Kesan luka yang kekal di dalam tubuh
"Kesan luka yang kekal di dalam tubuh"
Encik Toroku Oshiro (33大城藤六)
Lahir pada 15hb Ogos 1931
Pada masa itu berusia 14 tahun, pelajar sekolah awam
○ Kematian keluarga
Bapa saya meninggal dunia pada 20 haribulan Mei, di satu tempat bernama Untamamui ketika mengusung askar yang tercedera akibat tembakan mortar. Selepas perang saya pergi ke lubang bekas meriam tempat rakan-rakannya kebumikan mayatnya untuk mengambil abu tulangnya.
Nenek saya meninggal dunia di dalam satu lubang persembunyian yang diduduki oleh satu keluarga seramai kira-kira 27-28 orang. Separuh daripada jumlah itu telah mati di dalam lubang itu. Dua orang adik lelaki saya telah terselamat dari situ dan berjaya kembali, tetapi tiada tempat yang sesuai untuk berlindung kerana telah diambil-alih oleh anggota tentera, mereka mengepung rumah kami, dan berhimpit-himpit di tempat yang disembunyikan dengan dahan kayu dan tanah. Tetapi, salah seorang telah keluar untuk minum air dan tercedera di siku, dan luka tersebut menjadi punca penyakit tetanus dan dia meninggal dunia setelah ditawan dalam kapal yang dalam perjalanan ke Kunigami. Dia dikebumikan di Ginoza, tetapi saya tidak dapat menemui tempat dia dikebumikan, jadi tulangnya tidak dapat disemadikan.
Adik bongsu yang berumur lebih kurang 8 bulan dan masih menyusu tidak cedera, tetapi tersedut banyak asap bom fosforus, dan telah meninggal dunia sejurus meminum ubat yang diperolehi di Hyakuna.
○ Pertama kali terkena tembakan meriam
Apabila senja, ketika kapal terbang tidak kelihatan, saya akan pergi menggali ubi. Waktu itu, sebutir bom telah jatuh ke kebun kami dan menyebabkan saya berlumpuran tanah kebun. Selepas itu saya tidak tahu bagaimana saya telah melarikan diri. Apa yang saya ingat ialah saya berguling-guling dan menyamarkan diri dengan pucuk daun ubi. Bunyi letupan menyebabkan saya hilang pendengaran selama dua hari. Begitulah kejadiannya ketika pertama kali terkena tembakan meriam.
Selepas itu, bapa saya telah meninggal dunia pada 20 haribulan Mei.
○ Cedera terkena peluru
Sekitar awal bulan Jun, kami telah berpindah untuk bersembunyi di satu kubur. 10 hari selepas itu, sebutir bom dijatuhkan dan semua batu yang disusunkan telah bertaburan, dan orang yang berada di tempat yang kurang kukuh semuanya meninggal dunia. Kami sekeluarga yang berada di tempat yang kukuh di bahagian hadapan telah terselamat. Walau bagaimanapun, tangan kiri saya terkehel, dan kaki saya pula melecur.
Seorang kanak-kanak lelaki dari satu keluarga yang cedera di perut diberi minum air, tetapi air itu keluar dari bahagian luka yang lain. Saya sangka lukanya tidak berapa dalam, cuma ususnya terkeluar dan ditahan dengan kain kasa tetapi tetap terkeluar jika bergerak sedikit. Kemudiannya kami keluar dari kubur itu dan berpecah untuk melarikan diri.
Selepas itu, kami masuk ke dalam kubur lain yang diduduki oleh anggota tentera. Luka kami dirawat dan kami juga diberi air minum, tetapi akhirnya kami disuruh untuk keluar, dan kami terpaksa keluar pada ketika waktu tengah hari.
○ Menjadi tawanan
Pada 19 haribulan Jun tentera Amerika telah datang semakin dekat sehingga ke belakang daerah Maehira. Sejak itu, pengumuman "Keluar, orang awam keluar dengan tangan kosong" sering dilaungkan. Kira-kira lima, enam hari, setiap hari ada pula pengumuman "Keluar, dalam tempoh sekian-sekian jam.". Yang mula-mula sekali keluar ialah orang suruhan tentera yang berbangsa Korea seramai empat atau lima orang. Kemudiannya penolong guru besar sekolah rendah kami yang tercedera, terpaksa keluar kerana tidak ada makanan. Kami juga keluar dengan berlengging, dan hanya berseluar pendek. Kami dikumpulkan di sebuah dataran seperti kebun di kawasan belakang kampung. Di situ terkumpul beberapa orang tentera Amerika, dan juga penduduk kampung seramai 20 ke 30 orang.
Di sana, kami penduduk awam dan anggota tentera dipisahkan, dan anggota tentera telah dibawa pergi terlebih dahulu. Kami diberikan makanan dalam tin dan air minum, tetapi tiada siapa pun yang menjamahnya. Jadi, ada seorang lelaki yang balik dari Hawai cuba menenangkan dan berkata, "Tidak mengapa, ini boleh diminum. Lepas ini mereka tidak akan bunuh, mereka janji tak bunuh. Mereka akan bawa kamu ke pusat perlindungan", tetapi tidak ada orang yang percaya. Oleh itu, tentera Amerika pun membuka tin dan makan sendiri untuk menunjukkan ianya selamat, barulah semua orang makan sekeping demi sekeping, air juga diminum sampai kenyang dengan lega.
Kemudiannya, selepas lebih kurang 10 minit banyak kereta kebal datang, kami disuruh duduk, dan mulai rasa bimbang akan dilenyek dengan kereta kebal itu, tetapi kereta kebal itu terus sahaja bergerak menghala ke arah kampung.
Selepas itu, kami dibawa dengan trak dua tan, sehingga ke sempadan antara Takamine dan Kochinda. Dari sana, kami disuruh berjalan kaki sehingga ke Chinenson. Orang yang cedera dibenarkan menaiki kereta, manakala orang yang boleh berjalan semuanya disuruh berjalan. Kami lalu dalam ladang tebu, dan pergi dari Tamagusuku ke Sashiki, sambil bermalam di dalam sawah, satu ke dua malam.
○ Mengumpul abu tulang
Saya berjaya mengumpul abu tulang. Orang desa Nashiro seorang, kemudian orang kampung tiga orang, selebihnya, orang tanah besar. Apabila digali saya dapati masing-masing mempunyai ciri-ciri berbeza, orang tanah besar memakai but tentera, manakala anggota pertahanan pula memakai tabi. Terdapat juga perbezaan pada gigi, orang Nashiro tidak mempunyai gigi. Orang desa Maeda yang mewah pula mempunyai gigi emas. Kami tanamkan semula mayat askar, dan yang lainnya dibawa pulang.