Apabila ada serangan udara, pesakit-pesakit akan diusung ke lubang persembunyian
Apabila ada serangan udara, pesakit-pesakit akan
diusung ke lubang persembunyian
Nama: Puan Haru Iramina(02伊良皆ハル) (berasal dari Kuroshima)
Umur pada masa itu: 26 tahun
Jawatan pada masa itu: Ketua Asrama Pencinta Alam Okinawa
Tempat: Bahagian Utara Pulau Utama Okinawa
[Dibenci kerana penyakit]
Saya tidak dapat lupakan kejadian pada hari itu. Pada usia 12 tahun, semester pertama darjah lima , hari Sabtu, sekitar waktu sekolah yang ketiga. Saya duduk di kerusi untuk dua orang, tetapi teman sekelas yang duduk di sebelah tidak hadir kerana adiknya telah meninggal dunia.
Ketika saya mengizinkan teman sekelas saya yang ingin berkongsi kerusi saya, seorang murid berkata, "Budak ini ada penyakit kusta." Dengan serta merta, semua pelajar darjah 5 dan juga pelajar darjah 6 yang berdekatan, di depan, belakang, kiri, dan kanan, menjauhkan diri dan meninggalkan saya seorang di tengah-tengah. Walaupun saya masih berumur 12 tahun, saya berasa seolah-olah ingin terjun ke dasar perigi dan menamatkan nyawa saya. Tetapi, pada zaman itu, orang yang berpenyakit kusta memang tidak boleh keluar berjalan, dan selama 7 atau 8 tahun tidak meninggalkan rumah kerana ingin mengelakkan diri daripada dilihat orang lain. Ketika menziarahi Ishigaki dari Kuroshima, saya tidak dapat menaiki kapal seperti orang lain, dan terpaksa menggunakan perahu Sabani. Itu pun saya kena menutup badan saya dengan selimut supaya orang tidak nampak saya. Mungkin tiada pilihan ketika itu. Sampai begitu sekali saya dibenci. Tiada siapa yang mahu menegur saya. Semua orang menyangka bahawa penyakit ini akan berjangkit melalui perbualan. Oleh itu, tiada orang yang mahu menegur saya. Semua orang menjauhkan diri.
[Amaran yang dikeluarkan ketika serangan udara]
Dulu tangan saya tidaklah berbentuk sebegini. Apabila keluar sahaja amaran serangan udara, saya akan mendukung sesiapa yang berada di sisi saya dengan kedua-dua tangan dan terus mencari perlindungan di kubu. Tetapi, saya hampir menjatuhkan seorang nenek kerana salah satu tangan saya tidak berfungsi. Ada juga orang yang meminta pertolongan, saya kata "Awak duduk di sini. Nenek ini sudah hampir terjatuh. Saya akan menolong kamu setelah menolong nenek ini". Dia mula menangis teresak-esak. Setelah memastikan nenek tersebut selamat dalam kubu, saya berpatah balik dan menyelamatkan perempuan itu dengan mendukungnya.
Itu sahaja yang saya lakukan. Mungkin sebab itulah saya terselamat.
Tetapi ada sekali di mana saya dijumpai kapal terbang Amerika Syarikat dan nyaris-nyaris maut. Oleh kerana lubang persembunyian kami tiada air, saya keluar mencuci pinggan di tepi satu telaga, dan saya ternampak tiga pesawat muncul. Sebaik sahaja pesawat-pesawat itu menemui saya, mereka menggugurkan banyak bom. Saya berlari ke taman (Pencinta Alam *iaitu Pusat Pemulihan Kusta) berhampiran dan terselamat.
[Cuci lampin orang sakit]
Tiada bom yang jatuh di hospital, tetapi apabila amaran serangan udara dikeluarkan, saya akan menggendong pesakit-pesakit ke dalam lubang perlindungan dan apabila amaran reda, saya membawa mereka balik dan menidurkan mereka. Ada seorang pesakit yang berkata dengan angkuh, "Saya rela mati, saya tak nak pergi". Saya menjawab, "Kamu pasti?" dan saya tinggalkan dia di situ. Ketika bom sudah banyak digugurkan, saya pergi untuk memastikan keadaan dia. Dia berkata, "Cepatlah bawa saya pergi". Saya pun mendukung dia ke tempat selamat kerana dia telah meminta pertolongan. Dalam keadaan terdesak, sesiapapun akan meminta tolong, terutamanya setelah mengalami kedahsyatan bom itu.
Orang yang mati dalam wad akibat cirit-birit semakin bertambah setiap hari. Saya membasuh banyak lampin pesakit cirit-birit di laut, tetapi saya menangis kerana terlalu sejuk. Saya berfikir, "Sampaikan benda macam ini saya perlu buat." Semasa saya mencuci lampin di laut, air mata saya mengalir kerana sangat sejuk, dan saya tidak pernah lakukan perkara sebegini walaupun untuk ibu bapa saya.
[10/10 Serangan udara]
Kami tidak dapat keluar walau selangkah. Bom digugurkan tanpa henti kerana mungkin mereka ingat kawasan itu adalah kem askar dan semua rumah habis musnah. Tiada apa yang tinggal kerana rumah di situ dibina dengan kayu, bukan simen.
[Mesej keamanan]
Saya tidak mahu peperangan berlaku lagi. Oleh sebab itu, saya tidak suka adanya pangkalan tentera. Hanya Okinawa yang terpaksa menanggung penderitaan ini. Mungkin orang Amerika tidak merasa apa-apa. Tindakan mereka memperbodohkan kami. Betapa susahnya kami semasa perang dahulu. Saya telah menderita dengan penyakit kusta, dan saya juga telah menderita akibat perang.
Jika di sini ada pangkalan tentera, di sinilah pertempuran akan berlaku. Dengan itu saya merasa kasihan atas nasib anak cucu kita. Peperangan amat menakutkan, kerana kapal terbang akan menggugurkan bom dari udara dan kapal-kapal perang turut akan mengebom dari laut. Jangan berperang lagi. Ini adalah permintaan saya.