Pesanan terakhir dari ayah, baliklah ke Okinawa walau apapun terjadi ~ Dukung anak saudara yang berumur 3 tahun sambil melarikan diri dari medan perang~
Pesanan terakhir dari ayah, baliklah ke Okinawa walau apapun terjadi
~ Dukung anak saudara yang berumur 3 tahun sambil melarikan diri dari medan perang~
Nama Saksi : Puan Chiyoko Yokota (03横田チヨ子)
Tarikh Lahir : 8hb Mei 1929
Tempat Lahir : Saipan
Umur pada waktu itu : 16 tahun
■ Perubahan emosi sebelum Saipan terlibat dalam pertempuran
Pada waktu itu, kami cuba berjimat dengan apa yang ada kerana segala yang ada memang terhad. Semua orang hanya memikirkan kemenangan di medan perang. Kerana pada waktu itu, walaupun di sekolah, kami telah dididik mengenai kemenangan di medan perang. Ketika itu, kami tidak merasa terdesak atau takut terhadap peperangan.
Semenjak mengalami serangan udara pertama, dan pada 13 haribulan dandiancam oleh serangan tembakan tentera laut, barulah saya sedar bahawa peperangan telah merebak ke Saipan. Tetapi saya menganggap bahawa kami tidak akan kalah, malah yakin yang kami akan memenangi peperangan itu. Oleh itu, saya tidak merasa bimbang.
■ Ketika serangan udara
Ketika melihat keadaan pulau yang diserang tembakan meriam dari kapal dan sebagainya. Kepulan asap menyelubungi keseluruhan pulau dari bahagian selatan ke utara dan semuanya habis terbakar. Kapal-kapal perang hitam berselerakan di laut dari jauh juga boleh dilihat. Saya yakin yang kapal-kapal perang itu kepunyaan tentera Jepun. Tetapi askar berkata, "Bahaya jika kamu berada di sini, carilah perlindungan di kubu perlindungan serangan udara".
Dalam perjalanan menuju ke kubu perlindungan, kelihatan ramai yang mencari perlindungan. Sungguhpun tembakan meriam bertalu-talu dari kapal melintasi ruang udara, saya menyela melalui celah-celah orang ramai untuk pulang ke rumah orang tua saya. Perjalanan itu amat sukar. Kedengaran bunyi peluru meriam dilancarkan dan bunyi peluru yang meletup. Saya terasa loya melihat seorang yang terpenggal kepalanya akibat serpihan peluru yang meletup; dia masih sempat berjalan 2, 3 langkah sebelum tumbang.
Setelah sampai di Banaderu, abang saya berkata, "Lepas ini, sudah tidak ada harapan untuk melarikan diri, tidak tahu siapa yang akan mati dulu, usaha untuk selamatkan diri dan kamu mesti bertahan sehingga tentera Jepun sampai".
■ Keadaan ketika tercedera
"Ketika berada di tepi jalan, sayalah orang yang pertama diserang peluru di kaki. Dengan itu, saya membuat keputusan untuk bersembunyi di dalam hutan kerana matahari sudah mula terbit. Kelihatan sebatang jalan di celah-celah pokok di dalam hutan tersebut. Saya mula menyusur jalan itu. Hampir kesemua hutan di Saipan diliputi pokok pandan “Agan”. Kaki kanan saya cedera terkena serpihan peluru ketika berada di celah-celah pokok itu. Ketika itu, hari sudah menjelang malam, saya cuba untuk meneruskan perjalanan, tetapi badan saya membakar dan kesakitan, seolah-olah racun dari tempat luka itu telah merebak ke seluruh badan. Saya berkata, "Saya tidak boleh bergerak apa lagi berjalan dalam keadaan begini." Bapa saya pula menjawab, "Keluarga harus bersatu. Kami tidak akan pergi dan tinggalkan kau seorang diri.". Kerana itulah saya dapat berada di sini sekarang. Peristiwa ini berlaku ketika musuh sedang mendekati kami dan semua orang sedang bersiap untuk melarikan diri.
