Kehidupan Yang Lebih Baik Bersama Kumpulan Wanita Selepas Perang
Pn. Keiko Matsuda
Tarikh Lahir:1927
Tempat Lahir:Kampung Yomitan
Hidup sebagai pelarian
Saya berumur 18 tahun semasa perang meletus. Saya tidak begitu peka terhadap peperangan pada masa itu. Ayah saya, dan abang sulung saya kemudian,
turut berjuang dalam peperangan. Kakak saya pula bekerja di pejabat pos. Yang tinggal hanyalah kanak-kanak kecil. Oleh kerana saya yang paling sulung di antara adik-beradik yang tinggal, saya turut membantu ibu dan selalu disampingnya untuk menjaga rumah. Pada masa dahulu terdapat satu pepatah “Pertahanan dengan senapang” dan selepas pihak lelaki pergi berperang sesiapa sahaja yang tinggal bertungkus-lumus untuk mempertahankan masyarakat tempatan. Persatuan Pemuda setempat juga membantu dengan sedaya upaya. Pada masa itu, kami terlalu muda untuk mengenal erti berjuang dalam peperangan, kedahsyatan perang ataupun erti sebenar perang.
Kami berpindah ke Hentona di Kunigami. Selepas itu, kami beredar ke sebuah penempatan bernama Toubaru. Penduduk-penduduk Youmitan juga berpindah bersama dengan kita. Pada mulanya, kita berteduh di rumah-rumah yang tertentu tetapi diarah untuk mendaki gunung kerana musuh menghampiri kita. Pada waktu malam, kami sekeluarga berkemas barang-barang kami dan mendaki gunung dalam kegelapan. Kami melarikan diri di daerah paling dalam gunung Hentona.
Bagi bekalan kami pula, kami akan turun ke ladang pada waktu malam dan membawa pulang cemil-cemilan. Kami sering mencari daun pucuk ubi yang bernama kandaba. Walaupun banyak daun yang dipetik terdapat lebih daun yang tumbuh apabila kami pulang ke ladang. Oleh kerana pucuk ubi melekat kepada akar selagi kami tidak memetik ubinya kami boleh memperolehi daun-daunnya yang akan tumbuh lagi. Kalau kami memetik semua ubinya, pasti tiada daun yang akan tinggal. Kalau kami biarkannya, bekalan makanan kami akan terjamin. Walaupun pengetahuan perladangan kami agak cetek, ini sahajalah yang kami tahu. Biarkan akar ubi kayu untuk bekal makanan keesokkan hari. Begitulah cara hidup kami. Pelan-pelan saya mula mengenal pasti tumbuhan yang tinggal dan di kawasan mana terletaknya.
Sekiranya bekalan makanan kami habis, kami akan mencari dan mengorek ubi. Pada mulanya kami agak was-was tentang tanaman yang boleh diperolehi di tepi jalan. Orang-orang tua yang ada bersama kami akan mengajar kami tentang tanaman-tanaman yang selamat dimakan. Apabila tanaman-tanaman yang lain habis dipetik, hanya daun pucuk ubi (Kandaba) sahaja yang tinggal. Saya percaya bahawa perkara yang menyelamatkan nyawa kami adalah ubi kayu Okinawa.
Apabila saya ke laut untuk mencari makanan, suar akan ditembak dan cahayanya membuat kawasan itu itu kelihatan lebih cerah daripada waktu siang. Kelibat manusia juga dapat dilihat dengan jelas. Pada suatu hari cahaya suar terlalu terang sehingga saya harus merangkak, lalu. Saya mendengar pelurunya jatuh ke kaki saya dan saya sangkakan kaki saya lesap tetapi sebaliknya, seluar saya sahaja yang koyak akibat peluru yang telah menembusinya.
