Pengalaman perang di bahagian utara pulau utama Okinawa di Kunigami, Ogimi

En. Saneo Nakamura, 86 tahun
(Asal: Yona, Kunigami-son, Okinawa)
Perang bermula semasa saya dalam tahun 4 sekolah rendah. Mulanya masih ada kelas di sekolah, tetapi tidak lama setelah itu, kami terpaksa menambah bekalan makanan dan menggali parit perlindungan serangan udara.
Kami mengumpul banyak kayu api untuk persediaan makanan tentera Jepun, dan memuatkan ia ke dalam kapal.
Di waktu hari yang tiada kerja, kami asyik menghabiskan masa berlatih menusuk patung jerami Presiden Amerika Roosevelt dan Perdana Menteri British Churchill dengan tombak buluh.
8hb Disember tahun 1941 kehidupan kami berubah.
Lagu yang dibenarkan hanya lagu tentera dan cikgu hanya bercerita tentang peperangan. Semua pelajar melakukan senaman bina negara di perkarangan sekolah, semasa meraikan kejayaan besar mengebom Pearl Harbor, kami membuat sendiri bendera Hinomaru dan mengibarkannya dan melaungkan, “Banzai, Banzai!”.
Semua murid menyanyikan lagu tentera sambil melambai-lambaikan bendera Hinomaru, kami berarak ke bandar di Hentona, Kunigami. Di sekolah juga, asyik perkara ini sahaja yang disebut-sebut, “Pergilah berperang dan capai kejayaan,” maka saya juga rasanya turut bercita-cita untuk menjadi askar di masa hadapan.
Saya masih ingat ketika abang memohon untuk menyertai tentera laut, emak membantah sekuatnya, jadi gaduh besar. Tetapi abang berkata, “Kalau saya tak pergi negara akan kalah,” akhirnya abang diterima masuk ke dalam tentera pada umur 17 tahun setelah memohon pada umur 16 tahun. Dan dia mati berperang pada umur 18 tahun.
Kami mendapat perkhabaran abang terkorban di medan perang sehari sebelum tentera Amerika mendarat. Keesokan harinya, 1hb April, tentera Amerika mendarat, semua penduduk kampung melarikan diri tetapi emak langsung tidak bergerak menangis di depan berhala Buddha. Setelah itu, serangan udara pesawat Grumman Amerika bermula dan banyak bom berguguran jatuh, kami 3 beradik menggeletar ketakutan di dalam parit perlindungan serangan udara. “Emak, masuk ke dalam parit perlindungan!” tangis saya sambil menjerit, namun emak tetap tidak bergerak terbungkam di situ. Waktu ini emak berfikir, “Lebih baik aku mati kena bom,” dia beritahu selepas perang.
Tentera Amerika mendarat di Yomitan pada 1hb April, dan saya rasa mereka menyerang Hentona di bahagian utara pulau utama pada sekitar 12hb. Penduduk semua melarikan diri ke gunung, tetapi tentera Amerika melakukan operasi pembersihan, mereka naik masuk sehingga ke kawasan gunung. Penduduk yang sedang bersembunyi di dalam gunung, semua ditangkap dan dihantar kembali ke kampung-kampung. Pada masa itu saya diajar bahawa, “Askar Amerika ini lebih menakutkan dari hantu,” maka saya memang tidak mahu turun. Tetapi, kalau pada waktu itu saya tidak dipaksa turun oleh askar Amerika, mungkin saya sudah mati kelaparan. Penduduk pun sekiranya tidak turun dari gunung, saya rasa lebih banyak mangsa yang akan mati kelaparan.
Ada yang masih saya tidak dapat lupakan hingga sekarang.
Saya disuruh turun oleh tentera Amerika, kami dimuatkan ke dalam trak dan dibawa ke Kijoka, Ogimi, kemudian dipindahkan ke Takazato, Ogimi. Ramai pelarian di sana di tempat seperti dewan awam. Di antara mereka, kanak-kanak lelaki berumur 4 atau 5 tahun dan perempuan berumur 2 atau 3 tahun menangis di kaki seorang wanita yang tidur dengan mukanya ditutup dengan baju. Seorang wanita tua di sebelah mereka membelai mereka sambil berkata, “Jangan menangis, mak kamu sedang tidur sahaja, jangan menangis.” Tetapi, anak-anak kecil itu tahu bahawa ibu mereka sudah tiada dan semakin menangis. Apa yang berlaku ke atas diri saya juga sangatlah teruk tetapi melihat kanak-kanak ini adalah satu perkara yang saya tidak boleh lupakan. Apa yang berlaku ke atas mereka, saya sangat bimbang. Peperangan adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan sama sekali.