Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Pulau Ie Semasa dan Selepas Perang

En. Kamekichi Uchima

Tarikh Lahir:1937

Tempat Lahir:Kampung Ie

Pulau Ie sebelum perubahan drastik akibat perang

Saya berumur 7 tahun semasa berlaku Perang Okinawa. Pada tahun 1943, pembinaan lapangan kapal terbang di Pulau Ie bermula. Pegawai tentera Jepun pernah datang ke tadika dengan menunggang kuda. Pegawai tersebut nampak megah tetapi sedikit menakutkan seingat saya. Keluarga saya seramai tujuh orang. Ibu, bapa, empat orang kakak dan saya. Saya bersama-sama keluarga sentiasa di Pulau Ie jadi saya masih ingat keadaan semasa tentera AS mendarat.

Kehidupan dalam tempat perlindungan

Kalau tidak silap pada 13 atau 14 April 1945. Rumah yang beratap jerami kami terbakar tempat kami berlindung dari rumah kami tidak jauh hanya terpisah empat hingga lima meter kami hanya mampu melihat rumah yang terbakar tanpa mampu menyiram setitik air pun. Di udara pulak pesawat tentera AS sedang terbang. Kami berasa sangat bahaya Keluarga kami semua berkumpul seramai 25 orang duduk dalam tempat perlindungan kecil kami duduk memegang lutut dan tidak boleh melunjur kaki. Kami duduk selama empat hari dalam parit.

Arah selatan dari tempat berlindung dari jarak sejauh lebih kurang 200 meter terdapat hutan kecil dan dari arah hutan itu terdengar muzik yang tidak pernah saya dengar. Duduk dia dalam parit pun masih lagi bahaya keluarga kami meninggalkan tempat berlindung dan pergi kubur “Dalam kubur merupakan tempat orang mati” kata orang dewasa, “Orang yang mati akan dihantar ke kubur” “Mati di kubur dapat mengelak daripada menyusahkan orang lain” jadi kami berpindah ke kubur. Kami hanya berlari dengan pakaian pada badan kami sahaja jadi tiada bekalan makanan yang dibawa. Kami hanya berjalan membawa sedikit air dalam botol air 1.8 liter. Semasa bergerak kami bertembung tentera Jepun dan kami menawarkan air tentera Jepun tersebut minum semua air kami jadi kami dalam keadaan tiada air dan makanan.

Di kampung ada makanan dan air, keesokkan hari selepas lari ke kubur, kami cuba ke kampung untuk mengambil air dan makanan tetapi kami dapati terlalu ramai tentera AS disana kami tidak dapat pergi. Kami kembali dan pergi pula ke arah yang berlawanan iaitu ladang, dan mengambil ubi keledek dan 10 batang tebu dibawa pulang. Kami ratah semua itu mentah-mentah. Lembu dan kuda telah lari daripada rumah akibat perang. Kuda dan lembu yang tercedera ini akan mencari air dan pergi ke kolam
tapi mati akibat keletihan. Bangkai lembu dan kuda yang mereput mengeluarkan berenga, kami semua terpaksa minum air di kolam yang sedemikian. Kami mengambil air setelah subuh tetapi semasa hendak minum air pada pagi itu saya lihat ke dalam botol berisi air empat atau lima ekor berenga sedang bergerak-gerak tetapi kami tidak boleh membuang air itu. Kami tidak mempunyai bekalan air lain. Saya menggunakan seutas tali untuk mengeluarkan berenga dari botol dan minum airnya.

Pada 21 April ketika petang. Pesawat tentera AS biasanya akan terbang sebelum matahari terbenam tetapi pada hari itu tiada pesawat yang terbang, dan selalunya apabila malam kapal perang tentera AS akan menghampiri dan bedilan tembakan meriam akan berlaku tetapi kapal perang pun tidak kelihatan. Orang-orang dewasa keluar daripada kawasan kubur dan berkata “Semua orang boleh keluar” Kami semua pun keluar dari kawasan kubur “Lihat ke situ” kami diberitahu dan kami lihat dari puncak Gunung Gusuku bendera putih telah dinaikkan. Orang-orang dewasa memberitahu, “Jepun telah kalah dan perang telah tamat” Kami bersedia untuk mati jadi di sini jadi kami datang ke kubur, tetapi walaupun diberitahu perang telah tamat tiada siapapun yang keluar dari situ.

