LANGUAGE

LANGUAGE

Pengalaman perang di Taiwan sebagai Unit Tinggal Askar Ryukyu

Pengalaman perang di Taiwan sebagai Unit Tinggal Askar Ryukyu

En. Chikou Nakamura, 92 tahun
(Asal: Uezu, Kumejima-cho, Okinawa)

Saya memasuki tentera sebaik sahaja saya berumur 20 tahun. Saya lulus ujian mendalam ketenteraan dan terus diterima masuk. Sekolah pada masa itu juga berprinsip ketenteraan, dan pemikiran demi negara sangat kuat pada masa itu.

Sekitar tahun 1943 saya rasa, kami mempunyai rancangan untuk ke selatan iaitu ke New Guinea setelah pergi ke Taiwan, namun ia dibatalkan kerana kapal kami telah diserang.
  
Pasukan tentera Okinawa mempunyai unit Tama (contohnya) yang ditugaskan melindungi Okinawa, dan kami pula dilantik sebagai Tentera ke Selatan. Pada waktu ini Divisyen ke-9 dari Kanazawa telah datang di Okinawa dan saya diarahkan untuk menyertai Divisyen ke-9 ini. Saya pergi ke Taiwan bersama-sama Divisyen ini dan merancang untuk ke New Guinea setelah itu.

Tugas saya di dalam tentera
Tugas saya adalah di pangkalan unit serangan khas di Giran. Di bahagian selatan terdapat pangkalan pejuang Zero dan di utara terdapat pangkalan pesawat serangan khas, saya bertugas sebagai pengawal sentri di situ. Saya bekerja bagi syif 1 minggu untuk 3 pertukaran. Kerana saya juga berkhidmat sebagai pengawal sentri di Pejabat Gabenor Taiwan di Taipei, saya meninggalkan Giran pada waktu petang dan bergerak ke bandar Taipei pada keesokan harinya.

Peringkat terakhir perang
Akhirnya tentera Amerika telah mendarat di Okinawa, tetapi kami di Taiwan tidak dapat melakukan apa-apa. Pesawat serangan khas telah berlepas ke arah Okinawa dari pangkalan Taiwan. Dari tanah besar kapal perang Yamato juga nampaknya telah berlepas dengan bahan api untuk sehala sahaja, saya fikir kami juga akan berlepas walau bagaimanapun setelah ini.
Malangnya pesawat yang berlepas hanya mempunyai bahan api sehala sahaja, dan banyak juga yang terhempas diserang, maka tiada pengangkutan untuk orang yang seterusnya.

Setelah perang tamat
Semasa perang tamat, kami berada di Keelung. Di Keelung hujan turun 365 hari setahun. Oleh itu banyak penyakit seperti malaria melanda.

Perang tamat pada tahun 1945, tetapi kami tidak dapat pulang ke Okinawa selama lebih kurang 2 tahun. Walaupun askar di dalam telah diberhentikan, tetapi askar dari Okinawa tidak dapat pulang kerana pulau utama Okinawa diduduki oleh tentera Amerika. Kapal-kapal swasta juga rosak teruk, kapal penghantaran pulang juga tidak banyak.
 
Setelah itu unit kami telah bergerak ke Tainan untuk menjalani kehidupan sendiri. Di Tainan terdapat tanah Syarikat Gula Jepun berkeluasan berpuluh ribu hektar, di situ kami menjalani kehidupan sendiri dengan menanam sesuatu dan memakannya. Kami ke sana selepas unit berjalan kaki, dan unit MP atau unit pesawat pejuang, untuk menjalani kehidupan sendiri.

Senjata unit berjalan kaki semuanya telah dirampas, jadi untuk sentri di waktu malam mereka berjaga menggunakan pedang kayu. Kenapa begitu, mungkin orang tempatan berfikir, “Ladang kami telah dirampas oleh orang Jepun,” dan mereka mungkin menyerang di waktu malam menggunakan parang. Kami pernah diserang di waktu malam dan rumah kami juga pernah dibakar.


Suasana sebelum pemberhentian tentera
“Unit Tinggal Askar Ryukyu” ditubuhkan menggunakan nama Okinawa. Terdiri daripada kekuatan seramai 170 hingga 180 anggota, tugasan kami antaranya adalah sebagai pasukan pemeriksa, pasukan penumpang, pasukan pengawal di kapal penghantaran pulang. Tugas utama kami adalah menolong mereka yang dihantar pulang. Antara tugas lain adalah membersihkan runtuhan bangunan diserang, mengangkut mayat dan membakarnya.

Tiada teh, tiada air panas, tiada tempat mandi, hanya guna tuala basuhan dan “Minta air panas!” Kehidupan kami menyedihkan selama beberapa tahun.

Kami Unit Tinggal Askar Ryukyu dipanggil oleh En. Seisaburou Nagayama dari Pulau Ie, dan En. Matsuei Yamanoha dari Nago, mereka memberitahu untuk tubuhkan “Askar Ryukyu” dan berkata, “Hantar pulang semua orang dari tanah besar, dan kamu tinggal sehingga akhir.” Maka kami terus tinggal.

Mengenang kembali peperangan itu
Jikalau boleh, selesaikan semua perkara dengan rundingan. Peperangan itu adalah manusia saling berbunuhan, jangan sesekali lakukannya.