Neraka di lubang perlindungan Nagera yang dilihat oleh pasukan jururawat Zuisen

Nama saksi: Puan Michiko Miyagi (27宮城巳知子)
Tarikh lahir: 2hb Julai 1926
Pada masa ini: Jururawat berusia 19 tahun
■ Dengan tiba-tiba: Dari pelajar perempuan kepada jururawat
Keadaan telah beransur menjadi semakin teruk, pendidikan juga hanya setakat ala kadardan kami terus diarah melakukan latihan praktikal. Kami telah pergi ke sebuah hospital di Akata, dan terpaksa bermalam untuk menjalani latihan. Sepanjang latihan di sana hampir setiap hari berlaku serangan udara. Maksud serangan udara ialah, hampir setiap hari kapal terbang datang dan menggugurkan bom, dan setiap kali juga kami akan lari dan bersembunyi di dalam lubang persembunyian.
■ Kerja-kerja di dalam lubang persembunyian Nagera
Lubang perlindungan Nagera adalah merupakan ibu pejabat hospital medan perang bagi pasukan Ishi. Sejak dahulu lagi lubang itu digali oleh penduduk Okinawa atas arahan anggota perubatan dari pasukan Ishi. Lubang itu sangat besar dan boleh memuatkan 4,500 orang. Papan digunakan untuk mengukuhkannya supaya dapat menampung bilangan orang yang ramai.
Hospital medan perang (Hospital Yasen) adalah hospital bergerak yang diasaskan daripada gabungan perkataan lapangan (Ya) dan pertempuran (sen). Dengan mendapat sokongan daripada hospital tentera, pasukan Himeyuri ditempatkan di hospital tentera di Yanbaru. Kami (pasukan jururawat Zuisen) telah dihantar ke barisan hadapan di Urasoe. Urasoe, terletak berhampiran Kakazutakadai, tempat di mana berlaku pertempuran sengit di antara tentera AS dan tentera Jepun. Ini kerana, terdapat sebuah bukit di Kakazu dan bukit itu sering menjadi tumpuan serangan tentera AS, dan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di situ selama beberapa hari dan ramai askar Amerika yang juga menjadi mangsa di barisan depan Kakazu. Pada masa itu, kami bertindak sebagai rakan kepada Urasoe dan berada berhampiran dengan barisan hadapan. Kami ditempatkan di situ sebagai jururawat. Di situ terdapat ramai askar yang cedera di barisan hadapan. Ada yang putus telinga, ada yang putus lengan, ada yang putus tapak tangan, ada yang putus kaki, tiada siapa yang badannya sempurna. Tubuh mereka cedera di sana sini, mereka dibawa dari medan perang dalam keadaan berlumuran darah, pasukan perubatan akan membawa mereka dengan pengusung ke lubang tempat kami berada. Dan, apabila mereka dibawa ke dalam lubang, apa yang akan dilakukan adalah, kami akan sapukan ubat dan lilitkan dengan pembalut sementara. Kami tidak mampu menampung ramai orang di sini, kami akan masukkan yang terlebih ke dalam trak tentera bersekutu yang diletakkan di tepi jalan dan minta supaya diiring sehingga ke ibu pejabat lubang persembunyian di Nagera.
Di dalam lubang persembuyian di Nagera ini terdapat banyak pesakit. Ada pesakit yang dihantar oleh rakan-rakan dari Urasoe, begitu juga pasukan-pasukan lain di sekeliling. Mereka yang mengetahui kewujudan hospital medan perang, semuanya akan hantar ke situ.
■ Pemandangan neraka dalam lubang persembunyian Nagera
Di dalam lubang persembunyian Nagera, penuh dengan bau darah hanyir. Bukan setakat bau darah, ada pesakit yang terkencing dan tanah akan basah seperti sawah kerana dipenuhi dengan air kencing. Selain itu, wabak demam panas juga tersebar. Bulan 4 dan 5 adalah musim hujan, dan keadaan di dalam lubang begitu panas dan meruap, maka berlakulah demam panas, saya juga kadang-kadang mengigau disebabkan demam panas.