Kami tinggal di kalangan gunung selama tiga bulan. Sekiranya perang berlarutan lebih lama kami tidak pasti atas bekalan makanan kami. Setelah kami menerima berita yang perang sudah tamat kami tidak pulang dengan segera. Pada waktu malam, kami bersembunyi dan beredar ke kawasan Yaka di Kin. Pada waktu siang, kami tidak bergerak. Kami tidak pergi ke kem tahanan. Seorang yang dikenali kami bertanya, “Kamu semua orang Yomitan, bukan?” “Saya ada ruang lapang di rumah kalau kamu hendak bermalam” Apabila kami tiba di sana, terdapat kandang-kandang kuda dan khinzir. Kami membersihkan tempat itu dan berbaring di atas apa-apa alas yang dapat kami jumpa. Namun bagaimanapun, kami tetap bersyukur dan gembira dapat bermalam di sana. Kami teruskan perjalanan kami pada keesokan hari dan mengambil masa beberapa bulan untuk menghampiri kawasan Yomitan.
Pada masa itu, kami tidak sedar bahawa ayah sudah lama terkorban dalam peperangan. Kami semua telah lama menantikan kepulangannya. Kami diberitahu bahawa ayah meninggal tidak jauh dari sini. Beberapa tahun kemudian kami dengar khabar yang ayah meninggal di Chatan. Kami sekeluarga mencarinya di merata tempat dan terjumpa sebuah kawasan yang kami percaya dia dikebumikan. Saya mula sedar bahawa ayah betul-betul sudah tiada.
Pada pendapat saya, tiada perkara yang lebih mengarut daripada peperangan. Saya kerap tertanya-tanya atas sebab-sebab manusia mencetuskan peperangan dan saling bunuh-membunuh, dan kenapa kami sanggup mengorbankan segalanya demi peperangan. Itulah sebab saya inginkan kedamaian. Saya percaya bahawa keamanan itu paling penting sekali.
Setelah tamat perang kami pulang ke Yomitan tetapi kami telah hilang segalanya. Saya masih lagi ingat kediaman keluarga Matsuda yang kini hanya tinggal tanah rata. Saya agak musykil yang di sini pernah terletak sebuah rumah. Perkampungan saya juga mengalami nasib yang sama Kami hanya mampu tercegat di sana dan menangis. Saya tertanya-tanya jikalau kami dapat meneruskan hidup sebegini. Kami tiba di kampung, penat daripada peperangan dan walaupun keluarga kami lengkap semula. Saya terkial-kial memikirkan cara untuk meneruskan hidup.
Memperbaiki hidup selepas perang
Pada masa itu juga terdapat satu kumpulan bernama Life Improvement Group yang bantu orang ramai untuk memberi galakan selepas tamat perang. Wanita-wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dilantik sebagai anggota kumpulan tersebut. Kami harus melakukan sesuatu untuk membina semula hidup, kerana kalau dibiarkan saja hidup kami pasti susah kelak. Perang tamat pada tahun 1945 dan pada tahun 1948. Kami bergabung tenaga untuk bermula cari jalan kehadapan buat hidup kami semua. Kami bersungguh-sungguh berusaha.
Kami ingin sekali memulihkan diri daripada kepahitan perang. Saya melaluinya, dan kekal, dan memandangkan hidup saya sekarang, dikurniakan dengan anak-anak saya ingin berusaha untuk membina hidup yang lebih baik. Keinginan tersebut yang menimbulkan harapan yang hidup akan pasti berubah. Apabila mengenangkan masa yang sukar itu, saya dilamun emosi. Walaupun hanya ubi kayu sahaja buat bekal makanan, saya yakin bahawa esok akan lebih baik.
Antara pakaian, makanan dan tempat tinggal, perkara paling susah adalah membina rumah. Kami sering menyanyi lagu “Tonarigumi no uta (Lagu kejiranan)” ketika itu “Jiran-jiran ketuk, ketuk” “Minta maaf kerana membuka jendela” Menurut liriknya, keluarga-keluarga besar kerap tinggal bersama dengan keluarga lain dalam rumah kecil dan mereka akan membuka jendela untuk saling berkongsi dan menolong satu sama lain. “Kami bakar ubi keledek terlebih jadi makanlah sedikit” Begitulah cara hidup kami selepas perang, dalam perumahan terancang.
