Menentang pembunuhan diri secara berkumpulan dan dapat meneruskan hidup
"Menentang pembunuhan diri secara berkumpulan dan dapat meneruskan hidup"
Puan Sachiko Uezu (14上江洲幸子)
17 Jun 1922
Umur ketika itu: 22 tahun
Serangan meriam dari tentera laut bermula pada 23hb Mac, dan pada 26hb Mac tentera AS mula mendarat.
Oleh sebab terdapat sebuah pengumuman yang meminta supaya kami berkumpul di lubang persembunyian Koperasi Persatuan Petani, kami mula berkumpul di hadapan lubang persembunyian itu. Walau bagaimanapun, lubang itu sudah pun dipenuhi dengan orang-orang yang datang untuk mencari perlindungan. Selepas itu, saya mencari perlindung di lubang berbentuk segi empat tepat yang dibuat oleh bapa saudara dari Miyamura. Kami terpaksa berbongkok untuk masuk ke dalam lubang itu. Bapa dan ibu saudara saya turut berada di situ. Bermula semenjak itu, saya berasa bahawa mungkin saya tidak dapat untuk meneruskan hidup lagi, "Walau berusaha macamana sekali pun, kita tidak akan dapat meneruskan kehidupan lagi, sebelum ajal tiba, makanlah gula hitam ini." Gula yang disimpan di situ telah diedarkan kepada semua yang hadir. Dan juga, "Kita akan ke alam akhirat. Tidak ada gunanya untuk membawa apa-apa." katanya. Apabila saya mendengar kata-kata itu, saya tidak dapat menelan gula hitam di dalam mulut saya itu.
Keluarga kami telah kembali ke lubang persembunyian di mana kami mula-mula berkumpul. Kemudiannya, kita beralih menuju ke arah kawasan berdekatan puncak gunung. Dari puncak gunung kami lihat, kapal-kapal tentera AS yang semakin mendekati pelabuhan. Kapal-kapal itu kelihatan memenuhi seluruh kaki langit. Saya masih ingat dengan jelas peristiwa itu pada hari ini. Terlalu banyak kapal tentera AS. Seolah-olah saya boleh menyeberangi laut dengan meloncat dari satu kapal ke kaal lagi satu. Saya terasa seolah-olah kehidupan saya telah berakhir. Ibu yang melihat keadaan itu pun berkata, "Kalau macam ini, kita tak akan dapat meneruskan hidup. Baiklah, semua minum racun tikus ini dan mari kita masuk tidur." Saya memang tidak bersetuju dengan tindakan itu, dan telah menipu ibu dengan membuat bohong yang tidak berisi.. Kepada ibu, saya berkata, "Mahu lari atau bersembunyi di mana sekali pun, tentera Jepun tetap akan menang, kita tidak boleh mati di sini.". Tetapi ketika melihat kapal tentera AS yang memenuhi kaki seluruh langit itu, ibu juga pasti terasa kehidupan kami telah berakhir. Akhirnya saya berjaya memujuk ibu yang cuba untuk membunuh diri. Abang, kakak ipar dan anaknya yang pada mulanya berada bersama kami tetapi hilang, entah ke mana ketika di pertengahan jalan.
Kami berempat, saya, ibu saya, kakak ipar saya, dan anaknya, mencari perlindungan di sebuah lubang persembunyian. Ketika pulang ke tempat persembunyian setelah mencari air minuman, ibu saya sekali lagi cuba membunuh diri, "Mari kita campurkan racun tikus ke dalam air itu, dan kita semua masuk tidur bersama-sama”. Saya berkata, "Ibu, kalau kita minum racun tu sebanyak ini sahaja, kita akan merasa terseksa dan menggelupur. Dan, pihak musuh akan dapat melihat kita dengan mudah dalam keadaan begitu. Jadi, kami tidak harus berbuat sedemikian. Kita harus melarikan diri sejauh mungkin". Seterusnya, kami beralih semula untuk mencari perlindungan di Gunung Bandokoro. Apabila kami tiba di atas gunung itu, kami menemui ramai askar-askar, orang-orang Korea, dan penduduk-penduduk setempat. Dari situ, mereka berpecah mengikut destinasi masing-masing. Terdapat seramai 4 atau 5 orang askar yang membawa pedang dan lari ke dalam hutan dengan keluarga mereka. Ibu saya menjerit kepada seorang askar, "Bunuhlah kami dengan pedang itu". Askar itu beredar dari situ sambil menjawab, "Makcik ini menakutkanlah". Selepas itu, kami sekeluarga, turun dari gunung itu. Ketika kami sampai di daerah Asa yang dipenuhi sawah padi, saya mendapati yang anak saudara saya kelihatan lembik di dukungan kakak saya. Saya memberitahu kakak, "Kakak, anak ini sudah mati". Ketika sedang berbincang tentang apa yang perlu dilakukan dengan mayat anak itu, kakak ipar saya pun menangis. Kakak saya menurunkan anak itu dari dukungan, dan mula memberinya susu badan. Sejurus kemudian, kakak saya menjerit, "Masih hidup, anak ini masih hidup. Dia minum susu saya.". Ibu saya cuba untuk mendapatkan air di tempat yang kelihatan seperti sungai supaya anak itu dapat diberi minum, tetapi tidak berjaya. Lalu ibu mengutip daun butterbur yang berdekatan, dan untuk dijadikan mangkuk, dan memenuhi bekas itu dengan air kencing sendiri. Dan air kencing itu diberikan kepada cucunya itu. Apabila saya bertanya, "Ibu, Mengapa beri anak kecil air kencing untuk minum?", ibu saya menjawab, "Dulu saya pernah dengar cerita dari orang-orang tua, apabila beri kanak-kanak yang sudah tiada harapan untuk hidup meminum air kencing, ada juga yang segera sembuh". Tidak lama kemudian, tiba-tiba kedengaran suara tangisan kuat anak itu.
