LANGUAGE

LANGUAGE

Untuk keamanan, mesti bertindak. Melalui pengalaman medan perang dari Shuri ke Mabuni

Untuk keamanan, mesti bertindak. Melalui pengalaman medan perang dari Shuri ke Mabuni
En. Eiki Ishikawa, 87 tahun
(Asal: Henza, Yonashiro-cho, Okinawa)

Saya masuk ke sekolah rendah tinggi Jinjou di Henza. Ia kemudian menjadi sekolah kebangsaan Henza semasa saya di tahun 5. Pada masa itu, cikgu bertanya kepada anak murid seorang-seorang, bila besar nanti hendak jadi apa? Semua menjawab, “Nak jadi askar.” Persekitaran masyarakat pada waktu itu menyebabkan ia menjadi sebegitu.

Semasa perlepasan askar, seluruh masyarakat setempat, termasuk pelajar sekolah yang akan menghentikan kelas, terlibat bersama-sama menghantar. Di pantai atau tepi laut, hampir keseluruhan orang kampung akan turut bersama-sama menghantar. Juga setelah itu, bila askar pulang, atau keranda putih berisikan mayat askar yang gugur tiba, kelas akan dihentikan, semua akan keluar ke tepi pantai dan menyambut mereka pulang.

Rumah para askar yang telah berlepas akan dilekatkan plet tembaga yang dipotong sebagai tanda. Budak lelaki akan menolong membersihkan kendang babi di rumah itu dan menyabit rumput untuk dimasukkan ke kendang babi tersebut. Budak perempuan pula akan menolong membersihkan rumah itu, mengelap lantai dan lain-lain pertolongan.

Perkara yang paling saya tidak boleh lupa adalah hari mendapat baju seragam tentera. Tidaklah saya mempunyai niat tertentu cuma saya berasa sangat berani. Saya masih ingat saya pergi balik sehingga ke atas ombak Naha.

Sehingga pendaratan tentera Amerika semasa tempoh ketika saya berada di sekolah menengah dari sekolah kebangsaan, saya menerima latihan ketenteraan secara menyeluruh. Saya berfikir cepatlah, “Yankee (askar Amerika) muncul.” Hampir setiap malam saya tidur dengan perasaan sebegitu. Tetapi, perasaan itu hilang terkubur sebaik sahaja serangan bom bermula sejurus selepas tentera Amerika mendarat. Ia bertukar menjadi ketakutan.

Apa yang saya takut dengan perang Okinawa ini adalah pesawat Cessna tentera Amerika itu. Mereka terbang sangat rendah, seperti glider sehingga kita boleh melihat muka juru terbang dengan jelas.


Kami diserang dengan bom shrapnel dan mortar. Mortar akan terbang dekat dengan permukaan tanah, tetapi bom shrapnel jatuh tepat dari atas. Tentera Amerika akan menembak kedua-duanya serentak. Anda meniarap atau anda bersembunyi di dalam lubang, anda tetap akan kena dari atas. Jika anda berdiri, anda akan kena dengan mortar. Ramai kehilangan nyawa akibat ini.

Pada masa itu di sekolah menengah, yang paling berkuasa adalah pegawai bertauliah. Pegawai bertauliah memakai uniform tentera setiap hari dan membawa pedang Jepun. Pegawai-pegawai itu tidur di bilik warden. Selepas itu, keadaan di sekolah semakin hari semakin menjadi ketat. Ia telah menjadi pendidikan berasaskan ketenteraan.

Pada waktu itu, sekolah-sekolah di Shuri, Naha di Okinawa diduduki oleh tentera Jepun, kami tidak dapat belajar. Murid-murid dikerah hampir setiap hari untuk menggali kubu di bahagian selatan. Parit perlindungan yang dipanggil Gama (gua) di daerah Shimajiri hampir kesemuanya digali oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Saya bekerja hampir 7 jam, memegang tukul beliung untuk menggali batuan dasar yang keras. Apa yang saya gali itu, mereka yang kecil badannya, akan menghulurkan bergilir-gilir bakul buluh dan membuang ia keluar, kami lakukan kerja itu berulang-ulang. Waktu itu saya sangat menyesal akan saiz badan saya, saya tidak tahan.

Semasa murid-murid berada di kawasan sekolah, kami pelajar-pelajar asrama akan menyediakan makanan. Untuk mendapatkan bahan makanan, kami akan mencuri kambing, arnab atau ayam peliharaan rumah-rumah sekeliling. Tiada siapa yang tinggal di situ lagi, mereka semua sudah melarikan diri.
Kami tidak dapat menyediakan untuk semua orang, kumpulan yang memasak sahaja akan memanggil para pengajar dan memberi mereka makan sukiyaki dan lain-lain. Bagi muri-murid pula, sekiranya difikirkan sekarang adalah ibarat makanan babi.