Menjadi tawanan dan kehidupan di kem tawanan

Pada keesokan pagi pada 22 April, beberapa tentera AS telah datang dan bercakap dalam bahasa Jepun yang teruk “kelyuwar, kelyuwar” yang pelat bunyinya bermaksud “keluar,keluar.” “tiyadar perluru, beri buwah” yang pelat bunyinya bermaksud “tiada peluru,beri buah” berulang kali menyebut perkataan itu memanggil kami pada waktu itu saudara mara yang dewasa “Sini tempat kita mati, jangan keluar dari kubur” “Kalau keluar pun tetap akan dibunuh, lebih baik mati di sini dapat pergi ke syurga” Kerana diberitahu sebegitu, tiada sesiapa pun yang keluar.

Dan tentera-tentera AS kembali semula dan datang ke arah sini. Bom gas pun dilemparkan ke dalam kubur. ”Bum” terdengar bunyi yang disusuli dengan asap putih yang memenuhi kawasan kubur. Ketika itu situasi mula menjadi buruk mata tidak dapat melihat akibat asap putih tekak terasa perit dan sukar untuk bernafas. Kami tidak dapat bertahan lagi di dalam kubur jadi kami meluru keluar berebut untuk sampai. Saya telah terhidu gas jadi tidak dapat bercakap. Sehingga 6 bulan saya saya tidak boleh bercakap.

Kami menaiki trak tentera AS

Dan dibawa ke kem tawanan perang Nagara. Di kem Nagara kami mula-mula dibogelkan. Tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Benda seperti minyak petrol dimasukkan ke dalam tong selepas itu kami mengetahui bahawa benda seperti minyak petrol itu merupakan cecair antiseptik putih. Seorang demi seorang dimasukkan ke dalam tong yang mengandungi antiseptik putih itu dan ditenggelamkan sehingga kepala dan dikeluarkan dari tong. Menurut cerita orang dewasa pada waktu itu
pinjal dan kutu terapung dalam cecair antiseptik dalam tong itu. Setiap kali seorang dimasukkan dan dikeluarkan daripada tong pinjal dan kutu yang terapung akan diambil buang apabila berkurangan cecair antiseptik itu akan ditambah. Beginilah cara semua tawanan dinyahkumankan. Saya ketakutan semasa seluruh badan saya dinyahkuman tetapi walaupun takut saya tidak takut akan kematian. Saya sentiasa bersedia untuk mati kerana perang. Selepas itu kami dibawa ke Tokashiki di Pulau Kerama yang dapat dapat dilihat daripada Pulau Ie. Saya sangkakan kami akan dibunuh di Kerama dan dilupuskan di satu tempat.

Kehidupan di Pulau Tokashiki

Pada awal bulan Mei seingat saya. Dengan menggunakan kapal pendarat kereta kebal tentera AS kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dan dipindahkan ke Pulau Tokashiki. Penduduk asal Pulau Tokashiki pula telah melarikan diri ke gunung jadi terdapat banyak rumah kosong di perkampungan. Penduduk Pulau Ie ditempatkan dalam rumah kosong tersebut. Rumah kosong saya ditempatkan mempunyai bumbung jubin yang mewah. Enam keluarga masuk ke rumah itu. Semasa tentera AS masih di Pulau Tokashiki terdapat bekalan barang bantuan kami menerima agihan jadi tiada masalah kekurangan makanan. Tetapi selepas tentera AS ditarik ke pulau utama Okinawa Lebih kurang seribu penduduk Pulau Ie dipindahkan ke Pulau Tokashiki yang pada asalnya mempunyai populasi 400 hingga 500 orang jadi pelaksanaan sistem untuk menghasilkan makanan tidak mencukupi.

