Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Menjadi Pembuat Pakaian: Kehidupan Saya Selepas Perang

Pn. Tomiko Nakamura

Tarikh Lahir:1934

Tempat Lahir:Bandar Haebaru

Semasa kecil

Ayah saya melakukan kerja pertanian. Ibu saya pula menenun kain jadi saya membantu ibu. Itu pun hanya membantu dengan kerja yang budak-budak mampu lakukan seperti memintal benang sahaja. Nenek pula akan berjalan sehingga Naha dan bermalam di sana untuk menjual kain. Dari sebelum peperangan, orang-orang di Kyan, Haebaru telah melakukan aktiviti menenun kain.

Melarikan diri ke Kochiya di utara Okinawa

Semasa perang kami melarikan diri ke Kochiya, kini Matsuda di Ginoza. Kami lari bersama penduduk kampung. Kami bergerak dengan menaiki trak besar. Di lokasi kami melarikan diri, kami menjalani hidup seperti biasa Ayah saya merupakan datuk bandar Kyan jadi kami tinggal di rumah datuk bandar Kochiya. Kami menerima layanan yang baik, makanan banyak diterima kerana situ mempunyai ladang yang banyak. Datuk bandar Kochiya telah lari ke gunung dan mati di sana pada waktu itu. Saya dapat tahu orang itu memakai kimono yang ditenun ibu saya ketika itu.

Pulang ke kampung selepas tamat perang

Kem tawanan perang Yaka (Muzium Peringatan Keamanan Wilayah Okinawa) Ayah telah ditangkap dan dimasukkan ke kem tawanan Yaka di Kin. Selepas itu, ayah juga dibawa ke kem tawanan Hawaii. Selepas tamat perang, kami berpindah dari Kochiya ke Funakoshi,Tamagusuku. Kemudian ke Ufugusuku pula di Ozato. Dari situ kami pulang ke rumah di Haebaru. Kami bergerak bersama dua keluarga dari perkampungan Kyan. Rumah telah terbakar tiada apa-apa yang tinggal. Perumahan beratap jerami (Muzium Peringatan Keamanan Wilayah Okinawa)

Pada mulanya kami membina rumah dengan atap jerami, kemudian rumah bumbung zink di bina untuk tinggal. Semasa peperangan seseorang nenek saya telah meninggal. Nenek terkorban semasa peperangan. Tempat nenek terkorban itu ditanam bersama botol yang tertulis nama nenek. Apabila kami kembali semula untuk mengambil botol dan abu mayat, botol dan abu tersebut telah hilang. Sehingga hari ini saya tidak tahu di mana abu mayat nenek.

Waktu pemulihan dan hidup di Kyan

Saya banyak membantu kerja di rumah. Membantu menyediakan makanan, seperti mengukus ubi dan membuat sup. Saya juga pergi mengumpul kayu api. Saya pergi ke gunung membawa pulang kayu api. Pucuk ubi juga banyak tumbuh di ladang, jadi saya mengeringkannya untuk dibakar. Semasa membuat tempura kami tiada periuk, jadi kami menggunakan topi besi tentera AS sebagai pengganti periuk. Tempura pun digoreng dan dimakan. Tempura ubi keledek. Minyak menjadi wangi dan sangat sedap. Jika difikirkan semula, semua itu perbuatan berbahaya. Kami menggunakan minyak enjin untuk menggoreng tempura.
Kehidupan sekolah waktu itu

Sejurus selepas tamat perang, sekolah rendah kebangsaan mempunyai lebih dari darjah enam sehingga darjah lapan. Semasa saya darjah lapan di sekolah rendah
sistem sekolah mula berubah, pelajar darjah lapan akan menjadi pelajar tingkatan satu sekolah menengah. Pada waktu itu tidak belajar pun boleh tamat sekolah. Kerja sekolah ada, tetapi dengan membuat ulangkaji sesiapa pun mampu menyiapkannya. Saya seorang yang suka belajar jadi saya belajar dengan banyak. Semasa majlis tamat belajar sekolah menengah rendah, saya menjadi wakil keseluruhan. Sebagai ganjaran saya menerima kasut buatan Amerika. Tetapi kasut itu terlalu besar sehingga tidak boleh dipakai. Menghadiri sekolah membuat pakaian

Selepas tamat sekolah menengah rendah, saya pergi ke sekolah membuat pakaian. Saya suka membuat pakaian. Saya diajak oleh rakan baik untuk bersama-sama ke sekolah membuat pakaian. Jadi saya pun setuju dan pergi dengannya. Sekolah pada waktu itu terletak di Kokuba, Naha. Saya tiada kasut untuk dipakai, jadi abang buatkan saya sepasang terompah daripada kayu. Dari Tsukazan, Haebaru saya berjalan pergi memegang terompah. Sebelum tiba di Kokuba saya akan membasuh kaki dan memakai terompah pergi ke sekolah. Terompah juga pernah dipenuhi lumpur jadi berasa sayang sekiranya saya memakai walaupun hari cerah. Jadi saya akan berjalan berkaki ayam dulu sampai berhampiran daerah sekolah.

