Pulang dari Saipan
En. Masao Arime
Tarikh Lahir:1931
Tempat Lahir:Saipan
Kehidupan di Pulau Saipan
Pada 6 Ogos tahun 1931, saya telah dilahirkan semasa Pulau Saipan dalam jajahan Jepun. Waktu itu keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu dan adik beradik pula saya sebagai anak lelaki sulung, anak perempuan kedua dan ketiga seterusnya yang keempat hingga keenam perempuan dan akhir sekali anak lelaki. Bapa pula melakukan kerja pertanian. Beliau dilantik menjadi ketua untuk organisasi petani. Ketua organisasi tersebut juga perlu menjalankan tugas sebagai ketua pertahanan awam tempatan. Disebabkan itu beliau memainkan peranan sebagai penyampai arahan pihak tentera.
Sekolah Kebangsaan Chacha yang saya pergi tidak boleh membina kuil Maharaja. Tempat yang tiada kuil Maharaja, akan diletakkan dalam altar di bilik pengetua
potret Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Maharani bersama Titah Pendidikan Rasmi Diraja. Semasa terdapat upacara untuk tiga cuti besar kebangsaan, guru kanan akan membawa kotak berisi Titah Pendidikan Rasmi Diraja dengan penuh hormat. Para pelajar akan menundukkan kepala dan tidak dibenarkan mengangkat muka. Pelajar tidak boleh bergerak mendengar guru membaca Titah Pendidikan Rasmi Diraja. Begitulah keadaan ketika era itu. Pelajar yang naik darjah enam atau tahun pertama sekolah menenga mempunyai kelas belajar membaling kayu pendek. Kami melontar batang kayu sepanjang 30 sentimeter seperti bom tangan sebagai salah satu latihan ketenteraan. Selain itu mengusung beg jerami juga menjadi satu acara dalam pertandingan hari sukan. Kami juga mempunyai ujian mengenai perkara ini sebanyak beberapa kali. Selepas itu kami juga menjalani latihan menusuk buluh. Patung jerami yang ditulis nama pemimpin Amerika dan Britain akan ditusuk sebagai latihan. Terdapat juga latihan merangkap seperti tentera, Kami menjalani latihan ketenteraan waktu itu dengan bersungguh-sungguh.
Keadaan Ketika Serangan Udara di Pulau Saipan
Pada Februari 1944 terjadinya serangan di Pulau Saipan. Pada mulanya saya ingatkan latihan ketenteraan pihak Jepun. Pesawat pejuang Grumman tentera A. S. itu saya sangkakan pesawat tentera Jepun. “Latihan hari ini sangat menakjubkan seperti betul-betul” fikir saya apabila melihatnya. Siren amaran serangan udara pun berbunyi. Serangan pada hari itu membuatkan sebuah bandar bernama Garapan musnah terbakar. Lebih kurang empat bulan selepas serangan udara barulah tentera A.S. datang mendarat. Peperangan semakin serius sejak dari itu dan kami pula diambang kekalahan. Walaupun begitu tentera Jepun masih teguh mengatakan mereka akan menang peperangan ini.
Ayah sebagai ketua pertahanan awam mesti memakai seragam tentera setiap kali keluar. Dia tidak boleh melindungi keluarga sendiri sahaja. Kemudian ayah memberi arahan kepada keluarga di bawah kuil berdekatan terdapat gua yang dikhaskan sebagai tempat perlindungan orang berdekatan. Kami diminta lari ke sana olehnya. Saya meletak barang ke dalam kereta lembu, Barang yang penting pula akan disumbat ke dalam tempat perlindungan di hadapan rumah. Menarik kereta lembu pula menjadi tugas anak lelaki sulung iaitu saya. Ibu akan membimbing kami untuk melarikan diri. Setelah peperangan benar-benar bermula, kami menerima arahan untuk meninggalkan Chacha. Pada waktu itu ayah telah dilepaskan dari tugas sebagai Ayah bergerak bersama-sama kami ahli keluarganya. Pada waktu itu ayah membawa dua butir bom tangan. Salah satu daripadanya telah dilontarkan kepada musuh. Sebutir lagi bertujuan mengambil nyawa sendiri. Beliau turut membawa tiga batang dinamit yang tidak pernah dipisahkan dari badannya. Itulah kebiasaan ketika perang.