Terdapat sawah yang sedikit, ladang pula ladang bertingkat. Ubi keledek dan sebagainya boleh ditanam tetapi. Ubi keledek perlu ditanam secara penanaman bertingkat jadi ubi keledek untuk penduduk Pulau Ie hanya boleh dikutip hasil untuk dua hingga tiga hari sahaja. Jadi kami membina tempat penghasilan makanan. Meneruskan kehidupan di Pulau Tokashiki agak sukar. Penduduk Pulau Tokashiki biasanya menangkap ikan untuk menyara hidup, tetapi kami tidak boleh menangkap ikan. Penduduk Pulau Ie hanya tahu bertani.

Selepas kami tiba pada bulan Mei, penduduk Pulau Tokashiki pula turun dari gunung kemudiannya sekitar bulan Jun. Apabila bertemu rakan sekelas di sekolah di Pulau Tokashiki, di kepala mereka terdapat kesan parut luka benda tajam di kaki dan tangan juga terdapat kesan yang masih baru. Mendengar perbualan rakan sekelas itu, ramai yang meninggal akibat “Bunuh diri beramai-ramai”. Mereka merupakan antara yang masih hidup mereka duduk dalam bulatan dan membunuh diri secara berkumpulan.

Sehingga awal bulan Jun buah beri gumi boleh didapati di gunung dan boleh dikutip untuk hidangan satu keluarga, tetapi kami tidak dapat mengutip untuk tiga kali hidangan kemudian kami pergi mengutip pucuk pokok terdapat juga pokok rumbia untuk dimakan. Selepas habis makan pokok rumbia tumbuhan tepi jalan pucuk pokok daun rumput semua benda boleh dimakan kami makan. Kami juga makan belalang sebagai sumber protein. Seekor belalang yang ditangkap kami akan buang kaki dan sayap kemudian makan mentah-mentah.

Selepas itu cicak kecil, pelbagai jenis cicak ada di pulau ini. Kami menangkap cicak yang hidup di pokok kepala dan kaki dibuang perut juga dibuang untuk dimakan mentah. Semua itu merupakan sumber protein.

Dari Pulau Tokashiki ke Pekan Motobu

Pada Mac 1946 kami berpindah dari Pulau Tokashiki ke Pekan Motobu. Tempat terletaknya Jambatan Sesoko sekarang ini. Kami berpindah ke kampung yang di panggil Kenken di Motobu. Di situ kami tinggal dalam khemah. Sebuah khemah dikongsi lima hingga enam keluarga, kami tinggal di sana sehingga Julai. Di sini ada bekalan bantuan tentera AS tetapi makanan tetap tidak cukup. Mujurlah bekalan tentera AS diturunkan di pantai berdekatan. Pada waktu itu saya darjah dua sekolah rendah pelajar-pelajar senior membawa saya “Trofi perang iaitu membawa pulang bekalan tentera AS” kata mereka. Kami tidak anggap sebagai mencuri tetapi sebagai trofi perang. Benda paling sedap daripada bekalan tersebut ialah aiskrim serbuk. Kami tidak tahu isi bekalan sehingga kami membukanya. Kerana perkataan pada kotak tersebut dalam bahasa Inggeris dan kami tidak tahu membaca bahasa Inggeris. Apabila kami membukanya dan bernasib baik mendapat aiskrim kami pasti gembira.

Selain itu, terdapat juga makanan perang tentera AS, kami akan membawa pulang bekalan itu ke rumah Ibu dan kakak saya gembira apabila mendapat tepung. Dua hari sekali kami akan pergi mencuri bekalan, ketika tengah malam. Pengawal berjaga sehingga 10 malam Ketika pukul 1 hingga 2 tengah malam, selepas berkumpul senior akan mengajak untuk mengambil “Trofi Perang”. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Sakitobu apabila tamat semester 1 dan cuti musim panas bermula kami menerima arahan daripada tentera AS untuk berpindah dari Kenken. Semasa cuti musim panas pada bulan Ogos kami berpindah ke Kampung Gushiken yang terletak di Sakimotobu pada waktu itu. Kampung itu berada di sempadan antara Kampung Nakijin dan Imadomari. Kami membina pondok khemah berukuran tujuh meter persegi dan menginap di sana dari bulan Ogos hingga bulan Mac tahun berikutnya pada 1947.