Semasa kami sekeluarga bersembunyi di bawah sepohon pokok yang besar, sebuah pesawat mendekati kami dan berputar di sekeliling pokok tadi. Kedengaran bunyi peluru senjata mesingan terkena tanah. Ketika itu, saya menunduk begini, tetapi peluru mesingan itu menusuk lengan kiri saya. Pesawat itu membelok lagi untuk menandakan yang ia akan kembali ke kapal induk. Tiga tembakan terakhir ditujukan tepat ke arah kami. Abang saya maut serta-merta setelah terkena sepihan peluru tersebut. Dia menerima kecederaan di dada. Abang saya merangkak dan dia berada di sebelah saya ketika itu. Ketika saya memeriksa abang saya, darah mengalir deras daripada dadanya, suara pun tiada. Seperti itu. Dia terkorban. Saya memanggil bapa dan adik-beradik saya yang berlindung di bawah pohon pandan yang lain, "Abang sudah tiada, semua datanglah sini". Rupanya, mereka juga terkena serangan tembakan. Ibu saya cedera di dahi dan bahagian tangan. Bapa saya pula cedera teruk di lengan. Serpihan peluru tersisip di pinggang kakak ipar saya. Adik lelaki saya pula cedera di sebelah kaki.
Akhirnya, saya, kakak ipar dan anak-anaknya, bapa dan ibu saya yang sampai ke pinggir pantai dan bersembunyi di bawah pohon pandan. Di situ, ketika matahari mula terbit, bapa saya mengalihkan ibu saya yang cedera parah ke tempat lain, kemungkinan dia merancang untuk membunuh diri. Walaupun saya telah membersihkan lengannya yang tercedera, dia meminta saya untuk memotong lengan itu kerana sudah tidak berguna. Dia tahu saya memiliki sebilah pisau cukur. Sebab itulah dia meminta saya untuk memotong lengannya, tetapi saya menjawab yang saya tak sampai hati untuk melakukannya. Bapa saya pun marah "Apa gunanya kamu bekerja di hospital?". Kebetulan, konstabel Yamada yang berada di pos kawalan kami berada di situ. Saya memanggil dia dan merayu agar beliau memotong lengan bapa saya. akhirnya, konstabel Yamada memotong lengan bapa saya dan saya yang duduk bersebelahan berlumuran darah bapa. Diimbas kembali, tulang lengan bapa saya telah hancur dan hanya tertinggal urat-urat sahaja sebagai penyambung. Saya terkejut dengan jumlah darah yang mengalir dalam badan manusia. Begitulah banyaknya darah yang mengalir dari badan bapa. Dalam pada itu bapa saya meninggalkan kata-kata terakhirnya, “Walau apa yang terjadi, teruskan hidup dan baliklah ke Okinawa. Jangan mati. Kita pasti akan menang dalam pertempuran ini". Bunyi letupan dari kapal terbang bergema lagi, bunyi yang kuat itu menyebabkan suara bapa saya terputus-putus. Ketika saya mendengar kata-kata terakhir bapa saya sambil melihat ke arah kapal terbang, "Belajarlah bersungguh-sungguh. Suatu hari nanti pasti kamu juga dapat naik kapal terbang macam itu” pesan bapa saya lagi.
■ Tindakan saya selepas kematian bapa
Saya sangat risau jikalau anak saudara perempuan yang berusia 3 tahun itu menangis. Sejak abang saya meninggal, cuma saya yang mendukung anak ini ketika melarikan diri. Ketika saya membelai anak itu, kakak ipar dipanggil oleh bapa saya. Dia berpesan agar tidak membiarkan anak dia menangis. Ketika itu, bapa saya meninggalkan berbagai-bagai pesanan terakhir kepada dia. Tidak lama kemudian saya pula dipanggil oleh bapa dan kami bergilir.
Anak itu diambil oleh kakak ipar saya. Apabila saya pergi mendekati bapa, dalam perbualan kami, bapa saya berkata, “Kalau kita bawa sekali anak perempuan itu, mungkin tangisannya akan membahayakan nyawa kita, tinggalkan saja dia di sini. Banyak askar berkeliaran di sini sana. Kalau hendak lari, tinggalkan saja budak itu. Tinggalkan dia, biar aku yang jaga. Kamu berdua mesti pulang ke Okinawa,walau apa jua yang berlaku. Lambat-laun kamu pasti dapat berjumpa dengan ibu dan adik kamu.”katanya sewaktu menghembuskan nafas terakhir.
