LANGUAGE

LANGUAGE

Pengalaman Melarikan Diri di Perkampungan Aragusuku Miyakojima

”Pengalaman Melarikan Diri di Perkampungan Aragusuku Miyakojima”
En. Takashi Shimoji, 83 tahun
(Asal: Aragusuku, Gusukube-son, Miyako-gun, Okinawa)

Di Miyako, pihak tentera telah ditempatkan sejak dari sebelum peperangan bermula lagi. Askar-askar dari tanah besar menyewa di sekitar rumah-rumah kami dan keluar bekerja setiap hari. Ada 2 orang askar menggali parit, saya pun menolong mereka menggali parit setiap hari.

 
Sekolah pada waktu itu berbentuk ketenteraan, kadang-kala saya pernah dipukul oleh guru. Tiada bangunan sekolah, kami belajar di bawah pohon pain dengan membawa kerusi, zaman itu kami tidak mendapat pembelajaran yang sempurna.

Apabila perang bermula…
Di Miyako juga ada serangan meriam kapal laut. Semasa serangan meriam itu saya sedang menggali parit perlindungan untuk serangan dari udara bersama pihak tentera. Saya beritahu mereka “Kapal terbang ke sana ke mari di udara”, dan mereka menjawab “Mungkin mereka sedang memantau sesuatu”.

Betul-betul pada waktu itu, abang kepada datuk sedang berada di ladang di kawasan gunung, “Ada kapal di laut, mereka sedang menembak peluru yang mengeluarkan cahaya” lapornya kepada pihak tentera, “Itulah serangan meriam kapal laut!” jawab pihak tentera. Saya disuruh pulang ke rumah pada pukul 11, dalam perjalanan pulang, dari lereng bukit, kelihatan 4 hingga 5 buah kapal sedang menembak peluru mereka.

Bekalan bahan makanan sangat teruk semasa perang. Kami meneruskan kehidupan dengan menanam ubi dan sayur-sayuran. Ramai juga orang yang memotong buah sagu dan memakannya begitu sahaja.

Pihak tentera juga membawa kami ke ladang orang kampung untuk menanam ubi.
Pada waktu itu kapal terbang datang dan menembak senjata mereka. Walaupun kami di arah “Menyorok”, kami hanya berdiri terpaku di situ. Dalam keadaan begitu kami menanam ubi, pihak tentera juga meneruskan kehidupan mereka dengan ubi tersebut.

Pada suatu hari, saya nampak 5 atau 6 orang wanita diikat kerana telah ditangkap mencuri ubi pihak tentera yang tumbuh dengan banyak, bila pihak tentera tiada, saya memotong tali dan melepaskan mereka lari. Mungkin makanan sangat sukar didapati pada waktu itu.

Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa sangat lega apabila perang telah tamat.
Saya berharap sangat agar peperangan tidak berlaku lagi. Saya berdoa, tiada perkara seumpama ini akan berlaku lagi pada zaman anak-anak dan cucu-cucu saya.