Melarikan diri ke parit perlindungan semula jadi di Itosu

En. Tomi Nakandakari, 93 tahun
(Asal: Itosu, Itoman-shi, Okinawa)
Jika semasa kami makan cahaya kelihatan, kami akan diserang oleh meriam kapal, maka tanpa menyalakan api kami bentang guni bagi mengisi hasil tanaman di luar rumah dan makan malam di situ.
Kami mendapat maklumat bahawa tentera Amerika akan menyerang dari Yomitan, tetapi dari Cape Kyan di pulau utama juga 9 buah pesawat tentera Amerika terbang di atas rumah saya bertiga-tiga.
Sebaik serangan udara bermula, saya melarikan diri ke parit perlindungan semula jadi. Terdapat parit perlindungan semula jadi dipanggil Unja Gama di belakang perkampungan saya. Di waktu siang kami tidak keluar kerana dikatakan bahaya, tetapi di waktu malam saya pulang ke rumah untuk persediaan makan malam. Bahan makanan lain saya simpan di dalam Gama, saya pulang untuk memasak nasi. Sesampai di rumah, rumah saya sudah terbakar hingga tiada bekas langsung.
Setelah itu ayah datang ke Gama kami berlindung dan berkata, “Musuh mungkin telah menghampiri Shuri.” Kemudian dia berkata kepada saya dan abang sulung, “Saya telah memasukkan wang ke dalam teko dan tembikar dan menanamnya di dalam lubang di tepi rumah, jika perang telah berakhir, ambillah ia dan gunalah!” Kemudian dia berkata lagi, “Musuh telah menghampiri Shuri, jangan keluar dari sini, bahaya.” Itulah kali terakhir saya bertemu ayah.
Tidak lama, ada 4 beranak yang saya tidak kenal datang dari Shuri dan berkata “Tolonglah kami…” Saya tidak mampu untuk membalas. Di antara mereka ada seorang budak perempuan berumur lebih kurang 15 tahun dan budak lelaki 9 tahun, saya berasa sangat kasihan, di kendang kuda ada balang gula, apabila saya pergi ingin mengambil, dari belakang anak-beranak itu mengekori. Tiba-tiba meriam kapal terbang dari belakang. Dada makcik itu tertusuk serpihan bom dan beliau terkorban pada hari itu. Budak perempuan 15 tahun juga mati, budak lelaki 9 tahun terputus kakinya dan badannya diterbangkan hingga ke kandang kuda. Kaki budak itu saya nampak masih bergerak-gerak, kasihan sungguh.
Yang tinggal hanya anak kecil berumur 3 tahun. Ibu anak kecil ini sebelum menghembuskan nafas terakhir berkata, “Kalau saya mati, tolong hantar anak ini ke Kawakami di Shuri.” Tetapi semakin perang menjadi teruk, saya tidak dapat berbuat apa-apa, anak itu asyik menangis.
Ramai orang melarikan diri ke kandang kuda, bila anak ini menangis, seorang pakcik berkata, “Meriam kapal akan ditembak.” Pakcik itu berkata lagi, “Kalau orang yang mati kita simpan di sini sahaja, orang lain tidak dapat berada di sini. Busuk nanti susah tahu!” Maka mayat 3 orang itu dibawa ke ladang dan ditinggalkan di situ.
Selepas perang tamat
Sehingga kini apabila saya pulang ke kampung asal, saya tidak dapat melalui jalan ketika malam. Saya ternampak-nampak orang yang mati dan cedera di sana-sini ketika itu, bukan itu sahaja saya turut nampak mereka yang berkecai organ dalaman, anak-anak menyusu badan mereka yang telah mati, mayat yang sudah kembung, maka saya tidak dapat berjalan di waktu malam hingga sekarang.
Semasa dibom meriam kapal
Waktu itu sekeliling kawasan perumahan adalah dinding batu, dari situ semua orang melompat melangkauinya untuk melarikan diri, tetapi ada anak kecil yang tidak sempat melompat untuk melarikan diri dan menangis “Emak, emak…” Saya tidak dapat menyelamatkan dia. Kemudian kami bersembunyi di parit perlindungan yang panjang sempit, tetapi serpihan bom yang terbang menyucuk sisi kaki saya dan berasap. Kalau ia tepat mengenai badan saya, mungkin saya telah mati. Mungkin saya selamat kerana dilindungi oleh ibu dan ayah yang memerhatikan saya dari syurga.
Mengenang kembali peperangan itu
Apabila bercakap mengenai peperangan, saya menjadi sangat pedih. Saya tidak mahu peperangan berulang demi anak-anak. Kalau ia terjadi lagi, alangkah susahnya.