakan kami telah kalah, masuk ke dalam kubu, dan berkata "Kita telah kalah perang", abang saya kata, "Mana boleh, Jepun tidak akan kalah. Mustahil ini terjadi.". Puan Ishibashi juga berkata, "Jepun tidak akan kalah. Akhirnya Jepun akan menawan semula Okinawa dan mengepung bahagian Selatan." Saya nyatakan, "Hmm, tunggu masa sahaja untuk tentera Amerika datang ke lubang ini.".Kemudian abang saya pergi untuk menjenguk ke luar, dan "Sudah kalah", bisiknya.
Selepas itu kami diam dan berfikir, "apa yang perlu dilakukan". Pada masa itu, saya mempunyai dua bom tangan. Sebaik sahaja saya menyebut, "Jika musuh datang saya akan baling satu ke arah musuh, satu lagi kita gunakan untuk bunuh diri bersama-sama.", abang terus mengatakan "Tunggu, kalau mati ditangan musuh mungkin itu nasib kami, tetapi jangan sekali-kali kita bunuh diri.", puan Ishibashi juga, walau sudah agak berumur, mengatakan, "Janganlah kita membunuh diri.".
Seketika kemudian, seperti telah diduga terdengar suara jeritan "Keluar". Lalu, Puan Ishibashi mengikat kain pembalut putih di hujung payungnya, untuk membuat bendera putih. Puan Ishibashi mengibarkan bendera itu dan dia yang mula-mula sekali keluar.