Pengalaman perang di Nakachi, Kumejima
Pengalaman perang di Nakachi, Kumejima
En. Shohan Nakamura, 85 tahun
(Asal: Nakachi, Kumejima-cho, Okinawa)
Itu adalah zaman ketenteraan. Ia adalah kecenderungan untuk menurut ajaran orang atas, “Teruskan, lawan!”. Kami juga turut diajar isyarat bendera tangan. Persatuan Wanita dan Persatuan Belia membuat anak patung jerami berbentuk musuh seperti Churchill, Roosevelt, Chiang Kai-shek dan lain-lain pada pertandingan olahraga, kami menusuk mereka dengan senapang kayu.
Semasa perang bermula saya sangat ketakutan. Serangan udara di waktu pagi sangat menakutkan, pesawat Grumman akan terbang setiap pagi pada pukul 8 dan akan menyerang dengan hebatnya. Di Pelabuhan Kanegusuku sekarang terdapat banyak kapal nelayan, situ pun turut diserang. Kami pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 semasa menerima latihan perlindungan serangan udara diajar dengan kata-kata, “Bersembunyi sekarang!”, dan saya melihat sendiri serangan bertubi-tubi itu.
Bekas Pelabuhan Gushikawa pun turut diserang keseluruhannya. Pelabuhan Gushikawa diserang dengan mesingan pesawat sekitar pukul 5 petang. 4 hingga 5 buah pesawat melakukan serangan udara, menembak mesingan pesawat. Selepas itu apabila saya fikir mereka telah terbang ke arah selatan, rupa-rupanya mereka kembali dengan formasi 4 buah pesawat menyerang bertubi-tubi dengan mesingan pesawat mereka. Ayah seorang saudara saya diserang dengan mesingan itu sewaktu beliau sedang tidur, habis dagingnya berkecaian, sangat mengerikan.
Kami bersembunyi di sebalik daun-daun di kawasan gunung. Dari atas tempat kami bersembunyi, mereka menyerang dengan mesingan pesawat bertubi-tubi, kelongsong peluru jatuh di hadapan kami. Saya masih ingat apabila kami mahu mengutip kelongsong peluru tersebut, ia sangat panas sehingga tidak boleh dipegang. Sewaktu serangan udara, kami masuk ke dalam parit perlindungan serangan udara, dan apabila tentera Amerika mendarat, kami bersembunyi pula di Gama (gua semula jadi).
Para ibu, dan wanita tidak menyalakan api di waktu siang. Mereka menyediakan masakan dan juga makan di waktu malam kerana takut musuh nampak asap yang keluar.
Semasa kami melarikan diri, kami bersama-sama dengan 2 atau 3 kumpulan. Dari Gama kecil ke Gama besar, ada juga yang melarikan diri dari Torishima, Nakandakari dan kawasan berhampiran.
Tentera Jepun berada di perkampungan biasa di kawasan gunung.
Orang ramai secara bergilir-gilir akan disuruh untuk membuat kubu, ia dipanggil chouyou (perintah). Kami tidak mempunyai sebarang jentera berat, maka orang ramai membuat kubu menggunakan tangan sahaja.
Jika kami tidak pergi bekerja, entah apa yang akan dilakukan kepada kami.
Kami memanggil tentera Jepun sebagai “tentera gunung”.
Dalam ingatan saya, waktu itu tentera Jepun asyik mengarah-ngarah penduduk, dan tidak pun pergi bertempur dengan tentera Amerika. Semasa bersembunyi di parit perlindungan serangan udara, ada sebuah empangan di antara Gushikawa dan Nakachi, dari situ mereka saling berbalas tembakan meriam, tetapi tiada lagi peluru untuk dilancarkan. Menembak dan membalas tembakan, hanya sementara sahaja.
Penduduk dibunuh oleh tentera Jepun
Pada waktu itu, ada seorang yang bernama Kazuo Tanikawa yang berumur 10 tahun. Beliau pandai bersukan dan seorang yang bijak, tetapi seluruh keluarga mereka disyaki sebagai pengintip, lalu dibunuh oleh tentera Jepun.
Eimei Miyagi katanya datang dari pulau utama Okinawa, rumah beliau di bahagian utara Kumejima, mereka mempunyai ladang yang besar dan menternak lembu. Setelah dibawa oleh unit pengesan tentera Amerika yang baru mendarat dan dilepaskan, tentera Jepun mencurigai beliau sebagai pengintip.
Ketua daerah Kitahara dan ketua polis, berkata tiada siapa yang tahu En. Miyagi dibawa oleh tentera Amerika, tetapi entah siapa telah melaporkan ia kepada tentera Jepun, mereka telah menahan penjaga rumah En.Miyagi, diikat dengan wayar, dan keseluruhan rumah dibakar. Selepas itu apabila kami ke sana semua orang mati terbakar dalam keadaan diikat dan telah mereput pada waktu itu.
Kami sangat takut terhadap tentera gunung. Walaupun keluarga, kami tidak mengutip tulang mereka. Kami membiarkan sahaja untuk sementara waktu. Semasa kami pergi melihat, tulang telah memutih, kami tidak dapat mengutip tulang-tulang tersebut untuk sementara waktu.
Ada seorang askar Jepun ketua Unit Kayama telah memperisterikan seorang wanita berusia 18 tahun yang tinggal di kampung bersebelahan, beliau sangat mementingkan diri sendiri asyik terpaksa mengikut cakap dirinya sahaja. Penduduk kasihan kerana mereka askar, maka mereka berada di dalam keadaan terpaksa membawa ayam dan pelbagai makanan lain kepada mereka.
Setelah tamat perang…
Apabila perang tamat, saya berasa sangat lega. Tentera Amerika telah membuat kem Garisson dengan menyambungkan khemah-khemah kecil.
Kami mendapat makanan dalam tin dari askar Amerika dan bertukar-tukar barang dengan mereka.
Ada satu unit tentera berhampiran sekolah tinggi Kumejima sekarang, semasa askar Amerika berundur, ada tong drum yang berisi minyak, penduduk berdua, atau bertiga dalam satu kumpulan, menolak tong drum minyak untuk membawa balik ia di jalan yang berbatu-batu.
Mengenang kembali peperangan itu
Tragedi yang berlaku terhadap keluarga En. Tanikawa sangat-sangat menyedihkan. Kedua-dua ibu bapa dan anak adalah orang yang mempunyai kemanusiaan dalam segala hal, seperti bukan di Okinawa.
Mengenai kedamaian
Untuk hidup damai, tidak perlu kekayaan.