Latihan Serangan Khas Dengan Memeluk Kotak Peledak
"Latihan Serangan Khas Dengan Memeluk Kotak Peledak"
Nama Encik Kensho Kanna (06漢那憲昌)
Tarikh Lahir 21hb Jun 1929
Tempat Lahir Berasal dari Shinkawa, Ishigaki
Pada Masa Itu Pasukan Tentera Pelajar Lelaki ※Sekolah Tinggi Pertanian & Perhutanan
[Menjadi Sukarelawan Tentera Laut Pada 1944]
Saya telah lulus sebagai sukarelawan tentera pada tahun 1944 ketika berumur 16 tahun. Tetapi, sukarelawan dari sekolah rendah tidak diambil kerana tidak boleh menyertai peperangan. Semua senior dari sekolah belia yang lebih tua setahun atau 2 yang telah memohon untuk menyertai tentera laut, mereka telah diterima masuk dan dibawa ke markas tentera.
Ada di kalangannya yang mengambil ujian sekolah penerbangan dan menerima ujian kedua di Kagoshima. Namun, kesemuanya terkorban diserang kapal selam Amerika ketika menyeberangi laut Amami Oshima,dalam perjalanan ke Kagoshima.
Pasukan saya adalah pasukan komunikasi. Oleh kerana kami tidak dibekalkan alat untuk membuat latihan, kami mereka-cipta peralatan sendiri, dan setiap hari kami berlatih kod Morse dengan menyebut "Tottu, Tottu".
Ketika pergi mendaki Gunung Omoto pada bulan Jun, kami tidak dibenarkan untuk menjalankan tugas komunikasi tanpa wayar. Sebaliknya, kami diarahkan untuk menghidupkan janakuasa secara manual. Janakuasa jenis pusingan tangan ini mempunyai pemusing di bahagian tengah yang menyerupai pedal basikal. Mesin tersebut dilengkapi dengan meter pengukur voltan, jika bacaan jatuh di bawah 5 volt, ketua pasukan perhubungan akan membaling spanar atau apa-apa peralatan yang ada ke arah kami. Ada kemungkinan perhubungan akan terputus apabila meter jatuh di bawah 5 volt. Kami amat letih kerana terpaksa memusing pedal itu secara berterusan untuk memastikan meter tidak jatuh di bawah bacaan 5 volt.
Kami menggunakan janakuasa manual keranatentera Jepun tidak memiliki enjin. Jikalau kami memiliki enjin sudah pasti akan timbul pula masalah kehabisan petrol. Dua orang akan ditugaskan untuk memusing janakuasa sambil melihat meter pengukur voltan, mesin itu akan mula menghasilkan bunyi. Letih juga kerana tugas ini memakan masa kira-kira 40 minit.
[Memikul kotak peledak di latihan ala komando]
Saya telah menerima latihan yang menggunakan kotak peledak. Tetapi, oleh kerana tentera AS tidak mendarat, tugas saya ditamatkan hanyasetakat latihan. Kotak peledak itu sebesar beg murid sekolah rendah dan diisikan dengan bahan letupan yang berbentuk segiempat. Kami memikul kotak itu dan menyelinap masuk ke dalam tempayan sotong kurita (lubang khas untuk memuatkan seorang askar) yang digali di merata tempat di sepanjang jalan. Di situ, kami menggunakan rumput-rampai untuk menyembunyikan diri. Kemudian, apabila jurulatih datang kami akan menanggalkan fius dan menyerang sambil berteriak "mara". Sama seperti seorang tentera kamikaze.
Falsafah pendidikan ketika itu berdasarkan militerisme. Kami dididik dengan falsafah "Berkorban demi negara". Kami dididik supaya menghapuskan sebanyak mungkin musuh atas nama negara.
Ini adalah tugas kami dan kami bersedia untuk melaksanakannya.
Pendidikan bukanlah perkara yang mudah. Demi negara dan demi Maharaja Jepun, pada waktu perintah"Laksana" diberi, kami akan mengabaikan segala kepentingan diri.
[Masyarakat berdasarkan falsafah militerisme]
Semua percaya yang Jepun pasti tidak akan kalah. Kemenangan Jepun merupakan perkara yang tidak dipertikaikan oleh sesiapapun dan semua orang riuh seolah-olah meraikan perayaan. Kerana itu ramai orang telah memohon untuk menjadi tentera. Setelah seorang pemohon tentera laut berjaya diterima masuk ke pasukan yang besar, keluarganya mempamerkan papan tanda di hadapan rumah mereka yang tertera "Keluarga dengan penghormatan". Papan tanda ini juga terpapar di kubur Kapten Omasu dari Yonaguni. Saya pernah menziarahi kubur tersebut 10 tahun lalu, dan papan tanda itu masih berada di sana. Beliau dianggap sebagai dewa peperangan dan wira perang oleh semua askar serta dihormati orang ramai. Kerana itu, di rumah-rumah yang telah menghantar anggota keluarga ke pasukan tentera, papan tanda tersebut akan dipamerkan di depan rumah mereka.
Oleh sebab itu, falsafah kami ketika itu adalah meskipun terkorban nyawa, demi negara, dan segalanya wajar dilakukan tanpa ragu-ragu.
[Berakhirnya perang]
Perang tamat pada 15hb Ogos. Pada 13 Ogos, setelah menerima sepasang pelindung kaki dan beg galas, kami dibenarkan pulang ke rumah. Tentera Imperial “Darah Dan Besi” telah dibubarkan. Pasukan tentera pula masih belum dibubarkan. Walaupun senjata meriam masih belum dikemaskan, semua meriam tersebut diambil-alih oleh tentera Amerika untuk dibakar dan dilupuskan.
Jiran-jiran bertempik, "Jepun kalah, Jepun kalah". Tidak sampai 4 atau 5 hari, sebuah kapal kargo pengangkut kereta kebal tentera Amerika LST(Landing Ship Tank) telah mendarat di pelabuhan.
Terletak sebuah jambatan di Yakena. Dengan pendaratan kenderaan amfibia tentera Amerika di sebelah barat, keadaan berubah menjadi huru-hara. Sambil mengacukan senapang mereka dari dalam kereta kebal, tentera Amerika mendarat dari kenderaan amfibia.
Itulah pertama kali saya melihat orang Amerika.
"Memang betul orang Amerika memiliki mata biru dan rambut merah."
Mereka yang hadir kagum dengan apa yang berada di depan mata mereka. Apabila tentera Amerika melihat kami takjub mengejar kereta kebal, mereka melemparkan gula-gula getah ke arah kami. Saya berjaya memungut banyak gula-gula getah dan menyimpannya di dalam poket.
[Mesej]
Sudah 65 atau 66 tahun berlalu semenjak peperangan berakhir. Kini, saya mengutamakan kesihatan saya dan ingin hidup tenang. Inilah yang harus diamalkan. Kerana walau apa yang berlaku, "Nyawa adalah segala-galanya".
Apa jua pun, utamakanlah nyawa. Inilah pesanan saya kepada generasi muda.