Kembali ke Pulau Ie dan bina semula

Kami kembali ke Pulau Ie pada bulan Mac tahun 1947. Sebelum penduduk Pulau Ie kembali ke pulau orang muda sebagai barisan hadapan kembali dahulu mendirikan pondok khemah sebagai tempat tinggal menyediakan khemah panjang separa bulatan melakukan persediaan supaya penduduk dapat terus tinggal selepas pulang. Keluarga saya dapat tinggal dalam khemah panjang separa bulatan. Di Pulau Ie terdapat bekalan bantuan tentera AS, dan catuan tersebut cukup untuk hidup selama enam bulan. Walaubagaimanapun, pada tahun itu sekitar bulan Julai dan Ogos jumlah catuan makanan mula berkurangan bahan makanan mula tidak mencukupi.
Jadi kami mula mendapatkan ubi keledek dan dan tebu yang tumbuh sendiri, ladang itu telah terbiar selama dua tahun jadi kami kutip untuk makan. Kami juga telah mengenalpasti ladang sendiri dan menanam ubi keledek walaupun kekurangan kami masih boleh makan.

Ladang yang tidak diusahakan selama dua tahun itu sangat semak dan terbiar. Tentera AS juga telah merosakkan dengan jentera berat. Sangat susah untuk memugar tanah. Sedangkan ladang biasa tidak dapat dibajak seorang diri oleh orang dewasa inikan pula kudrat kami pelajar sekolah rendah. Cangkul perlu dihayun sehingga dua hingga tiga kali barulah dapat menggemburkan tanah. Walaupun kami hanyalah pelajar sekolah rendah darjah dua tetapi kami telah disuruh memugar tanah yang terbiar ini. Semasa pergi mengorek ubi keledek yang tumbuh sendiri kami menjumpai ubi keledek yang besar-besar. Semasa kami mengorek ubi keledek kami terjumpa tengkorak manusia. Saya terperanjat dan mengambus semula lalu melarikan diri tanpa mengambil ubi keledek.

Di gudang bekalan tentera AS terdapat tikus besar. Kami gembira apabila berjaya menangkapnya. Botol-botol yang digunakan tentera AS bersepahan di sana sini, botol itu dipecahkan dan menggunakan serpihan botol kami membelah tikus akar rumput dicabut dan disumbat pada bukaan luka tubuh tikus akan mula mengembang. Lalu kulit dan isi akan terpisah kulit itu akan dicabut hanya isi daging yang dibawa pulang daging tikus merupakan sumber protein yang menyelerakan. Sangat besat walaupun hanya seekor tikus. Saya rasa tikus-tikus itu telah makan benda yang sedap. Daging tikus dimasukkan ke dalam sup pada waktu itu tiada periuk jadi kami menggunakan tin kosong daripada bekalan tentera AS sebagai ganti kepada periuk untuk memasak.

Kehidupan persekolahan di Pulau Ie

Apabila kembali ke Pulau Ie saya sambung ke darjah empat sekolah rendah saya tidak berasa cukup dengan pelajaran yang diterima. Jadi ibu menyuruh saya masuk semula ke darjah tiga. Disebabkan itu saya terlewat satu tahun untuk tamat sekolah rendah dan menengah. Di sekolah rendah Bangunan sekolah menggunakan pondok panjang berbentuk separa bulatan tetapi bangunan itu diterbangkan setiap kali ribut datang. Mulai darjah empat buku teks mula diedarkan. Disebabkan semasa darjah tiga kami tidak mempunyai nota mengenai apa yang ditulis pada papan hitam, kami memotong pembungkus simen kepada saiz yang bersesuaian dan melukis garisan untuk digunakan sebagai buku nota.

