Pemuda tentera melarikan diri ke bahagian selatan, menjadi tawanan perang dan ke kem tahanan

En. Yoshio Yamada, 86 tahun
(Asal: Shuri, Naha-shi, Okinawa)
Semasa perang, saya adalah pemuda tentera. Oleh itu di sekolah, pendidikan yang saya dapat hanyalah “Jepun tidak akan kalah, mesti menang!” sahaja. Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya langsung bahawa Jepun akan kalah perang.
Semasa di tahun 5 sekolah rendah, saya menjalani latihan tombak. Kami membawa patung jerami ke pintu masuk sekolah, di waktu pagi kami akan menikam seraya menjerit, “Yahh!”, kemudian masuk ke kelas. Itulah kehidupan kami di sekolah.
Setelah pergi ke kelas yang lebih tinggi, kami melawat pusat latihan kru pesawat awam, saya merasakan sangat hebat, “Saya akan menjadi seperti itu, seorang juruterbang,” fikir saya kagum. Semasa saya di tahun 5 sekolah rendah, saya pernah bertanya kepada ayah yang sedang berada di Taiwan, saya ingin mengunjungi pusat latihan kru pesawat awam di Taiwan, tetapi ayah berkata, “Tidak boleh,” saya kecewa. Pada waktu itu saya sangat-sangat kagum dengan tentera di pemuda tentera dan juga menaiki kapal terbang.
Tetapi jika difikirkan semula sekarang, ada dua orang dari sekolah saya mengambil peperiksaan, yang pertama mereka lulus di Okinawa, dan ujian ke-2 adalah di kapal Tsushima. Kapal itu ditenggelamkan musuh dan mereka terkorban. Saya seolah-olah mati hidup semula.
Pada waktu itu, kami dapat belajar di perkarangan sekolah bagi semester satu, tetapi dari semester 2, kami terpaksa melakukan banyak kerja-kerja perkhidmatan seperti menggali parit perlindungan. Selepas cuti musim panas, di Sekolah Tinggi Shuri (sekarang), terdapat perkarangan sekolah, tetapi unit tentera Take ditempatkan di situ, maka kami tidak dapat belajar kerananya. Setiap hari kami melakukan pelbagai kerja. Kami bekerja di wilayah senjata anti-pesawat di Uema, membahagi-bahagikan barang di pelabuhan Naha, menggali parit perlindungan untuk unit tentera Take di lereng bukit di Shikina, Hantagawa, kerja-kerja perkhidmatan di lapangan terbang Oroku, pendek kata setiap hari adalah kerja.
Semasa pendaratan tentera Amerika
Ia berlaku di Yomitan, apabila mereka mendarat laut menjadi gelap seperti gula-gula bola dihurung semut, kapal pendaratan dan kapal perang mereka dengan laju mendarat.
Saya fikir ia bahaya, tetapi ia masih jauh maka saya tidak merasa begitu cemas.
Melarikan diri ke bahagian selatan
Pakcik saya adalah pekerja Majlis Perbandaran Shuri, kaki tangan dan keluarga Majlis Perbandaran Shuri telah bersama-sama dalam 30 orang (saya rasa), melarikan diri ke suatu tempat yang dipanggil Sakitari Gama (gua) di Ahagon. Ia adalah parit perlindungan semula jadi, air memancar dengan lajunya, dan mengalir seperti sebatang sungai, jadi kami tiada masalah air. Kami boleh membasuh dan air minum juga tiada masalah. Bagaimanapun ia sangat lembap. Saya berasa tidak selesa kerana kelembapan yang tinggi. Di situlah kami hidup sebagai pelarian.
Kemudian, tempat itu juga menjadi bahaya, kami tidak boleh lagi bergerak secara berkumpulan kerana ia bahaya, maka kami berpecah, kami bergerak sehingga ke satu perkampungan bernama Aragaki. Sebelum itu kami bergerak di waktu malam, tetapi ke Aragaki kami bergerak di waktu siang, maka saya telah menyaksikan 2 atau 3 mayat yang telah mati akibat dihempap bumbung ataupun ditembak oleh serangan meriam kapal, saya berasa sangat mual sehingga tidak lalu makan.
Tidak lama selepas itu, apabila kami yang bersama-sama melarikan diri mahu berpecah dan bergerak sendiri, kami menerima serangan dahsyat oleh meriam kapal, lebih separuh telah meninggal dunia.
Saya telah berkata kepada beberapa orang makcik yang bersama-sama melarikan diri sehingga ke Ishigaki dan mereka kelihatan tersenyum, “Makcik, mari kita lari, bahaya!”, tetapi tiada jawapan dari mereka. Bila saya menghampiri saya lihat mereka telah mati. Sangat sedih.
Selepas itu, pada 22hb Jun, kami telah ditangkap oleh tentera Amerika. Sewaktu kami keluar dari parit perlindungan, askar-askar Amerika telah menanti. Ia adalah pada waktu malam 22hb Jun sekitar jam 7- 8, ada bunyi tembakan. Pada waktu itu, kenapa kami keluar dari parit perlindungan? Ia adalah kerana kami fikir tiada lagi askar Amerika kerana mereka telah berundur dari medan perang untuk bergerak ke bahagian tengah, jadi kami fikir ia adalah kesempatan terbaik untuk kami keluar dan bergerak ke bahagian utara.
Tetapi, di pintu masuk parit bertalu-talu tembakan dilepaskan, orang di hadapan saya berkata, “Serah diri,” dan mengangkat bendera putih, lalu kami dikumpulkan dan mereka berkata, “Sini, sini!”, lelaki dan perempuan dipisahkan di situ.
Pada waktu itu saya berfikir, “Teruk! Kami telah tertangkap.” Kenapa saya berfikir begitu, kerana pada waktu itu, kami memanggil tentera Jepun sebagai tentera kawan dan kami berkata, “Tentera kawan akan datang merampas kembali Okinawa,” malangnya tetapi kami telah pun menjadi tawanan. Kami fikir kami tidak patriotik.
Kami dihimpunkan di kem tahanan yang berada di Iraha, Zayasu di Tomigusuku. Bila tiba di kem tahanan, telah ramai berada di situ, saya masih ingat saya rasa lega kerana bukan hanya kami yang ditahan.
Mengenang kembali peperangan itu
Saya rasa pendidikan negara ketenteraan pada waktu itu adalah melampau, sebab itu banyak perkara telah dipesongkan oleh pendidikan. Oleh itu saya rasa kita memerlukan pendidikan yang betul, bukan yang terpesong. Pendidikan kepada kanak-kanak haruslah yang sesuai dengan kanak-kanak, bukan yang berkait dengan peperangan.
Apa yang kanak-kanak sekarang ingin beritahu adalah, selepas perang dikatakan, “Bebas, bebas!”, tetapi kebebasan itu akhirnya saya rasa telah menjadi individualisme.
Saya merasakan mereka tidak faham kesakitan orang lain. Membunuh orang, membuli telah menjadi kebiasaan. Oleh itu saya ingin katakan, “Cubit diri sendiri dan rasakan kesakitan orang lain.” Jika kita lakukan itu, masalah buli dan lain-lain akan hilang. Ia adalah pendidikan moral yang saya rasa kita perlukan.