Murid-murid yang menjadi tentera kanak-kanak sekolah pertama menengah negeri, berada di kawasan sekolah di Shuri, semasa kami sedang menyediakan makanan, semuanya ada beberapa ratus orang. Sejak dari waktu itu keadaan peperangan telah menjadi semakin teruk. Mereka ada yang diserapkan terus ke unit tentera, mereka dibahagi kepada 10 orang, kadang kala 14 atau 15 orang, dan kadang kala 4 atau 5 orang.

Para guru ada 14 atau 15 orang. Mereka memerlukan orang untuk menyediakan makanan kepada mereka, maka pelajar asrama akan menjadi kumpulan memasak untuk mereka. Kami panggil ini sebagai “orang ibu pejabat”. Saya fikir kami berjumlah seramai 200-300 orang semuanya. Kami dipanggil “Issen Kenji”.

Pelajar tahun 1 disuruh pulang ke rumah. Pelajar tahun 2 diserapkan ke unit perhubungan. Di tempat latihan Kendo kami belajar pendidikan jasmani dengan perkara-perkara yang senang, tetapi bila tentera Jepun tiba, kami di ajar tentang Kod Morse.

Tahun 3, 4, dan 5 diserapkan ke unit tentera kanak-kanak, beberapa orang bagi setiap unit. Selepas tentera Amerika mendarat, kami diarahkan menerima arahan daripada pegawai bertauliah yang juga adalah guru, bukannya arahan guru besar.

Hari itu adalah 12hb April. Hari itu saya tidak bertugas. Seorang pelajar tahun 4 Zensei Ikehara dari Yomitan dan rakan sekelas Kanben Sakugawa, kedua-dua mereka berasal dari kampung bersebelahan. Mereka tidur di atas satu sama lain di rak tempat memasak. Nasib tidak menyebelahi mereka, serangan bom tentera Amerika tepat mengenai mereka. Senjata tentera Amerika pada waktu itu dipanggil fosforus kuning (digunakan sebagai peluru pembakar dll), ia cepat membakar. Tempat yang diserang itu terus terbakar dengan cepat dan marak. Saya langsung tidak dapat menolong.

Keesokan harinya, saya mengutip mayat senior Ikehara dan rakan saya Kanben Sakugawa dari dalam api yang masih membara dan menanam mereka di laman. Saya tidak berasa sedih. Hanya berfikir giliran saya untuk mati terbakar seperti itu akan tiba bila-bila masa sahaja.

Setelah perang tamat, saya masuk ke parit perlindungan terakhir di satu tempat bernama Makabe di daerah Shimajiri. Semasa bersembunyi di situ, kereta kebal tentera Amerika muncul di depan saya. Maknanya saya sudah tidak boleh bersembunyi di situ lagi. Kami melarikan diri pada waktu yang sesuai, sambil masing-masing memerhatikan kereta kebal itu. Tempat kami melarikan diri itu terletak di kawasan yang tinggi, memang kelihatan sepenuhnya dari kereta kebal kerana ia adalah lereng bukit. Maka kami melarikan diri seorang demi seorang ke lereng bukit tersebut sambil memerhatikan kereta kebal itu.

Kami melalui hadapan Menara Himeyuri yang ada sekarang, dan melarikan diri ke arah pantai Mabuni. Ia adalah pengakhiran bahagian selatan. Ada juga askar yang termasuk dalam kumpulan orang ramai. Kemudian kami bergerak ke arah berlawanan ke Yanbaru di bahagian utara dari pantai kami melarikan diri beramai-ramai. Kami bersembunyi di sebalik bayang pokok pandan, tanpa banyak tidur kami terus melarikan diri.

Semasa berada di parit perlindungan di sekitar Menara Himeyuri, berdekatan itu terdapat air mata air yang besar. Ia adalah air mata air seperti kolam yang diliputi batu besar. Apabila saya tidak dapat mencedok air minuman di sana, saya meletakkan mulut di atas lopak air di sawah yang ada di depan mata saya, dan meminumnya seolah-olah anjing minum air dari tanah.

Kami bersembunyi untuk seketika. Tetapi kadang kala rumah persembunyian kami habis semuanya di rampas oleh tentera Jepun. Sambil menerima serangan bom tentera Amerika, kami ke sana ke sini melarikan diri dengan beratur ibarat pelajar sekolah rendah pergi ke rombongan. Jika saya mengingat kembali, pedih dada saya. Seorang demi seorang terkorban. Bertebaran dek serangan bom. Orang-orang di Okinawa.

Mengenang kembali peperangan itu
Di katakan seramai 240,000 terkorban di Okinawa. Tetapi mereka yang mengingati bahawa Okinawa telah menjadi medan perang, dan yang menyedari perkara itu semakin tiada. Itu yang paling membimbangkan saya.

Hari peringatan pada 23hb Jun yang dijadikan pendidikan keamanan tidak boleh hanya dijadikan sebagai topeng. Tidak boleh pendidikan seperti melepas batok di tangga. Perlu bertindak untuk melindungi keamanan. Semakin kita aman, semakin kurang mereka yang bertindak dan semakin lemah kepedulian. Ini membimbangkan.