Ketika meninggalkan Manchuria…
"Ketika meninggalkan Manchuria..."
Nama : Encik Shoei Sunagawa (12砂川昌栄)
Tarikh Lahir : 1hb Februari 1924
Pada masa itu : Pasukan sukarelawan belia perintis Manchuria berumur 18 tahun
Satu skuadron dibahagikan menjadi tujuh platun. Setiap platun pula diperuntukan sebuah rumah. Ia dijadikan sebagai pusat latihan kecil untuk menjalankan latihan dalam tempoh hanya satu tahun. Kemudian, kami ditempatkan di sebuah pusat latihan besar di Boli, dan kami tinggal di situ sehingga tempoh latihan pasukan sukarelawan selama tiga tahun itu tamat.
Setelah selesai latihan tentera sukarelawan selama tiga tahun itu, kami menyertai pasukan perintis. Pasukan perintis adalah pasukan yang boleh disertai selepas tamat latihan tiga tahun, dan dibahagikan kepada tentera sukarelawan atau pasukan perintis umum. Bagi pasukan perintis umum, mereka akan membawa anak isteri bersama dan membentuk sebuah kumpulan pendatang yang bebas menjalankan aktiviti pasukan perintis. Kami pula tidak seperti itu. Sebagai tentera sukarelawan yang berumur 15 sehingga 18 tahun, kami telah mencapai usia dewasa sebaik sahaja tamat latihan selama tiga tahun itu. Pada masa itu, usia kami sudah layak untuk menyertai pasukan perintis. Begitulah caranya, seorang tentera sukarelawan menyertai pasukan perintis.
Setelah perang tamat, perlucutan senjata dijalankan pada 15 haribulan dan kami telah dihantar pulang pada 16 haribulan. Kami semua kembali ke pasukan perintis yang saya sertai dulu. Ketika kami sampai, askar Kesatuan Soviet telah mengambil-alih kuasa. Tanpa banyak soal, kami dikumpul dan dipenjarakan di satu tempat. Tidak lama selepas kami ditahan, kami dimasukkan ke gerabak kontena. Bukan hanya orang-orang di pusat tahanan ini, orang-orang dari pusat tahanan yang lain juga disumbatkan ke dalam gerabak kontena. Kami tidak tahu lokasi kami ketika itu. Pintu gerabak sentiasa ditutup rapat. Di tengah perjalanan, keretapi akan berhenti dan kami dibenarkan turun untuk buang air. Hanya lebih kurang 5 minit. Selain berehat untuk buang air, kami tidak dapat melihat keadaan di luar. Akhirnya kami sampai ke satu tempat bernama Heilongjiang, iaitu satu kawasan paling utara di Manchuria. Ketika itu bulan September, pada awal bulan September, kawasan itu sangat sejuk kerana ia berdekatan dengan Rusia.
Keadaan di Heilongjiang, tidak seperti di Harbin dan Xingjing, rumah besar yang asalnya kepunyaan orang Jepun telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kawasan untuk membantu pelarian perang. Seramai 20 orang akan tinggal di setiap sebuah rumah. Walapun bekalan makanan diberikan, ianya tidak cukup. Jadi, kekurangan zat makanan dan jangkitan tifus telah menyebabkan ramai orang mati di sana sini. Tiada apa yang dapat dilakukan. Kerana kami adalah rakyat negara yang telah kalah dalam peperangan.
Walaupun menerima bantuan daripada pusat persatuan orang pendatang, masih ramai orang yang mati. Kebanyakan mereka dijangkiti tifus dan kekurangan zat makanan. Kawasan kami terletak di tengah-tengah Mukden, dan terdapat sebuah kuil di situ. Di halaman kuil itu pula, terdapat sebuah gua yang dalam. Kesemua mayat telah dikuburkan di dalam gua itu. Ataupun lebih tepat lagi mayat-mayat itu telah dibuang di situ. Apabila masuk bulan 3 atau 4, salji dan ais mula cair, dan mayat-mayat mula mereput. Jadi, anak-anak muda dikumpulkan dan diarahkan, "Di sini, terdapat beribu-ribu mayat, semua mayat-mayat ini, perlu dibawa keluar dari bandar ini". Kalau bukan orang-orang muda seperti kami, mungkin tidak larat mengalihkan mayat-mayat tersebut. Jadi, setiap hari, kami memasuki gua, mengikat mayat dengan tali dan menarik mayat-mayat itu keluar, kemudian kami letakkan kira-kira 50 mayat di atas kereta kuda, mengikat semula mayat tersebut dengan tali, dan kemudian mengalihkan kesemuanya ke luar kawasan Mukden dengan bantuan kuda. Kami tinggalkan kesemuanya di tempat terpencil di luar kawasan Mukden.