Melarikan diri di kawasan pergunungan di Filipina

Puan Kiyo Miyazato (28宮里キヨ)
Dilahirkan pada November 1912 pada masa itu seorang suri rumah berusia 33 tahun
Kami menyeberang lautan ke sebuah pulau di Filipina untuk membuat penerokaan. Kami adalah peneroka Jepun yang paling awal di pulau itu.
Kami mengerjakan tanah dan berjaya menanam pokok hemp, tetapi belum pun sempat menuai hasil usaha, peperangan telah bermula. Apabila perang bermula, kami sekeluarga telah melarikan diri ke kawasan pergunungan. Sebaik sahaja masuk ke dalam hutan di pergunungan itu pasti akan hilang arah. Oleh itu, sebagai persediaan, kami buatkan tanda pada pokok-pokok besar. Kami menggunakan tanda itu untuk terus masuk ke bahagian dalam pergunungan dan menghilangkan diri. Kalau tidak silap saya, tanda ini telah dicipta oleh kakitangan kerajaan.
Kami gunakan akar pokok yang besar dan menyeliputi daun hemp dari atas sebaagai dijadikan ruang berteduh.
Kami dapat tahu bahawa tentera musuh sudah semakin hampir dan kami masuk lebih dalam lagi ke kawasan pergunungan. Ada sebatang sungai yang mengalir di kawasan lembah dan kami nampak orang yang dihanyutkan arus di sungai itu tetapi tidak dapat menolongnya. Jika ada sungai yang besar, berkemungkin besar ada tali yang dipasang oleh tentera Jepun untuk menyeberang. Kami menggunakan tali itu, untuk melintas ke seberang sana. Kami telah menyeberangi banyak sungai dan berpindah dari gunung ke gunung untuk melarikan diri.
Di kawasan pergunungan, kami memilih rumput yang terdapat di situ serta boleh dimakan kemudian kami makan rumput itu sambil mengulum garam. Tentera Jepun juga tidak mempunyai makanan dan mereka meminta, "Tiada apa-apa yang boleh dimakan" kepada penduduk Filipina. Makanan tiada tetapi musuh pula semakin dekat. Dalam keadaan begitu, datang dua orang tentera Jepun. Pada masa itu, kami rasakan tentera Jepun lebih menakutkan daripada tentera musuh. Tentera Jepun itu, adakalanya mengacukan senjata dan merampas bahan-bahan makanan. Tentera Jepun juga tidak ada makanan, tetapi mungkin mereka terpaksa melakukannya. Kami juga melihat tentera Jepun seperti mereka, yang kehilangan nyawa dan terlentang di tepi sungai. Mungkin, kerana kebuluran.
Di kawasan pergunungan, kami terserempak dengan rakan sekerja kami. Dia sudah begitu lelah, dan sambil duduk berehat di situ, dia kata kepada kami, jalanlah dahulu. Mungkin, saya rasa rakan saya itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Saya tidak dapat menolong orang lain, dan hanya mampu membawa diri sendiri.
Ada pengumuman yang tersebar luas meminta supaya menyerah diri kerana tentera Jepun telah kalah, dan tidak perlu lagi bersembunyi. Jadi, kami keluar dengan gembira. Kemudiannya, ramai orang Jepun yang dikurung di Tamogan, telah dihantar pulang.
Di pusat tahanan, kerana kekurangan zat, saya telah kehilangan anak perempuan saya. Orang lain juga, ramai yang mati di pusat tahanan itu.