Tebing Banzai
Di Pulau Banzai terdapat tanjung yang dipanggil Tebing Banzai. Ketika itu kami diajar
“Sesiapa yang ditawan musuh merupakan perbuatan yang memalukan” “Banzai (Panjang umur) kepada Maharaja” laung mereka dan ramai yang terjun sendiri ke dalam laut di situ untuk menamatkan hidup. Namun sesiapa yang terjun semasa air pasang dan jatuh ke dalam laut tidak mati. Orang yang pergi ke sekolah perempuan
atau sekolah vokasional pula dilatih berenang jarak jauh merentas laut. Jadi mereka tidak mudah mati. Bagi keluarga yang mengikat bersama seluruh ahli keluarganya yang terjun tidak dapat lari kerana badan masing-masing telah diikat, jadi seluruh ahli keluarganya akan mati. Ada juga situasi ayahnya akan menghumban seorang
demi seorang ke dalam laut. Orang yang boleh berenang tidak akan mati. Saya pernah melihat tiga orang, pelajar senior sekolah kebangsaan, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah perempuan yang tidak mati dan berjaya naik semula ke pantai.
Pada waktu itu askar dan kereta kebal tentera A. S. telah berada sangat hampir dengan kami. Dalam keadaan itu kami telah diserang bertubi-tubi. Apabila pesisir laut diserang kami lari ke berdekatan gunung, apabila gunung diserang kami lari ke pesisir pantai. Perkara itu berulang dan saya pula tidak ingat ke mana dan bagaimana melarikan diri. Ayah saya menjadi ketua bagi kumpulan yang lari bersama kami, ayah berkata bila-bila akan berlaku sesuatu sedialah untuk bunuh diri, Tetapi adik perempuan saya pula enggan dan berkata “Saya takut untuk mati”. Ibu berkata “Kalau ada budak-budak tidak mahu mati, kita tidak boleh memaksanya membunuh diri. Selepas semua anak telah mati barulah saya akan mati.” katanya lagi. Oleh itu kami berjaya mengelak dari bunuh diri beberapa kali. Pada satu hari ayah berjalan paling belakang dalam kumpulan pelarian, dia memberitahu ada perkara untuk dilakukan sekejap lalu berpisah dari kami. Sejak itu ayah tidak kembali lagi. Sebagai ketua setiap hari dia mengingatkan semua orang untuk bunuh diri, tetapi anak-anaknya sendiri pula enggan untuk mati membunuh diri, dia juga tidak boleh memaksa menyebabkan konflik dalam dirinya yang dahsyat fikir saya.
Ditangkap Berdekatan Pantai
Kami lari menyorok ke dalam hutan berdekatan Tebing Banzai. Situlah lokasi persembunyian kami yang terakhir. Kerana tentera musuh berada berdekatan kami tidak dapat keluar merentasi laut. Akhirnya kami membuat keputusan untuk keluar dan pergi ke rumah berdekatan. “Kami akan mengambil nyawa sendiri selepas minum banyak air” kata kami sebelum keluar. Di rumah itu terdapat minuman jus daripada buah durian belanda. Baru sahaja kami hendak berehat, sekeliling kami telah dikepung tentera A. S. dan kami semua ditangkap. Tentera A. S. kelihatan berbeza dari apa yang kami dengar selama ini. Kerana adik lelaki saya telah luka, tentera Jepun terus membalut adik dengan selimut dan menyapu antiseptik dan merawatnya. Dalam keluarga saya hanya dua orang yang tidak cedera. Perut saya melecur akibat terkena serpihan meriam. Adik lelaki saya pula meninggal akibat tetanus di kem tawanan setelah terkena serpihan peluru yang tembus pada lututnya semasa menyembunyikan diri.
