“Nasi kepal yang dicuri” (Peperangan yang hilang sifat kemanusiaan ) ~Demi keamanan, jalinkan hubungan baik dengan rakan, masyarakat, dan dunia~
"Nasi kepal yang dicuri" (Peperangan yang hilang sifat kemanusiaan )
~Demi keamanan, jalinkan hubungan baik dengan rakan, masyarakat, dan dunia~
Puan Michiko Uehara (30上原美智子)
Dilahirkan pada 5hb Ogos 1935
Pada masa itu berusia 9 tahun, pelajar sekolah awam
Penemuramah cucu: Puan Minami Kamiunten
○ Pada 23hb Mac sekitar 7 pagi, sebanyak 7-9 pesawat sasaran yang terbangparas rendah telah tiba. Cukup besar bunyinya, sehingga seolah-olah terkoyak gegendang telinga.
Penemuramah: Bagaimana keadaan nenek pada masa itu?
○ Ada satu lubang persembunyian yang besar bernama Amansou, saya melarikan diri ke situ.
Penemuramah: Adakah gelap di dalam lubang persembunyian itu?
○ Sangat gelap. Gelap dan baunya yang tak sedap. Ada lebih kurang 150 orang penduduk Oodo (dalam Itoman) yang duduk menunggu di situ. Saya rasa sangat takut.
Penemuramah: Bagaimana dengan makanan?
○ Hari itu kena keluar awal pagi, saya melarikan diri tanpa makan apa-apa. Anak kecil yang dikendong oleh nenek juga tidak disusukan.
Anak kecil itu mula menangis dengan suara yang kuat. Maka semua orang menjerit "musuh akan jumpa kita jika biarkan bayi itu menangis! bayi mana itu! jangan biarkannya menangis!".
Sampai saya pun mahu menangis sama. Saya belai bayi itu sambil berkata "budak baik, jangan nangis ya" tetapi dia tidak berhenti menangis, dan adik lelaki saya yang berumur 3 tahun pula ikut menangis.
Kemudian dari jauh datang ramai nenek yang kami kenali, dan berkata, "kamu semua, keluar dari sini". Mereka berkata begitu mungkin kerana jika bayi kami menangis, semua 150 orang yang berada di sini akan dijumpai oleh musuh dan semua akan mati.
Nenek kami cuba untuk meredakan tangisan dengan menutup mata dan mulut dengan sapu tangan yang dibawanya bagi memujuk bayi itu. Perang telah pun bermula, nak keluar pun takut, seboleh-bolehnya kami cuba bertahan di situ, tetapi akhirnya kami terpaksa akur dan keluar dari lubang persembunyian itu.
Penemuramah: Nenek, saudara-mara kita berapa ramai yang meninggal dunia?
○ Bapa saya ketika berusia 39 tahun, telah meninggal dunia dalam pasukan pertahanan. Saya juga tidak tahu di mana dia telah meninggal dunia. Tidak ada sekeping pun gambarnya. Bapa saya adalah sangat penyayang dan selalu mengusap-usap kepala saya.
Pada waktu bapa saya bertolak ke pasukan pertahanan, banyak makanan seperti lobak merah, ubi, sayuran jenis daun dan sebagainya telah dimasukkan dalam kereta kuda untuk berlepas.
Sebelum bertolak, kami anak-anak dikumpulkan dan ayah telah berkata, "Ayah akan pergi bekerja dalam pasukan pertahanan, kamu semua mesti dengar cakap ibu, jadilah anak yang baik" "Ayah akan pergi sekarang" kata ayah. Kepala saya diusap, sampai sekarang, wajah ayah yang penyayang masih terbayang..
Selain daripada ayah, adik-beradik ayah, bapa saudara saya seramai 4 orang yang menyertai pasukan tentera telah meninggal dunia. Begitu juga, nenek saya dan adik lelaki ibu saya bersama-sama isterinya juga turut terkorban.
○ Perang telah bermula, sekitar pertengahan April kami telah berjalan sehingga ke Yanbaru untuk melarikan diri. Pertempuran sengit berlaku di siang hari, jadi kami melarikan diri pada waktu malam.
Jalan ke Yanbaru dipenuhi dengan orang-orang yang melarikan diri. Ketika itu, saya yang masih di darjah tiga sambil menggendong beg sekolah dan menggantungkan beg kecemasan dan saya membuat perjalanan dengan membawa kira-kira 20 biji nasi kepal. Kami 8 beranak telah melarikan diri tetapi saya rasa nasi kepal itu sangat berat dan susah untuk berjalan. Ada makcik yang tidak dikenali menyapa "Kasihannya mari saya tolong bawakan". Saya merasa sangat bernasib baik dan tanpa berfikir panjang saya minta "Tolong saya." dan menyerahkan beg kepadanya, tiba-tiba orang itu menghilangkan diri dan nasi kepal yang cukup untuk 2,3 kali makan oleh keluarga saya telah dicuri. Sampai sekarang saya masih merasa geram dengan peristiwa itu.
Kami dapat teruskan juga untuk melarikan diri, dan mujurlah terselamat setelah menjadi tawanan di pergunungan Yanbaru.
Penemuramah: Adakah anda berkaki ayam ketika lari ke Yanbaru?
○ Ya sangat sakit berkaki ayam, kaki saya juga berdarah. Bukan itu sahaja kesusahan yang kami alami, pada siang hari saya terpaksa bersembunyi di dalam gua, dalam keadaan terdesak, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan diri.
Pada masa itu ibu saya telah tercedera, dan luka yang dialaminya sangat besar. Sementara itu adik lelaki saya telah meninggal di pergunungan Yanbaru. Saya berdua dengan kakak saya telah mengebumikannya. Kerana kematian adik, ibu telah menghidapi kemurungan selepas itu.
○ Dunia sekarang, saya mohon supaya anak-anak dan cucu-cucu, jadikan abad ke-21 ini aman, supaya dapat hidup dengan selamat. Jangan ulangi peperangan. Saya harap anak-anak dan cucu-cucu, serta orang-orang muda dapat hidup dengan harmoni.
Apa yang penting ialah berbuat baik sesama manusia. Jangan bergaduh di dalam kelas. Saya mahu anda berbaik-baik dengan rakan-rakan dan komuniti anda. Bagi saya, jika Jepun dan setiap negara di dunia menjalinkan hubungan baik di antara satu sama lain, pasti akan membawa keamanan.
○ Sebaik sahaja terjadi perang, nenek yang biasanya lemah-lembut akan berkata, "Keluar dari lubang persembunyian ini". Apabila terdesak seperti keadaan semasa peperangan, demi menyelamatkan nyawa sendiri, manusia akan kehilangan waras. Jadi, manusia akan hilang kemanusiaan. Ketika peperangan jika anda meminta pertolongan sekalipun, tidak ada orang akan menoleh. Walaupun kebiasaannya bersifat penyayang, apabila pertempuran berlaku, tidak ada sedikit pun yang akan tertinggal, itulah mesej yang ingin saya tegaskan.