LANGUAGE

LANGUAGE

Anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah

”Anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah”

En. Zenkou Uchima, 80 tahun
(Asal: Yoza, Takamine-son, Okinawa)

Bila askar datang ke Okinawa kelas pelajaran pun tiada. Kami disuruh ke sana ke sini bila askar masuk ke perkarangan sekolah. Orang dewasa pula menggali parit perlindungan atau pun membina lapangan terbang. Ada juga yang pergi ke kawasan dalam pulau untuk menjalankan Chouyou (perintah).

Kami nampak suasana tentera Amerika mendarat di Kerama dari Sekolah Rendah Takamine, kami semua panik.

Apabila jejak langkah peperangan makin hampir
Pada mulanya saya tidak terfikir apa-apa. Ada satu perkampungan dipanggil Takara, di sana gong telah dibunyikan. Saya fikir ia adalah serangan udara maka saya melarikan diri ke dalam parit perlindungan. Saya masih anak kecil ketika itu, jadi saya tidak begitu rasa takut.

Tidak lama, kami telah diberitahu, “Keluarga kamu mempunyai ramai anak, jika kamu melarikan diri sekarang masih sempat, cepat keluar dari sini,” maka kami pun keluar dari parit perlindungan itu. Suasana di dalam parit perlindungan itu sangat jijik, banyak kutu dan air hujan juga masuk ke dalam.

Setelah keluar dari parit perlindungan, kami ke sana-sini. Malam hari, kami menghala ke Oozato, dari Oozato kami ke Kuniyoshi, dari Kuniyoshi kami ke Maezato dan selepas itu tiada lagi tempat kami boleh melarikan diri, maka kami berpatah balik.



Kami juga masuk bersembunyi di rumah orang yang tidak rosak akibat bom.
Semasa melarikan diri, dua das bom telah terbang ke arah kami. Saya tidak tahu ia mortar atau meriam kapal, saya berasa sangat takut.
Semasa di Kuniyoshi, kami juga menerima serangan, kami dan juga askar pun turut bersembunyi. Askar itu mati kerana kecederaan di kaki.

 
Setelah itu, kami ke Oozato, di Oozato juga berturut-turut 2 das bom dilancarkan, ramai yang mati kerananya.
Dari pandangan kami, askar Jepun kelihatan sangat menakutkan. Mereka mengangkat pedang, kata-kata mereka berbentuk ketenteraan dan mempunyai perasaan yang menakutkan.

Waktu itu mereka sentiasa berkata-kata, “Kami akan menang peperangan ini!” Di tempat yang dipanggil Yoza, ada ibu pejabat unit tentera gunung. Di situlah tempat Leftenan Amamiya yang sangat menggerunkan.


Di Yoza rasanya mereka mempunyai makanan. Tentera sentiasa mengambil makanan dari orang awam. Mereka mengambil ubi dan kacang soya.
Akhirnya kami ke Maezato, dan berpatah balik ke Kuniyoshi, kemudian kami berpatah balik ke Oozato.
Waktu itu, banyak pejuang berada di sisi jalan. Di hadapan Sekolah Rakyat Takamine, ada dua buah kereta kebal (mungkin milik tentera Amerika) telah dirosakkan.
Saya telah ditangkap berhampiran bekas dewan orang ramai.

 


Apa yang telah terjadi kepada keluarga anda?
Jadi saya telah terperangkap. Setelah saya ditawan, saya cuba memberi isyarat dengan suara, tetapi ibu seperti tidak mendengarnya.
Selepas saya menjadi tawanan, saya rasa ibu telah dibunuh.

Saya nampak tentera Amerika setelah menjadi tawanan di Pulau Oujima. Saya masih ingat mereka berkulit hitam. Saya tidak begitu takut akan mereka. Tentera Jepun sangat menakutkan, tetapi tentera Amerika sangat baik.

Saya telah dibawa ke Kochinda setelah ditawan. Satu benda yang saya masih ingat adalah, seorang askar Amerika membawa cupcake dan memberi kami makan. Kami makan bersama-sama.

Suasana orang sekeliling
Ada seorang isteri yang membuang duit dari atas jambatan sambil menangis, mungkin dia sudah gila akibat kematian keluarga.
Sebelum peperangan, saya mengumpulkan daun Kaya dan tebu, membuat kompos dengan kotoran ternakan, tetapi ia sangat berbau busuk kerana telah terbakar.
Selain itu, ada juga bau busuk mayat, ada bau belerang meriam, saya masih ingat bau-bau ini bercampur aduk dan ia sangat busuk.
Jadi, saya masih membenci bau belerang sehingga kini. Selain itu, hakikat bahawa anak-anak menangis juga mengingatkan saya tentang perang.

Setelah ditangkap
Saya dibawa ke Sedake di utara pulau utama. Saya diangkut dengan bot pengangkut kapal.
Di situ, mereka yang melarikan diri ke Yanbaru telah berkumpul.
Ada juga wanita yang dijemput oleh saudara-mara mereka. Ada juga wanita yang menangis rebah duduk di tepi jalan kerana kehilangan ibu dan ayah mereka.
Mengenai keluarga
Ayah saya meninggal di Yanbaru. Kaki ayah telah tercedera lalu dia mendapat tetanus. Yang tinggal hidup hanyalah saya dan adik perempuan, berdua sahaja. Semua yang lain telah tiada. Katanya emak telah dibunuh sambil mendukung adik lelaki.

 
Saya seorang diri telah ke Hyakuna dari Kochinda. Semasa di Hyakuna saya bertanya kepada seseorang, “Saya tiada ibu bapa, apa harus saya lakukan?” Ia menjawab, “Pergi ke sini.” Dia memperkenalkan kepada saya sebuah pusat anak yatim. Oleh itu saya telah masuk ke pusat anak yatim di Hyakuna.
Di pusat anak yatim, ramai ibu di situ, mereka semua sangat baik. Matlamat mereka berada di situ adalah mereka sedang menunggu jikalau anak mereka sendiri yang akan dihantar masuk ke situ.
Ada juga anak kecil yang menangis sepanjang malam.

Tak lama selepas itu, makcik dari sebelah ibu saya datang menjemput saya.

Mengenang kembali peperangan itu
Adakah sekarang ini aman… saya tidak fikir begitu.
Saya tidak pernah pun berfikir apa yang diperlukan untuk membina dunia yang aman, tetapi bagi saya, siapa yang mencetuskan peperangan adalah orang yang sangat berdosa. Cukup jika mereka faham itu.
Jika tiada peperangan, hidup kami sebenarnya sangat bahagia.