Yang paling penting sekali makanan. Asalkan perut dapat dialas, kami dapat memikir dengan lebih baik. Pakaian Herringbone twill HBT(Tenunan Siku Keluang) merupakan seragam biru yang dikenakan tentera Amerika. dan sesiapa yang mempunyai pekerjaan dengan tentera akan selalu membawa pulang seragam HBT yang lama supaya kami boleh momotong kainnya untuk menjahit pakaian harian kami. Ketika itu, tiada pakaian untuk bayi-bayi yang baru dilahirkan. Selepas askar lelaki kembali dari perang jumlah kanak-kanak meningkat, dan setiap rumahtangga mempunyai tiga hingga empat anak. Sekiranya kami tidak dapat memperolehi pakaian untuk bayi kami akan menggunakan kain daripada payung terjun tentera Amerika untuk membuat pakaian. Apabila teringat semula, agak lucu dan juga menyedihkan tetapi kita akan mencari payung terjun yang koyak-koyak akibat diperangkap oleh pelbagai barang di daerah lapangan terbang. Kami akan keluar mencarinya untuk membuat pakaian bayi daripada bahan lembut payung terjun, dan menghadiahkannya kepada keluarga-keluarga yang baru sahaja beranak. Apabila bayi tersebut mula berjalan kami akan menjahitkan pakaian yang sederhana seperti seluar dan jaket daripada fabrik HBT. Tiada perbezaan buat kanak-kanak lelaki atau perempuan jadi kami akan mengenakan sulaman buat kanak-kanak perempuan Itulah cara sulaman bermula selepas perang.Kami menggunakan benang sutera yang sangat mudah untuk menyulam.
Setelah mula menyulam saya juga belajar cara-cara mewarnakan benang. Kami mengumpulkan daun-daun dan mewarnakan pakaian sendiri. Saya pernah terlihat seseorang kanak-kanak yang memakai pakaian sangat cantik diperbuat oleh seragam HBT yang mempunyai pelbagai corak, dan saya berjumpa dengan ibunya dan memintanya untuk mengajar cara menyulam corak-corak.
Memelihara Khinzir dan Perbelanjaan Rumah
Apabila anak khinzir dilahirkan, ibu khinzir hanya mempunyai 12 puting, jadi apabila 14 ekor khinzir lahir serentak, saya diseru untuk datang dan olehkerana terdapat banyak sangat khinzir yang diberanakkan saya diberi seekor anak khinzir. Saya pun pergi ke rumah rumah warga Amerika untuk meminta susu dan sisa-sisa makanan agar dapat dikongsikan buat membesarkan anak-anak khinzir. Saya juga menerima susu dan sisa-sisa makanan daripada makanan tengahari di sekolah. Benda yang dibuang juga saya terima untuk membesarkan anak khinzir. Sekurang-kurangnya mengambil masa enam bulan untuk membesarkan mereka pada masa dahulu dan mereka dipelihara dimana-mana sahaja rumah. Saya agak kagum yang begitu banyak sekali anak khinzir yang berkeliaran. Ketika itu setiap rumah memerlukan kandang khinzir, dan kita membina sebuah kandang yang dikelilingi batu untuk memelihara anak khinzir sebagai sumber pendapatan.
Akhirnya dapat juga kami menjana wang. Sambil membesarkan anak-anak kami. Kami mahukan mereka dapat menyambung sekolah sehingga sekolah menengah,
tetapi tidak semua keluarga yang mampu membuat demikian akibat kos yang amat tinggi. Disitulah menunjukkan betapa pentingnya pengurusan perbelanjaan rumah. Dengan bajet, kami dapat membentangkan pelbagai idea buat kehidupan.
Kelahiran Korus Nabekama
Inisiatif Korus Nabekama(Periuk Belanga) merupakan satu inisiatif yang amat menarik. Semasa kami bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan kami hanya 7-8 tahun yang sudah berlalu semenjak akhir peperangan. Ketika itu tiada pusat hiburan dan ini menimbulkan suasana yang agak suram. Dengan tiadanya televisyen ataupun surat khabar kami hanya mampu bersembang, meminum teh dan kemudian pulang rumah. Pada satu hari, seseorang daripada kalangan kami telah membawa tin-tin kosong yang menghasilkan bunyi yang sangat menarik.