Kumpulan tawanan kami dipanggil Kumpulan 13. semua sekali terdapat kumpulan 1 hingga kumpulan 15. Ini bermakna kami antara yang terakhir tertangkap. Semasa Kumpulan 1 ditangkap kem tawanan ini masih dibina. Apabila kami tiba ke situ kami menjadi kumpulan ketiga belas. Apabila tawanan dihantar ke kem tawanan, beberapa ratus orang akan berkumpul berhampiran pintu masuk. Semua orang mencari-cari adakah terdapat saudara atau adik-beradik.Kami dimasukkan ke dalam rumah panjang buatan kayu berbumbung besi bergalvani. Di sana terdapat orang Jepun yang bekerja sebagai tukang masak. Semasa waktu makan, makanan dimasukkan ke dalam bakul untuk diagihkan. Kami akan beratur membawa pinggan untuk mendapatkan makanan.
Menerima Pendidikan di Sekolah Menengah Saipan
Pada mulanya di kem tawanan, sekolah rendah akan terdapat satu dalam setiap kumpulan. Setiap sekolah akan dikumpul kanak-kanak yang telah dipilih. Sekolah Menengah Saipan pun dibina. Terdapat rancangan untuk mengajar Bahasa Inggeris oleh orang Amerika yang boleh bercakap bahasa Jepun. Kerana hanya terdapat satu sahaja sekolah menengah di kem tawanan, Pelajar yang pergi ke sana juga mempunyai jurang tiga hingga empat tahun. Kerana saya telah pergi ke sekolah menengah, jadi saya tidak perlu membuat kerja ketenteraan. Di sana pendidikan diberi berdasarkan demokrasi rakyat Amerika. Pelbagai jenis amalan pendidikan telah dijalankan. Oleh itu pembelajaran bukan perkara yang sukar. Di sana kami belajar mengenai demokrasi rakyat Amerika. Namun, “Jepun tidak kalah” “Jepun tidak akan kalah.” fikir saya jauh di sudut hati.
Kembali ke Okinawa dan Hidup Selepas Perang
Selepas itu setelah setahun dan tamat menjalani kehidupan di kem tawanan, saya pulang ke Okinawa. Pada awal tahun 1946, dengan menggunakan kapal pendarat tentera A. S. kami bergerak dari Saipan dan pulang ke Okinawa. Dalam kapal itu dipadatkan sehingga beberapa ratus orang. Selepas mendarat di Okinawa, pada hari pertama kami bermalam di kem Kubazaki di Nakagusuku. Selepas itu terdapat pondok khemah di tempat adik lelaki emak bermalam, jadi kami dipelawa ke situ dan berpindah ke pondok khemah yang dipanggil Kabaya. Dari situlah bermulanya kehidupan di Okinawa. Kami pergi mengambil bekalan makanan daripada tentera A. S. yang mengedar catuan, tepung gandum dan beras yang diterima kami akan memasaknya di rumah sendiri dan makan.
Membina Bangunan Sekolah Sendiri
Saya pergi ke Koza High School. Sekolah itu dibuat di bekas berek tentera. Quonset yang sangat besar dan tinggi itu merupakan bangunan separa silinder tentera Amerika. Selain terdapat juga pondok khemah dan bangunan beratap besi bergalvani dan atap jerami. Semua itu dibina sendiri. Kami mencari sendiri bahan-bahan, ada juga yang diberi dan menggunakan tenaga sendiri kami membinanya. Quonset besar ini berada berdekatan Awase dan pernah kami dibenarkan menerima latihan tentera A. S. sekali. Semua pelajar sekolah meruntuhkan Quonset, dan mengangkut ke jalan curam di Awase bersama-sama. Dan membina semula Quonset baru sendiri. Bagi membina bangunan sekolah, lubang digali dan tapak asas di bawah konkrit dan dikeraskan sebelum ditutup sekitarnya dengan tanah. Bahagian asas itu tertimbus dengan tanah sedalam satu meter, disebabkan itu Quonset itu lebih rendah binaannya berbanding bangunan lain. Dengan kaedah ini, bangunan ini tahan kepada angin ribut. Selepas taufan Gloria melanda pada tahun1949, tiada satu pun yang tinggal kecuali bangunan ini.