Kami tidak dapat menukarkan pembalut untuk setiap orang. Jadinya pembalut itu akan melekat dan mengeras. Tempat luka itu jika dibiarkan beberapa hari tanpa rawatan, ulat berenga akan keluar. Ulat berenga yang keluar dari tubuh manusia hanya dapat dilihat ketika zaman perang tersebut.
Anggota-anggota askar tidak tahan sabar. Sesetengah orang memanggil “jururawat, tolong buangkan ulat berenga, jururawat, beri saya air minum, jururawat, saya lapar, tiada apa-apa kah”, kata seorang askar. Kemudian ada yang mengigau, dan meracau-racau tidak tahu apa yang dikatakannya. Tempat itu memang neraka di dunia ini.
■ Diskriminasi terhadap askar Okinawa
Semakin banyak askar di barisan hadapan yang cedera dibawa masuk. Di situ terdapat amalan diskriminasi terhadap orang Okinawa. Mengapa saya kata begitu, tukang angkut yang melaporkannya begitu. Laporannya begini, saya leftenan, mengangkut leftenan dari pasukan sekian-sekian kepada doktor tentera. Dan doktor tentera akan menjawab, baiklah saya faham. Tetapi selepas itu jika yang datang adalah pasukan pertahanan dari Okinawa, letak sahaja di situ! Itu askar tahun pertama. Jika dinyatakan pasukan sekian-sekian sekalipun, letak sahaja! Begitulah. Cepat sahaja diabaikan malah tiada tempat disediakan untuk masuk ke dalam lubang perlindungan. Di bawah pokok itu gelap dan lebih selesa daripada di dalam lubang persembunyian, mereka dibiarkan di situ, walaupun di atas pengusung, sebagaimana keadaan asal mereka sampai.
■ Pembedahan yang cuai
Jika ada yang cedera di kaki dan mendapat jangkitan bakteria, mereka akan segera potong dengan tanpa menggunakan bius. Pesakit akan dibaringkan di papan pintu, tangan kaki diikat di empat bahagian, dan jika kaki yang luka, mereka akan potong dengan gergaji khas perubatan dari paras lutut. Potong begitu sahaja. Dan askar itu akan menjerit, "Bunuhlah aku, biarkan aku mati". Walau bersungguh-sungguh meminta, “Cukuplah, biarkan aku mati”, doktor tentera tetap bersungguh-sungguh memerah keringat untuk memotong dengan gergaji. Askar itu saya tidak pasti dapat terus hidup atau sebaliknya.
■ Permintaan melulu daripada tentera Jepun
Seterusnya ketika saya pergi ke Taketomi, dan keadaan peperangan di situ lebih teruk. Saya bergerak dari Taketomi, Komesu dan Ihara, tetapi dari Taketomi kami bergerak sendiri kerana pesakit meminta supaya tidak memikul mereka. Apabila kami pergi ke Komesu dan Ihara, kami mencari makanan sebagai tugas kerana tidak perlu memikul pesakit. Mereka mengumpulkan semua jururawat dan berkata, “Tentera Jepun telah datang untuk melindungi pulau kamu ini, pergi cari makanan".
Walau disuruh supaya mengumpulkan makanan, keadaan di luar pada waktu itu amat dahsyat akibat pengeboman. Sama maknanya dengan arahan keluar untuk mati. Walaupun Mereka adalah askar lelaki Jepun, mereka hanya duduk di dalam dan berkata, "Baiklah, pelajar perempuan semua berkumpul. kerana kami telah datang untuk melindungi pulau anda semua. Pergi cari makanan!". Kami pun menjawab "Ya", dan berlari ke tempat peluru dijatuhkan dengan tidak berlengah-lengah lagi. Kerana kami telah bersedia untuk mati. Kerana terpaksa keluar dalam keadaan itu, kebanyakan rakan sekelas saya mati di situ.