Kapal pengurusan bom tentera AS dan peristiwa letupan LCT

Semasa saya darjah empat, ketika itu cuti musim panas dan kami dalam perjalanan pulang dari memancing kami terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan perang akan bermula semula. Semasa kami terkejut dengan bunyi seperti bunyi guruh itu saya menyebut kata-kata seperti “kuwagishando, kuwagishando” bersembunyilah di bawah pokok mulberi menurut pesanan orang-orang tua pada zaman dahulu. Selepas terdengar bunyi letupan, kami bersembunyi di pokok mulberi yang berdekatan dan apabila bunyi letupan telah tiada kami kembali ke atas jalan dan melihat ke arah selatan dan nampak kepulan asap hitam besar yang naik. Saya pulang ke rumah masing-masing bersama empat hingga lima rakan sambil berfikir adakah bom atom telah dijatuhkan kemudian saya mendapat tahu ada kejadian letupan LCT. Saya tidak pergi melihat tempat letupan tetapi ramai saudara saya yang terkorban dalam insiden itu.

Ramai orang telah berkumpul di jeti untuk menyambut mereka yang pergi ke Nakijin untuk membawa pulang tulang yang mereka yang mati di sana. Ketika mereka mengenalpasti rangka orang mati sebuah kapal pendarat kereta kebal yang dimuatkan bom telah meletup dan mereka yang menunggu di jeti terbunuh dalam insiden letupan.

Pembinaan sekolah rendah

Semasa saya darjah lima dan enam bangunan baru sekolah rendah saya bangnan mula dibina dengan genting merah dan bukan dengan konkrit. Tapak asas bangunan sekolahmenggunakan batu sebesar ini. Pelajar sekolah akan membawa seorang seketul batu semasa datang ke sekolah untuk dimasukkan ke bahagian tapak. Selama dua bulan setiap hari kami akan mengangkut seketul batu dengan arahan pihak sekolah guru sekolah akan mengambil di pintu masuk sekolah. Pelajar yang tidak membawa batu perlu berpatah balik untuk mengambil. Walaupun waktu itu masih lagi kanak-kanak kami juga disuruh membantu dalam pembinaan sekolah.

Kelas hanya ketika pagi dan sebelah petangnya melakukan kerja semata-mata. Pelajar darjah lima dan enam akan menanam pokok di sekeliling sekolah. Sebelum hari sukan bermula tapak padang kami dipenuhi batu karang sahaja, jadi apabila terjatuh kaki kami dipenuhi luka. Kami lari berkaki ayam jadi tapak kaki kami akan melepuh darah apabila malam lepuh darah itu sangat sakit sehingga tidak boleh tidur. Selepas tamat sekolah menengah, saya bekerja sebagai pembantu pejabat di Sekolah Rendah Ie selama setahun. Saya disuruh sambung bekerja lagi setahun akhirnya saya bekerja di situ selama dua tahun.

Mesej kepada golongan muda

Setiap tahun pada bulan Jun di sekolah rendah sebelum Hari Peringatan sebagai pembelajaran keamanan. Saya sebagai orang merasai peperangan diberi masa satu jam untuk menyampaikan cerita. Kanak-kanak yang terjumpa di tepi jalan akan berkata “Pak cik yang telah menyampaikan cerita tentang perang” “Terima kasih”, saya diberi sapaan yang sebegitu. Saya berasa gembira kerana dapat menyampaikan kisah perang untuk kanak-kanak yang benar-benar mendengar saya rasa saya perlu menyampaikan cerita ini selagi saya mempunyai kekuatan.


Encik Kamekichi Uchima telah bekerja dengan lama sebagai staf di pusat pentadbiran Kampung Ie dan menjalankan tugas pentadbiran begitu lama. Selepas bersara, beliau akan menyampaikan kisah semasa dan selepas perang serta kesengsaraan menempuh hidup yang dialaminya sendiri kepada kanak-kanak di kawasan tersebut.