Takut disyaki sebagai pengintip
Takut disyaki sebagai pengintip
Nama : Encik Kenji Takara (11高良健二)
Umur pada masa itu : 14 tahun
Jawatan pada masa itu : Sekolah Menengah Wilayah Kedua (tentera pelatih lelaki)
[Disyaki terlibat dalam aktiviti pengintipan]
Pada masa itu, saya di tahun satu sekolah menengah, yang seorang lagi itu di tahun dua sebuah sekolah menengah di kawasan yang sama, seorang pula pelajar tahun tiga di Sekolah Teknik Okinawa, dan ada seorang lagi yang berasal dari tanah besar yang juga pelajar tahun tiga Sekolah Teknik Okinawa, keluarganya dipindahkan ke tanah besar, tetapi dia tinggal di Okinawa sehingga tamat pengajian tahun tiga.
Ketika itu satu malam yang bulan terang. Kami berempat, sedang bermain harmonika di hadapan pintu gerbang sebuah rumah. Pelajar pada masa itu, terpengaruh dengan pendidikan militarisme, dan harmonika juga ditiup seumpama ketika latihan tentera. Kami hanya diajarkan lagu-lagu tentera, dan sesiapa pun akan menyanyikan lagu tentera. Pada ketika itu juga, kami menyanyikan lagu tentera, dan salah seorang daripada kami pula bermain harmonika. Tiba-tiba, tentera Jepun datang dari belakang dan mengarahkan kami, "kamu semua berkumpul di halaman rumah". Kami dikepung oleh dua, tiga barisan, dan diacukan dengan bayonet yang berkilauan. Ketua pasukan itu berkata kepada saya, "kami datang ke sini kerana ahli pasukan kami yang ditempatkan berdekatan belakang rumah ini terdengar suara orang mengadu-adu(berbisik-bisik), dan terdengar pula orang menyanyikan lagu tentera supaya tidak kedengaran isi perbualan. Dia berkata pengintip berada di rumah ini."
Tanpa berlengah-lengah saya menerangkan bahawa, “sebenarnya kamilah yang bermain harmonika dan menyanyikan lagu-lagu tadi" dan kami menunjukkan semula bagaimana kami lakukannya, dan akhirnya salah faham itu dapat diselesaikan.
[Masih belum hilang perasaan takut kepada perang]
Perang akan mengakibatkan psikologi yang tidak normal. Saya dapat merasakan bahawa keadaan bertambah teruk dengan peperangan, keadaan pemikiran ketika itu tidak normal, tidak kira sahabat atau siapa, dengan mudah akan membunuh antara satu sama lain. Kejadian seperti itu boleh dilihat dalam pelbagai situasi. Walaupun sesama ibubapa dan anak, apabila peluru dilepaskan, sanggup pula anak dijadikan pelindung untuk melindungi dirinya sendiri, inilah naluri semulajadi manusia untuk meneruskan hidup. Peperangan berlaku dalam keadaan kehilangan akal, atau keadaan psikologi yang tidak normal. Saling bunuh-membunuh, kamu yang mati ke, atau lawan kamu mati. Dalam mimpi, sampai kini pun saya melihat peperangan. Sudah bertahun-tahun, tetapi perasaan itu tidak pernah hilang.
[Zaman pelajar yang berdasarkan pendidikan militarisme]
Semasa mendaftar ke sekolah tinggi, terdapat ujian lisan. Soalan yang ditanya dalam ujian itu, "Apakah yang anda ingin buat selepas tamat pengajian?", semua orang pada masa itu akan menjawab, “Masuk Maktab Tentera Darat ataupun Akademi Tentera Laut dan sebagainya”, dengan suara yang kuat seperti seorang tentera. Sekolah itu akan bersaing dengan sekolah menengah yang lain, dengan memaparkan keputusan jumlah pelajar lepasan sekolah itu yang lulus ke tentera darat dan tentera laut. Begitulah zaman pelajar, zaman remaja kami.
[Kepada golongan muda]
Okinawa adalah di antara kawasan dalam Jepun yang mengalami peperangan darat, kami tahu perkara yang berlaku ketika peperangan. Jadi, berlandaskan sejarah Okinawa, saya berpendapat bahawa adalah wajib untuk penduduk Okinawa untuk berkempen mengenai keamanan ke seluruh dunia,. Saya juga berasa kita patut menerapkan dalam pemikiran bahawa peperangan tidak sepatutnya berlaku lagi.
Golongan muda harus menghargai keamanan, dan memahami tentang peperangan, belajarlah melalui bahan-bahan dan rekod-rekod yang ada, jalinlah hubungan baik dengan negara-negara lain, dan teguhkanlah keazaman, "Jangan izinkan perang sama sekali".