Kedengaran rungutan bermacam-macam di sana sini, “Bunuh saja, kalau budak itu menangis..”. Rupanya ada juga orang lain yang membawa anak kecil, ada di merata tempat.
Kerana itu jugalah, anak saudara saya terpaksa menjadi korban.
Bila ditanya, "Oh, mengapa kakak ambil nyawa seorang kanak-kanak", dia jawab, "Kerana disuruh oleh bapa mertua untuk buat begitu". Mungkin kerana anak itu menangis, atau apa pun saya tidak tahu. Akhirnya sama juga, dia tetap dibunuh.
Selama ini saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa bahawa saya pernah menjaga anak kakak ipar saya. Tetapi kakak ipar saya sudah meninggal, dan orang di sekeliling saya tidak pernah mengalami pengalaman sebegitu. Saya harus ceritakan perkara ini sekarang. Anda semua pasti tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku, walau diterangkan dengan apa jua cara. Orang yang tidak mengalami situasi tersebut tidak akan faham. Kengerian perang. Kerana itulah saya bertegas bahawa peperangan tidak seharusnya berlaku.
■ Bunuh diri secara beramai-ramai di Saipan
Macam mana hendak digambarkan, jeritan "Bunuh, bunuh!". Saya terdengar orang memekik, "Kalau tak sanggup bunuh, kami akan bunuh dengan cara lain". Akhirnya, ibu bapa yang tidak sanggup darah dagingnya dibunuh oleh orang lain dan terpaksa melakukannya sendiri. Ada yang menghumban keluarganya dari tebing, kemudian, dia sendiri juga merancang ikut terjun, tetapi tidak terjadi.
Ada orang bertekad untuk terjun ke laut di awal pagi bersama ibu dan adiknya, tetapi setelah ibu dan adiknya terjun, dia pula tidak sanggup mengikut. Orang itu masih hidup sehingga sekarang. Dia dan saya bersama-sama menghadiri acara peringatan perang di Saipan. Ada juga orang yang dihumban ke laut oleh entah sesiapa, tetapi terjatuh di atas mayat, dan diselamatkan oleh tentera Amerika. Kebanyakannya cuba lari dari kereta kebal dan sebagainya, takut apabila terdengar bunyi bising orang asing yang datang semakin mendekati. Kerana tentera Amerika lebih menakutkan daripada mati mereka tidak teragak-agak untuk membunuh diri.
Semua orang berlumba-lumba untuk melompat dari tebing. Perlumbaan yang mudah, hanya perlu melompat dari tebing tinggi. Kerana itulah ramai yang membunuh diri atau membunuh ahli keluarga sendiri. Anggaran saya, terlalu ramai orang yang membunuh ahli keluarga, anak-anak, adik-beradik sendiri. Tiada sesiapa yang berani mengungkitkan hal ini.…
Setelah bapa saya meninggal dunia, saya mendekati tebing laut. "Kakak, cuma tinggal kami berdua sahaja. Kalau nak balik ke Okinawa pun, bagaimana nak balik. Tidak ada cara untuk balik. Kakak, marilah. Saya rela yang kami lemas di dasar laut.” kata saya sambil merempuh masuk laut. Oleh sebab kakak lebih rendah daripada saya, saya mendahului kakak. Setelah melangkah ke dalam laut, saya terus dirempuh ombak. Apabila dirempuh ombak, saya terminum air laut, air laut yang masin. Air garam. Memang sengsara. Sebab kami mahu menamatkan riwayat diri, kami merempuh masuk laut, tetapi sebab terlalu perit juga, kami tidak dapat teruskan. Lama-kelamaan, kakak berkata “Marilah cuba di situ, lebih dalam. Cuba di sini pula”. Kami berbincang sambil mencari tempat yang sesuai. Kalau diimbas kembali, memang tidak masuk akal. Tetapi, ketika itu kami memang bersungguh-sungguh. Sambil berjalan saya berkata, “Penatlah kakak. Langit pun sudah semakin cerah, kalau pesawat Amerika datang habislah kita. Lebih baik kita kembali ke darat, cari air, minum dulu baru mati”. Sebab itu saya masih hidup lagi sehingga sekarang.