Kemudian, kami pergi ke sawah, dan menceduk air sawah itu dengan teko yang dibawa. Walaupun air itu bukanlah bersih, ia juga bukanlah racun. Setelah anak kecil itu meminum air tersebut, saya juga turut meminum air itu.
Seterusnya, kami berjalan lagi, dan berjaya mendapatkan lobak putih dan lobak merah yang ditanam oleh orang-orang daerah Asa. Kami makan lobak-lobak itu sambil meneruskan perjalanan, walaupun sayur itu mentah dan berlumuran tanah.
Pada suatu hari, rumah tersebut juga telah diserang dan dibakar oleh tentera Amerika Syarikat. Pakcik saya yang baru pulang dari Asia Tenggara dan bersama-sama mencari perlindungan berkata, "Jika kawasan ini diserang, itu bermakna tentera AS mungkin telah dapat tahu bahawa ada orang yang bersembunyi berdekatan sini. Kita tidak boleh terus bersembunyi di dalam hutan. Kalau begitu, lebih baik kita menjadi tawanan perang", keluarga bapa saudara saya, telah membuat keputusan untuk menjadi tawanan perang. Anak sulung lelaki kepada pakcik saya telah pun mati ketika di dalam lubang persembunyian Koperasi Persatuan Petani, tetapi makcik saya dan anak perempuannya masih hidup bersama-sama.
Keluarga pakcik saya juga meneruskan perjalanan mereka bersama kami untuk seketika waktu. Ketika itu, saya berehat di satu pantai dalam kawasan yang dipanggil Yohena. Tempat itu berdekatan dengan ibu pejabat tentera bersekutu. Kemungkinan askar dari situ, dia berjalan menuju ke arah kami. Pakcik saya yang sudah membuat keputusan untuk menjadi tawanan perang berkata, "Jika beritahu askar itu tentang rancangan kami untuk menjadi tawanan perang, mungkin akan dibunuhnya, lebih baik diam sahaja". Kemudian, askar itu pun bertanya, "Hendak pergi ke mana?". Saya jawab, "Ibu saya mengajak supaya kami berpindah ke lubang persembunyian kami sendiri di kampung ini, pilihan terakhir kami adalah untuk cuba berlindung di situ, dan kami sekarang sedang dalam perjalanan menuju ke lubang persembunyian itu". Kemudiannya, tentera Jepun itu berkata, "Jangan mati dulu. Kami sentiasa meninjau keadaan di Kampung Ama, semua orang Kampung Ama telah menjadi tawanan perang tentera AS dan sentiasa diberikan bekalan oleh tentera AS, elok jika anda juga melakukan perkara yang sama" terangnya lagi. Jadi saya pun bertanya, "Boleh kah kami buat begitu?". "Tiada masalah. Kerana kami sentiasa meninjau untuk melihat keadaan di sana." jawabnya pula. Kemudian, ibu saya meminta kepada askar Jepun itu, "Seorang anak perempuan saya, sekarang ada bersama-sama dengan tentera bersekutu, dia bertugas sebagai jururawat. Saya mahu bertemu dengannya untuk kali terakhir, tolong bawa saya ke ibu pejabat". Askar Jepun itu berkata, "Tidak, anda kelihatan seperti sudah letih, tunggu sahaja di sini. Biar saya yang bawa dia ke mari".
Pakcik saya berkata, "Kita naikkan bendera putih, dan biar kita menjadi tawanan tentera AS". Tetapi kakak saya yang telah dibawa oleh tentera Jepun mempersoalkan tindakan itu, "bersusah payah sehingga sekarang, melarikan diri tanpa henti, ingin dibunuh ke? Jepun pasti akan menang. Mengapa perlu menyerah diri kepada tentera Amerika?". Lalu saya nasihatkan, "Kami sudah tiada pilihan, askar tadi pun telah menjelaskan, walaupun menjadi tawanan tentera AS, kita akan diberikan kerja. Dalam pertempuran, tidak kira kawan atau lawan, kita mesti memberikan bantuan rawatan dan sumbangan lain".
Selepas itu, kami sendiri menyerahkan diri kepada tentera AS.