LANGUAGE

LANGUAGE

“Menyertai peperangan sebagai tentera remaja” – Tragedi ramai golongan muda yang kehilangan nyawa –

"Menyertai peperangan sebagai tentera remaja" – Tragedi ramai golongan muda yang kehilangan nyawa -

Encik Yasuharu Agarie (41東江康治)
Lahir pada 10 hb September 1928
Pada masa itu berusia 16 tahun, pelajar sekolah menengah rendah

○ Pada tahun akhir pengajian menengah rendah, kami telah menyertai tentera Jepun sabagai pasukan besi dan darah Maharaja tanpa menghadiri majlis tamat pengajian kami. Kami yang berumur 15, 16 tahun tidak tertakluk kepada ordinan kerahan tenaga dan bertugas sebagai tentera remaja untuk mengumpul maklumat.
Pada sekitar 13 haribulan April, tentera Amerika yang mendarat di Kadena semakin menghampiri Nago yang terletak di bahagian utara. Ada khabar angin mengatakan pasukan peninjau Amerika datang dari arah pergunungan, dan mencuri maklumat tentera Jepun.
Kami juga telah bertugas sebagai pasukan peninjau untuk mengumpul maklumat, dan pada suatu hari, kami pulang lewat dan bermalam di pondok perlindungan orang awam. Di situ, kami dapat tahu “setiap hari, tentera Amerika seramai 3 orang akan datang ke sini”, dan kami bercadang untuk menembak tentera Amerika itu dan merampas senjata mereka. Ketika itu pasukan kami lemah, di merata-rata tempat senjata pasukan tentera remaja dirampas oleh tentera Amerika, dan untuk kali ini kami pula ingin merampas senjata pasukan peninjau Amerika itu, dan bawa pulang untuk menaikkan kembali semangat pasukan, begitulah rancangan kami.
Tidak lama selepas itu, muncul tentera Amerika dan ketika dia sedang menendang ular dengan kakinya, kami tersedar kehadiran masing-masing dan telah berlaku pertempuran. Tiga orang dari pihak lawan tumbang, kami bertiga, termasuk saya juga terkena peluru. Pasukan sokongan tentera AS yang mendengar bunyi tembakan itu datang membantu, dan tembakan ditujukan kepada 2 orang rakan saya. Saya bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh orang lain dan dibawa ke pondok perlindungan penduduk, saya dibaringkan dan ditutup dengan rumput dan ranting-ranting kayu. Saya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Pasukan sokongan tentera Amerika pula dengarnya telah membawa pulang 3 orang rakan mereka yang tumbang.
Tidak lama kemudian, saya dipindahkan ke pondok lain, melihat kesan tembakan itu, ia mengenai puting dada sebelah kanan dan tembus ke belakang badan. Saya dapat juga diberi rawatan kecemasan oleh rakan-rakan dan dibawa pulang ke pasukan.

○ Dipindahkan sekali lagi dari Hospital Medan Perang kerana musuh semakin dekat.
Semua tentera yang cedera dan berada di hospital medan perang adalah dalam keadaan tenat, orang yang boleh berjalan telah pergi berlindung ke bahagian utara, yang tidak boleh berjalan seperti saya dan beberapa orang lagi telah ditinggalkan di situ.

○ Terserempak dengan pasukan lain dan kembali ke pangkuan keluarga dalam perjalanan melarikan diri
Pada masa itu ayah saya dapat tahu bahawa abang saya yang telah pergi ke Amerika Syarikat sebelum perang bermula, dan kini berkhidmat di Okinawa sebagai jurubahasa tentera untuk tentera Amerika. Bapa saya telah turun dari tempat perlindungan di gunung itu, menjelaskan kepada tentera Amerika, "Saya adalah bapa Seiyu”, dan meminta untuk dibawa berjumpa dengan abang dan mereka dapat berjumpa setelah berpisah beberapa tahun.
Abang saya tahu bahawa saya tercedera, dia bersama-sama tentera Amerika yang lain datang menuju ke pondok perlindungan itu dengan panduan dari bapa saya, dan menerangkan "Tidak lama lagi tentera Amerika akan memulakan operasi pembersihan dan kawasan gunung akan diserang, jadi cepat-cepatlah turun dari gunung ini". Orang lain telah membuat keputusan untuk turun dari gunung, tetapi saya telah mengatakan, "Saya adalah orang yang mengangkat senjata untuk tentera Jepun dan menentang tentera Amerika jadi saya tidak mahu menjadi orang tawanan” dan menolak gesaan itu. Walau bagaimanapun, abang yang bimbang dengan kecederaan saya menasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan, lalu akhirnya saya pun turun dari gunung.

○ Perkara yang ingin disampaikan kepada anak dan cucu
Sesiapa sahaja akan berfikir bahawa peperangan tidak harus berulang untuk kali kedua sekiranya dia pernah melalui peperangan, malah melalui pengalaman kalah dalam perang dan hidup sengsara.. Tidak ada seorang pun mendapat manfaat daripada peperangan, yang hanya tertinggal ialah tragedi di mana ramai anak-anak muda yang terkorban. Setiap kali ada peluang, saya akan tegaskan kepada golongan muda supaya mengekalkan keamanan dan mewujudkan dunia yang tiada perang, itulah yang saya teruskan sehingga ke hari ini.