Terselamat daripada rancangan bunuh diri secara berkumpulan

Nama : Encik Shigeaki Kinjo (10金城重明)
Tempat lahir : Pulau Tokashiki
Pada masa itu : Sekolah Kebangsaan Aliran Pengajian Tinggi (berumur 13 tahun - 16 tahun)
Bunyi letupan dan jeritan kedengaran dari semua arah.
Walaupun begitu, hakikatnya, bilangan mangsa yang mati bunuh diri beramai-ramai adalah terhad, tetapi sebaliknya, apa yang telah berlaku selepas bencana itu adalah lebih dahsyat.
Mangsa bunuh diri secara berkumpulan adalah tidak ramai, tetapi selepas itu situasi berubah menjadi huru-hara. Dan tidak dapat dikawal lagi.
Pada masa itu, berdekatan dengan saya, terdapat sebuah mortar yang telah meletus. Akibat itu, saya tidak sedarkan diri.
Saya berfikir, "Eh, adakah saya sudah mati?" sambil mencubit sebahagian tubuh saya dan saya masih terasa sakit, "Oh, jadi saya masih hidup?".
Tetapi, tiada apa yang dapat dilakukan, saya hanya mengarahkan pandangan ke depan.
Sejurus kemudian, pemandangan yang dahsyat, melintas di depan mata saya.
Saya melihat salah seorang lelaki pertengahan umur yang merupakan pemimpin di kampung ini sedang mematah-matahkan pokok sebatang pokok kecil.
Saya tertanya-tanya "Pakcik ini, apa dia ingin buat?", dan sebaik sahaja sebatang kayu yang patah berjaya digenggam olehnya, dia mula membunuh isteri dan anak-anaknya.
Ah, ia sangat mengejutkan.
Tetapi, saya sudah dapat jangkakan apa yang akan berlaku.
Caranya pun saya tidak tahu. Cuma caranya yang saya tidak tahu.
"Adakah saya juga, perlu membunuh darah daging sendiri seperti itu?" fikir saya.
Saya dapat rasakan sama dengan apa yang tersirat di hatinya. Satu tanggapan bahawa telah bermulanya pembunuhan di antara darah daging sendiri.
Ibu bapa membunuh anak, suami membunuh isteri, adik-beradik lelaki membunuh adik beradik perempuan.
Kaedah ini, kalau nak sebut pun sudah rasa mengerikan. Jerut leher dengan tali kemudian menggunakan senjata tajam, seperti sabit, pisau cukur, dan lain-lain, untuk memotong urat leher atau pergelangan tangan. Ataupun memukul kepala dengan batang kayu atau batu. Pelbagai cara yang digunakan.
Tanpa arahan atau nasihat sesiapa, ramai orang melakukan perkara ini terhadap keluarga sendiri dan biasanya menjadi tugas si bapa.
Bagi mereka yang bapanya menyertai tentera dan telah pergi ke luar negara, datuk pula yang akan mengambil-alih tugas itu.
Dalam keluarga bapa saudara saya, hanya anak perempuan sulung telah terselamat. Datuk saya telah bunuh yang lainnya.
Bagi kes kami pula, kami adalah anak muda dan panas baran dan kaum lelaki pula hanya tinggal abang dan saya. Saya berusia 16 tahun 1 bulan dan abang saya pula lebih tua 2 tahun dari saya.
Orang pertama yang kami bunuh adalah ibu yang melahirkan kami. Kerana keadaan menjadi huru-hara, dan tanpa ragu-ragu, orang yang terpenting kepada kami atau orang yang paling dekat dengan kami yang akan mati dahulu.
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk melakukannya. Sebagai contoh, jerut leher dengan tali. Akhirnya, kami pukul kepalanya dengan batu.
Pada ketika itu, kali pertama dalam hidup saya, pada usia 16 tahun, ketika zaman belia yang sensitif, saya merasa begitu sayu sehingga saya menangis meraung-raung. Sudah tentu, ibu saya juga menangis.
Selepas itu, kami juga telah menyebabkan adik lelaki dan adik perempuan kami untuk meninggalkan kami.
Selepas beberapa jam kemudian, kedengaran jeritan di sana sini.
Mayat 329 orang membentuk satu timbunan, darah yang tertumpah menjadikan anak sungai yang mengalir di bawah mereka bertukar warna menjadi merah.
Seterusnya, "Mengapa kamu berdua, kamu masih boleh meneruskan hidup?".
Saya tidak pasti berapa jam berlalu, apabila kami berdua dengan abang, sedang berbincang tentang giliran untuk mati, tiba-tiba datang seorang pemuda, dan mengajak, "Daripada mati dengan cara begini di sini, apa kata kita pergi menyerang musuh dan mati di sana".
Tetapi, kami telah membunuh darah daging kami sendiri kerana kami takutkan tentera AS, dan kami memerlukan kecekalan untuk mengambil keputusan menyerang tentera AS yang zalim itu. kerana takutkan tentera AS yang zalim itulah kita membunuh darah daging sendiri, dan memang perlukan kecekalan untuk membuat keputusan menyerang tentera AS yang zalim itu. Tetapi, kami terfikir yang kami adalah orang terakhir yang masih hidup di pulau itu. Kami pendamkan perasaan sedih-pilu, dan menggenggam batang kayu yang telah patah. Dengan jelas, itu adalah tindakan yang meluru.
Namun, perasaan, "Syukur kerana dapat meneruskan hidup" tidak wujud sama sekali, sebaliknya cuma tinggal perasaan "Perang pasti akan berlarutan", dan "Peluang untuk mati akan datang lagi". “Untuk mati pada peluang seterusnya”, walaupun ini agak aneh, kalimat itu merupakan pemberi harapan dan amanah untuk meneruskan perjalanan, walaupun dalam masa yang singkat. Itulah perasaan saya ketika itu. Tetapi dalam hati saya, “Hilanglah peluang untuk mati sekali lagi". Itulah perasaan sebenar saya ketika itu.