Perang di Pulau Iejima di bahagian utara pulau utama yang dialami oleh para pelajar

En. Yoshimitsu Zukeyama, 89 tahun
(Asal: Uehara, Ogimi-son, Okinawa)
Kehidupan persekolahan kami pada waktu itu hanya berkisar kepada latihan ketenteraan sahaja. Apabila menyebut tentang latihan ketenteraan, terdapat sesuatu yang dipanggil “Lagu Gokyoutai”. Selain dari itu terdapat juga, “Kamu semua akan menjadi askar”, dan “Titah perintah maharaja kepada tentera” yang harus diingati, jika tidak ingat hukuman akan dikenakan. Terdapat juga pegawai tentera yang berkata, “Tamat sahaja perang Okinawa, segeralah memohon untuk masuk ke sekolah pegawai, ia adalah untuk masa depan kamu.”
Semasa saya berumur 15 tahun, kami pergi seramai 32 atau 33 orang untuk membina kubu dan juga lapangan terbang di Pulau Iejima. Giliran setiap 10 hari, 1 kali, 2 kali dalam sebulan sehinggalah serangan udara pada bulan Oktober kami melakukan kerja.
Serangan udara 10 Oktober
Pada 9hb Oktober sehari sebelum serangan udara, semasa saya tiba di perkampungan itu setelah tamat giliran kerja saya di Pulau Iejima, pesawat peninjau Grumman (pesawat tentera Amerika) sedang terbang mengelilingi ruang udara. Kemudian sehari setelah kami tiba dari Pulau Iejima, serangan udara dilancarkan pada 10 Oktober.
Pendaratan tentera Amerika
Semasa tentera Amerika mendarat, saya meminjam teropong dari ketua kanan tentera dan melihat pendaratan pasukan kereta kebal pendaratan air mendarat di Pelabuhan Toguchi, saya berada di puncak Gunung Yomitan di bahagian utara Zakimigusuku di kampung Yomitan pada waktu itu. Dari pihak Okinawa tiada sebutir peluru pun ditembak balas, saya bertanya kepada ketua kanan tentera itu, “Kalau begini keadaannya, apakah tentera Jepun di Okinawa boleh menang?”, dia hanya menjawab, “Entahlah...”
Saya telah dipilih ke skuad penyerang, sebaik tentera Amerika mendarat pda 2hb April, sebagai skuad penyerang kami dikehendaki membawa senjata, dan kami berpecah dari skuad utama dan bergerak ke kubu Yaka. Unit skuad saya seramai 60 orang. 3 orang 1 kumpulan membawa 1 bahan letupan, oleh itu 60 orang membawa 20 bahan letupan.
Kami tidak mempunyai parit perlindungan mahupun kubu, sekadar pondok kecil untuk melarikan diri. Oleh kerana tiada lubang mahupun parit perlindungan serangan udara, jika kami diserang oleh meriam kami akan dihujani oleh bom.
Kadangkala saya ternampak askar Amerika, seperti melihat hantu turun dari langit perasaan saya. Imej tentang askar Jepun pula, penuh dengan ritual, “Hisap rokok maharaja!” ataupun “Buat mizusakazuki,” dan banyak lagi ritual yang saya perlu hormati.
Semasa latihan saya sering dimarahi oleh pegawai atasan. Sangat menyakitkan. Kalau bercerita tentang hal keluarga, kami akan dihukum. Langsung tidak boleh bercerita hal keluarga.
Setelah itu, pada 1hb Jun kami berundur daripada Onnadake, dan sampai ke perkampungan ini pada 19hb Julai, 50 hari lamanya masa diambil untuk ke sini dari Onnadake, menyeberangi lembah, gunung dan berapa ratus kali kami merayau-rayau di jalan gunung sebelum akhirnya sampai ke sini. Tiada makanan, walaupun ada air tetapi kami diberitahu, “Jangan minum, siapa minum akan mati kerana Kalium Sianida telah dialirkan”, itulah yang paling menyeksakan, tiada air dan makanan. Selain itu kami juga mempunyai masalah kutu, sangat seksa untuk berlawan dengan kutu. Seorang demi seorang telah meninggal dunia kerana kekurangan zat dan penyakit, seperti malaria atau disenteri.
Ketua skuad kami tidak memberitahu bahawa perang sudah tamat. Sebaliknya beliau memerintahkan, “Tentera Jepun akan mendarat semula dari ibu pejabat, berkumpul semula pada waktu itu, kami akan berperang secara gerila dari belakang, sementara itu kamu semua pulang ke rumah masing-masing, kumpulkan makanan dari rumah dan hantarkan ia kepada pegawai-pegawai di sekolah tentera darat Nakano.”
Saya tidak dengar bahawa kita telah kalah perang. Orang sekeliling ada yang kata menang dan ada yang kata kita kalah.
19hb Julai 1945. Semua orang berenang menyeberangi Pelabuhan Shioya. Oleh kerana saya tidak pandai berenang, saya telah keluar ke laut dengan menyangkutkan badan saya ke tiang mercu sampan, siap membunuh diri. Tetapi, saya dikaut ombak kerana tidak tahu berenang. Saya tidak pasti sama ada saya akan selamat atau tidak.
Mengenang kembali peperangan itu
Peperangan sebenarnya adalah neraka. Saya yang telah mengalami peperangan merasakan pemandangan kesengsaraan itu bukan dari dunia ini.
Perlembagaan keamanan artikel ke-9 yang berbunyi, “Tidak boleh memiliki tentera darat, laut, udara” sekiranya dijadikan undang-undang seluruh dunia, maka tiada lagi peperangan akan berlaku.