Saya pun mengaturkan tin-tin kosong dan mula mengetuknya. Kemudian, seorang lagi mula menyanyi dengan suara lembutnya “Jiran-nya berketuk, knock, knock, knock” dan kami mula bergendang dengan periuk dan kuali mengikut rentak lagunya. Tak tersangka bunyi tudung periuk amat merdu. Saya pula bermainkan bahagian lesung. Kerana terlalu berat tiada sesiapa dapat mengangkatnya, jadi saya mengambil lesung dan alu kayu dan menggunakan penyapu untuk palu lesungnya. Bunyi yang paling sedap dihasilkan adalah Toumami (kacang buncis besar). Apabila kacangnya bergolek, ia menghasilkan bunyi yang sangat sedap saya sendiri kagum atas bunyinya.
Dengan ini, kami menghasilkan sebuah persembahan dengan menggunakan alat-alat yang telah kami bentangkan. Sehingga ke larut malam sebagai pengganti buat hiburan kami sendiri. Setelah kami mula bermain sama-sama kami rasa sungguh seronok. Kami memanggil persembahan tersebut sebagai Nabikankan (periuk-periuk dan tin-tin)
Setelah tamat kuliah-kuliah meningkatkan diri dan pembicaraannya kami seronok bermain Nabikankan untuk mengisikan masa lapang. Ada orang yang mencadangkan untuk kami mempersembahkannya semasa perayaan di kawasan setempat. Kami pula dapat menggubahkan lagu-lagu yang amat merdu
dan turut memanggil diri kami sebagai Korus Nabekama. Persembahan kami ditonton dan dikagumi oleh pihak kerajaan Ryukyu, “Sungguh hebat persembahan kamu ini!” “Kami inginkan mengalu-alukan kamu untuk membuat persembahan” Kami merantau jauh ke merata tempat sehinggakan ke Yanbaru iaitu bahagian paling utara. Saya percaya bahawa Korus Nabekama kami dapat menggembirakan ramai orang.
Pesanan buat golongan muda
Manusia patut saling sayang dan menolong satu sama lain. Adat sekarang yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja tidak boleh meraihkan kebahagiaan yang abadi. Saya pun tak pasti adakah sebab usia saya yang sudah lanjut tetapi saya rasa suasana sekarang agak berbeza jika dibandingkan dengan masa dahulu.
Keluarga-keluarga sekarang agak kecil berbandingkan dengan keluarga-keluarga dahulu. Saudara mara kerap jemput masing-masing makan bersama atau bermalam di rumah mereka dan kami saling bantu-membantusatu sama lain. Orang muda sekarang enggan bergaul dengan orang-orang tua. Walaupun banyak yang ingin kami menyampaikan kepada mereka, kami tidak dapat peluang yang banyak untuk menyampaikan pada masa sekarang. Sudah tentu kami tidak boleh kembali kepada masa lalu tetapi saya rasa golongan muda patut melibatkan diri dengan masyarakat tempatan. Membantu masyarakat tempatan dapat meningkatkan diri dan kanak-kanak. Saya rasa lebih elok untuk berfikiran seperti demikian. Memuaskan hati dengan hanya meraihkan anak di rumah sahaja boleh menimbulkan masalah dalam jangka panjang.
Menggunakan pengalamannya di sebuah pusat pemberian makanan selepas tamat perang, Pn Keiko Matsuda bekerja keras terhadap objektif menolong meningkatkan hidup masyarakat dan upacara-upacara tempatan. Dia mengisytiharkan sebuah program bernama Pertubuhan Pendidikan Setempat untuk pendidikan kanak-kanak dan juga untuk seluruh masyarakat setempat. Selepas itu beliau pernah memegang jawatan sebagai, Pengarah Kesatuan Wanita Okinawa dan Presiden Persatuan Pengkaji Pergerakkan Penambah Baik Kehidupan dan Ahli Pendamai di Mahkamah Kekeluargaan yang bertugas untuk keluarga dan masyarakat setempat.