LANGUAGE

LANGUAGE

Petuduh perisik wanita yang dijatuhkan hukuman mati

Petuduh perisik wanita yang dijatuhkan hukuman mati

Nama saksi: Encik Seigo Kawasaki (32川崎正剛)
Tarikh lahir: 20hb April 1928
Pada masa itu: berusia 17 tahun, Pasukan Darah dan Besi Maharaja (Kelas Pengajar), Okinawa

■ Bulan Mei tahun 1945
Perkara ini memang tidak dapat dilupakan, kalau tidak silap saya ia berlaku pada 10hb Mei 1945. Ini adalah berkenaan seorang wanita yang berasal dari Okinawa. Wanita ini telah diikat dan dibawa oleh dua orang anggota polis tentera. Dia ditangkap di barisan hadapan pertempuran di bahagian selatan, kerana berjalan di tengah malam sambil menyalakan lampu suluh. Wanita ini disyaki pengintip dan ditangkap oleh polis tentera di bahagian selatan. Kepala dia botak, memakai baju tentera lengan pendek dan berseluar pendek. Wanita itu dipakaikan dengan pakaian tentera musim panas, dan dibawa ke sini. Waktu itu sudah senja. Ketika wanita itu dibawa ke sini, semua tertanya-tanya apa sebabnya. Ia telah berlaku Mungkin lebih kurang 1-2 jam selepas dia tiba.
Pintu masuk terowong keenam ibu pejabat tentera terletak di Kinjo dan Sakiyama, Shuri. Sekolah saya iaitu Sekolah Perguruan Okinawa terletak betul-betul bertentangan dengan terowong itu. Sekolah perguruan Okinawa mempunyai sawah. Dengan keluasan kira-kira 180㎡. Lebih kurang 20 ~ 30m dari pintu masuk terowong, iaitu di tengah sawah ada satu tiang elektrik. Dan anggota polis tentera telah membawa wanita yang dituduh sebagai perisik itu. Kami dimaklumkan bahawa perisik akan dihukum sekarang, dan seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah perguruan dan askar yang sedang bekerja di dalam lubang persembunyian semuanya berkumpul.
Peperangan menyebabkan manusia hilang pertimbangan, wanita yang dituduh sebagai perisik, dan 4-5 orang hamba seks Korea yang berada di dalam lubang persembunyian itu dibawa keluar. Wanita itu telah dibunuh sebagai pengajaran kepada yang lain dan juga bagi menaikkan semangat perang.
Bayonet dengan pisaunya sepanjang 40 cm diserahkan kepada hamba seks yang memakai lilitan di kepala, lalu polis tentera berkata, "Baiklah, tikam". Dia kemudian mula menikam perempuan itu. Hari sudah mulai gelap, jadinya wajah orang yang ditikam tidak dapat dilihat. Tetapi kepalanya terkulai. Lepas seorang menikam, dia kata, "Baiklah, seterusnya". Perempuan yang lain pula menikam. Mungkin 3 ke 4 orang yang telah menikam. Selepas itu, tali dipotong dan wanita itu disuruh bangun, dan diarahkan duduk di sini. Anggota polis tentera itu bangun dan berkata, "Saya tidak suka bayonet" lalu mencabut pedang Jepun dan bersiap sedia, dia melakukan pancungan pertama kepada perempuan itu. Tetapi lehernya tidak putus. Saya rasa anggota polis tentera itu telah memotong antara leher dan bahu. Lalu dia melakukan pancungan kedua. Kali ini lehernya putus benar-benar seperti dalam gambar. Kemudian, anggota pasukan darah dan besi maharaja dari sekolah perguruan Okinawa yang berada di sekeliling, dan askar-askar jumlahnya dalam 20 orang berkumpul mengelilingi wanita itu. Sambil menghadap kepada wanita itu mereka berkata, kerana perisik ini kita kehilangan rakan sekolah, kita kehilangan rakan seperjuangan, perisik adalah pengkhianat negara dan tidak boleh dimaafkan. Semua yang berada di situ semakin bersemangat, kemudiannya mereka membaling batu dan tanah keras ke arah perempuan itu. Apa agaknya ungkapan yang tepat untuk menggambarkan apa yang saya lihat. Mungkin pemikiran mereka sudah tidak waras.

■ Sekarang, jika difikirkan
Sekarang jika difikirkan, mustahil ada perisik pada waktu itu.. Tidak ada sebarang keterangan mengenai apa yang dilakukan oleh perempuan itu sehingga dia dituduh sebagai perisik dananggota polis tentera pula hanya melakukan tugas.
Peristiwa yang tragis seperti itu telah berlaku.
Dan, 14-15 tahun selepas perang berakhir, saya pergi dua atau tiga kali ke tempat kejadian, tempat di mana Cik Tomi Uehara yang dibunuh sebagai perisik bersemadi. Saya masih ke sana untuk meminta ampun.