Sekolah menengah ketika itu menggunakan sistem empat tahun. kemudian diubah kepada sistem 6-3-3. Pada waktu itu saya tahun kedua, Sekiranya mengikut sistem sekolah baru, saya sambung ke tahun tiga dan tamat belajar. Tetapi untuk kami tahun dua perlu sambung lagi dua tahun sebelum habis belajar. Pelajar yang masuk semasa tahun 1 akan sambung ke tahun 2 buat kali kedua dan pelajar itu dipanggil “Tahun Dua Baru”. Kami tamat tahun ketiga dan tamat belajar. Jadi semunya selama empat tahun kami ke sekolah menengah. Semasa masuk Koza High School dan semasa tamat belajar menjadi Sekolah Menengah Koza, perubahan nama sekolah telah berlaku.
Kawasan tempat saya tinggal, lebih rendah satu aras daripada sungai. Di situ semuanya bendang. Selepas perang banyak jalan telah dibina dan bendang telah dikambus. Di kiri kanan tersusun rumah dan menjadi pekan. Kawasan itu apabila hujan lebat akan mengalami banjir yang teruk. Pada jalur bahagian timur menjadi banjir teruk dan air melimpah sehingga ke tempat sukan Sekolah Rendah Ageda. Kerusi dan meja dalam bangunan sekolah juga pernah hanyut.
Pernah selepas tamat perang, Sekolah Menengah Koza memiliki subjek Bahasa Inggeris intensif dan pusat pendidikan guru. Saya tidak berniat menjadi seorang guru dan ingin melakukan kerja ketenteraan. Selepas tamat sekolah menengah saya mengambil subjek Bahasa Inggeris intensif selama setengah tahun. Akhirnya saya mempunyai kaitan dengan sekolah apabila ditempatkan sebagai guru bahasa Inggeris. Tetapi sekalipun saya tidak pernah mengajar Bahasa Inggeris. Sebagai ganti saya terlibat dengan tugas rundingan di luar sekolah. Untuk pembinaan bangunan sekolah dan pengurusan sekolah saya telah berunding dengan pelbagai bahagian di merata tempat.
Mesej kepada golongan muda
Saya sangat berharap kepada generasi sekarang. Saya rasa generasi sekarang mempunyai dimensi yang lebih baik. Pada zaman saya, apabila berhadapan tentera A. S. apa sahaja yang diberitahu, kami akan bertindak balas secara terus kepada tentera A. S., namun generasi muda pula berbeza. Mereka menggunakan PBB(Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) sebagai landasan untuk bertindak. Generasi saya pula tidak pernah terfikir untuk menyatakan pendapat kepada PBB. Begitulah apa yang saya rasa mengenai dimensi generasi sekarang yang lebih baik. Uchinanchu(Orang Okinawa) mempunyai sejarah yang malang dan telah menempuhinya namun masih boleh membesarkan generasi muda dengan baik.
Selepas itu En. Masao Arime telah berkhidmat agak lama dalam Kesatuan Perkhidmatan Keguruan yang menjadi penasihat yang membantu meningkatkan persekitaran pembelajaran dan melindungi hak manusia dengan bersungguh-sungguh. Selepas tamat perang, terjadi perebutan tanah dan pergerakan pengembalian serta pergerakan yang membawa kepada keamanan telah diusahakan bersungguh-sungguh olehnya.