Di sekolah membuat pakaian saya belajar cara membuat corak pakaian. Semasa saya masih pelajar di situ, saya dengar cerita bahawa jualan seluar panjang sangat laris jadi saya berfikir untuk membuat seluar panjang. Di sekolah saya masih belum belajar cara membuat seluar panjang, jadi saya membelah seluar panjang ayah dan melihat cara pembuatan sebenarnya. Setelah saya faham, saya pun mula menghasilkan seluar panjang.

Melakukan perniagaan membuat pakaian

Semua orang berkata barang yang sedia siap pasti akan terjual. Jadi, penduduk kampung yang sebaya saya mula membuat seluar panjang. Saya membeli mesin jahit dan membuat seluar panjang dan menjualnya di pasar di Naha. Saya menggunakan kain daripada pembungkus tepung gandum. Saya membeli pembungkus tepung dan mewarnakannya di kedai, kemudian menjahit seluar panjang dan menjualnya. Itulah cara hidup saya. Kebanyakkan seluar panjang saya warnakan dengan warna biru kelasi. Sehari saya buat dua atau tiga helai seluar. Orang mendapat tahu bahawa membuat seluar dengan mesin jahit lebih untung, jadi orang di Kyan mula membeli mesin jahit. Saya diberitahu terdapat lebih kurang 80 buah mesin jahit di kampung.

Saya juga membeli mesin jahit. Saya tidak mampu beli mesin jahit mahal tetapi saya telah beli mesin jahit Fukusuke. Saya juga membuat tanzen (kimono lapik pelindung sejuk). Sehingga jam 10:00 malam lampu akan menyala. Selepas 10:00 malam saya akan menyalakan lilin semasa menggunakan mesin jahit. Selalunya saya bekerja sehingga jam 12 tengah malam. Dengan hasil penjualan seluar panjang saya akan membeli kain dan sebagainya. Begitulah kehidupan saya berterusan.

Keadaan hari-hari

Pada hari istimewa, saya pergi menonton teater dan sebagainya. Saya juga pergi ke panggung wayang bersama kawan-kawan. Karya seperti Kimi no na wa dan Shiroi kyoto dan lain-lain telah saya lihat. Persembahan teater tersebut terdapat di pentas di kampung Ozato yang bersebelahan. (Pelakon teater Okinawa) seperti persembahan oleh Kotaro Ogimi dan Rokuro Takayasu telah pun saya lihat. Saya berkahwin semasa berumur 20 tahun. Saya mempunyai empat orang anak. Suami saya dua tahun lebih tua. Dia melakukan pertanian. Tanaman ubi dan tebu diusahakannya. Kerana keluarga kami tidak memiliki ladang, kami meminjam ladang orang untuk bertani. Di sebelah pula ada rumah abang sulung suami; suami saya anak kedua. Waktu itu tanah kosong ada di merata tempat. Sini merupakan tanah pak cik saya yang telah berpindah ke Hawaii. Mak cik saya memberitahu mengenai tanah, “Sekiranya hendak mendirikan rumah di sini pastikan mendapat kebenaran dahulu”. Kami pun mengirim surat kepada
pak cik di hawaii. “Ambillah tanah itu” balas pak cik saya melalui surat. Jadi tanah itu diwariskan kepada kami.

Saya mula menenun dari umur 40 tahun, dan mula serius belajar menggunakan mesin tenunan. Saya pergi ke tempat yang mengajar penghasilan kraftangan tradisional. Selain dari tempat kraftangan tradisional itu, saya juga belajar dari pekerja mahir tekstil di tempat saya. Mereka mengajar dengan lebih sopan dan mudah difahami.

Mesej kepada golongan muda.

Saya inginkan keamanan dunia yang kini berterusan selama-lamanya. Kita tidak boleh berperang lagi. Amat dahsyat.


Pn. Tomiko Nakamura menumpukan hidupnya dalam mempelajari teknik tenunan kain dan pada tahun 1997 diiktiraf sebagai artis warisan Jepun di Ryukyu kasuri. Beliau terus bertungkus-lumus memberi bimbingan kepada pelapis.