Dengan bantuan penduduk Taiwan ~Pemindahan ke Taiwan~

Nama: Encik Rokuro Takayasu (29高安六郎)
Tarikh lahir: 3 hb Januari 1934
Alamat Sekarang: 1-18-20 Kakazu, Ginowan
Tempat lahir: Bandar Naha
Pada masa itu berusia 11 tahun, pelajar sekolah awam
"Menyeberangi laut yang bahaya"
Saya pergi ke Taiwan pada pertengahan bulan September 1944. Bersama-sama keluarga dan golongan tua.
Kami bertolak dari Naha pada waktu senja, ini adalah kerana, kapal selam sentiasa berlegar-legar di perairan Okinawa. Sebuah kumpulan terdiri daripada kira-kira 10 buah kapal, dan kami diiringi oleh kapal pemusnah tentera Jepun di kedua-dua belah kiri dan kanan, tetapi dalam perjalanan, kebanyakan kapal telah diserang oleh kapal selam. Kami bernasib baik kerana terselamat.
Pertama sekali, pada siang hari kami bersembunyi di Kerama, kemudian kami bersembunyi di Pulau Kume, kemudiannya Miyako, Ishigaki, Iriomote, dan kemudiannya kami telah bersembunyi di Yonaguni. Biasanya untuk sampai ke Taiwan, mengambil masa sehari setengah ke dua hari, tetapi sudah 10 hari berlalu, baru sampai ke pelabuhan Keelung di Taiwan.
Walau bagaimanapun, itu adalah pertama kali saya sampai ke Taiwan, di tengah-tengah musim panas, satu perkara yang amat susah. Kerana semua orang mesti bergerak di dalam kumpulan, tidak ada kebebasan langsung.
Orang-orang tua menghiaskan tatu di tangan, terpaksa memakai sarung tangan untuk menutup tatu itu. Supaya orang Taiwan atau orang tanah besar yang tinggal di sana, tidak terlihat atau tertanya-tanya "Orang mana ini". Hidup ketika itu teramat susah, sampai apa-apa juga kami perlu buat.
"Serangan udara di Taichung"
Di Taichung kami telah mengalami perkara yang dahsyat.
Di Taichung, kami ditempatkan di sebuah kilang gula. Ibu saudara saya, telah mendapat kerja sebagai operator telefon di kilang gula, tetapi serangan udara di situ sangat hebat. Serangan udara yang datang telah menyasarkan kilang gula itu. Bom telah digugurkan.
Serangan udara menjadi semakin teruk, tidak hanya kilang gula, keseluruhan Taichung telah dibom. "B29" agaknya, kapal terbang jenis "B29" itu menggugurkan bom dari tempat yang sangat tinggi. Kemudiannya "Grumman". Iaitu kapal terbang jenis “Curtiss” dengan lambang negara United Kingdom juga datang dan menggugurkan bom. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Masanya juga telah ditetapkan.
"Teruk sangat ini, kita tidak boleh terus berada di sini", akhirnya kami terpaksa berpindah dari Taichung ke Pingtung, sebuah kawasan di luar bandar.
"Anak-anak Okinawa akan ke sekolah Taiwan atau sekolah Jepun"
Ini berkenaan sekolah mana yang harus dimasuki oleh kanak-kanak yang datang dari Okinawa.
Terdapat dua jenis sekolah di Taiwan, masalahnya adalah sama ada perlu dimasukkan ke sekolah orang Taiwan, atau orang tanah besar, iaitu sekolah orang Jepun. Ada juga yang menggesa “Anak-anak Okinawa mesti dimasukkan ke sekolah Jepun”, jadi kami dimasukkan ke sekolah Jepun.
Walau bagaimanapun, (anak-anak tanah besar dan anak-anak Okinawa) banyak perbezaan dalam tahap akademik, juga dalam berpakaian. Mereka memakai kasut dan stokin dengan kemas, membawa beg sekolah, dan memakai topi. Semuanya kelihatan seolah-olah seperti anak orang kaya. Kebanyakan kami berkaki ayam, memang dikira hebat jika ada yang memakai sandal. Peralatan sekolah pula kami bawa dalam kain pembalut yang diikat di belakang badan ketika pergi ke sekolah. Jad, diskriminasi orang tanah besar terhadap orang Okinawa sangat teruk.
"Dengan bantuan orang Taiwan."
Kemudian, kami berpindah ke sebuah bandar bernama Tojo yang terletak berhampiran dengan pergunungan. Sebuah bandar yang tenang terletak di luar bandar, tiada bom yang digugurkan di situ. Kami berpecah, dan semuanya ditempatkan seperti homestay.
Oleh kerana tiada bilik mandi, saya pergi mandi dan bermain-main di sungai bersama-sama dengan adik lelaki saya pada setiap hari.
Pada suatu hari, “Grumman” telah terbang dari arah gunung yang berdekatan, mungkin mereka tidak terfikir bahawa kami hanya kanak-kanak, mereka menghalakan mesingan ke arah kami dan mula menembak. Kami berdua telah bersembunyi di sebalik batu yang besar, dan adik saya menangis teresak-esak.
Saya fikir "Grumman" telah pergi terus tetapi ia datang kembali ke sini, ia berulang-alik banyak kali. Kemudiannya, ada orang Taiwan yang melambaikan tangan dari lubang perlindungan serangan udara dan berkata, "bahaya kalau duduk di situ, marilah ke sini". "Ini peluang sekarang, pesawat telah terbang ke sana, cepat masuk ke lubang perlindungan", kata seorang pakcik Taiwan yang baik hati, sampai sekarang saya masih ingat yang saya diselamatkan pakcik ini.
"Meraikan ketibaan tentera Chiang Kai-shek."
Tentera Amerika Syarikat tidak datang ke Taiwan.
Yang datang adalah askar China, tentera Republik China telah masuk. Di situ, kami mahu meraikannya dan semua pelajar di sekolah mengibarkan bendera matahari putih, bendera Taiwan sekarang dan berdiri di sepanjang jalan. Pada masa itu, untuk mengalu-alukannya, kami menghafal lagu "Tentenpeiji koukouchou...". Maknanya saya tidak faham, dan hanya diajarkan sarikata untuk dinyanyikan.
Ada fakta mengatakan bahawa orang Taiwan telah dibuli oleh orang Jepun semasa perang.
Apabila perang berakhir, orang Taiwan telah membentuk satu kumpulan untuk membalas dendam, sama ada terhadap bekas askar Jepun, orang yang bekerja di pejabat kerajaan Negeri, tidak kira siapa asalkan orang dari tanah besar akan diburu dan dibelasah dengan belantan, batang kayu atau apapun.
Kami melihat kejadian itu di depan mata, tetapi mereka tidak menggunakan keganasan terhadap orang Okinawa. Mereka memanggil orang Okinawa sebagai "orang Ryukyu", dan atas alasan "orang Ryukyu dan orang Taiwan adalah sama", "mereka tidak melakukan apa-apa kepada orang Ryukyu, tetapi melepaskan dendam kepada orang Jepun", ianya suasana yang sangat dahsyat. Keadaan di mana tiada polis, orang-orang Jepun hanya mampu melarikan diri ke merata-rata tempat. Saya merasa sangat kasihan.
"Manusia yang tidak berperang."
Saya fikir peperangan tidak sepatutnya berulang, dan tidak seharusnya berperang.
Orang Okinawa tidak berperang. Saya fikir begitu.
Bukan masalah tidak mahu perang. Bukan juga masalah tidak suka perang. Orang Okinawa, memilih untuk tidak berperang.