Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Unchike Sabira “Jangan risau, saya akan tunjukkan jalan”

Pn. Yasuko Onaga

Tarikh Lahir:1929

Tempat Lahir:Bandar Naha

Perubahan rutin kehidupan sepenuhnya

Pada 27 Februari 1945, penduduk Kampung Mawashi telah mendapat arahan untuk berpindah ke Oshikawa di Kampung Ogimi. Ayah telah berpindah ke Oshikawa bersama orang kampung Yorimiya. Ketika itu ayah telah menyuruh saya untuk mengikutnya tetapi saya enggan beredar dan ingin tetap di rumah. Ayah pun berkata bahawa dia akan datang untuk mengambil saya dalam masa dua minggu dan juga untuk membuat keputusan pada masa itu. Namun setelah dua minggu berlalu ayah tidak datang juga. Pada 23 Mac, serangan tembakan daripada tentera A. S. bermula. Para pelajar daripada Sekolah Menengah Perempuan Daiichi telah diseru untuk ke Hospital Tentera Haebaru sebagai anggota bersenjata pihak pelajar. Dua hari kemudian, kawan baik saya, Sada, juga diarah untuk pergi ke hospital tersebut sebagai anggota bersenjata pihak pelajar Saya menghantarnya pergi pada 26 Mac Saya tinggal keseorangan,
tanpa tujuan yang tetap. Jiran saya, keluarga Kinjo,. bercadang untuk saya tinggal bersama mereka untuk mengelakkan dari kesusahan yang boleh timbul jika saya bertinggal keseorang di tempat perlindungan.

Kemudian, Kor Nagaoka dari Skuad Kesalamatan Khas 223 memanggil Nobuko dari keluarga Kinjo untuk menjadi anggota bersenjata pelajar. Kor Nagaoka merupakan unit tempatan dan tiada kakitangan jururawat ataupun tukang masak. Nobuko, yang telah diminta untuk membantu, telah berbincang dengan keluarganya tentang hal ini. Kapten Nagaok merupakan seorang paderi di Kuli Ankokuji dan juga seorang jurulatih di Sekolah Menengah Daiichi serta pembimbing abangnya Nobuko diberitahu bahawa Kor Nagaoka dipimipin oleh seorang yang amat dihormati dan turut membuat keputusan untuk menyertainya. Apabila saya mendengar khabar tersebut Saya berasa amat risau kerana takut ditinggalkan seorang diri Saya merayu dengan Nobuko untuk membawa saya bersama walaupun saya mungkin membebankannya

Menyertai Kor Nagaoka

Saya menyertai Kor Nagaoka bersama dengan Nobuko pada 31 1Mac. Umur saya ketika itu 15 tahun 4 bulan Saya ditugaskan untuk bekerja di sebuah gua yang amat besar di Kampung Mawashi di Shikina. Dengan segera, kami diberikan pakaian seragam seperti topi besi dan perkakas masak dan sejak malam itu. Tugas saya adalah sebagai tukang masak. Pada masa itu, saya menghadapi kesukaran untuk membuat onigiri akibat tangan saya yang amat kecil. Walaupun begitu saya masih sedaya upaya membantu tugas memasak. Saya menerima latihan kejururawatan di dalam gua pada siang hari. Selama dua minggu saya diajar mengenai cara membuat pembalut segitiga dan sebagainya daripada unit medik.

Pada satu malam apabila saya sedang mengambil air memandang ke laut arah barat, terlihat banyak kapal perang Amerika Syarikat yang berwarna hitam Apabila malam, terdengar bunyi peluru menuju ke arah kami. Sekitar minggu pertama bulan April, pesawat pejuang Jepun terbang menghala ke arah kapal perang A.S. Apabila lampu cari dipancarkan keadaan menjadi cerah seperti siang. Mencahayakan pesawat pejuang tersebut, lalu ditembak. Bunyi yang amat tragis didengar apabila pesawat-pesawat tenggelam ke dalam laut. Pesawat pejuang Jepun terperangkap sebelum dapat merempuh kapal perang A.S. bagaikan lebah terperangkap dalam sarang labah-labah dan jatuh terjunam ke laut. Melihat pemandangan tersebut, walaupun saya masih kecil lagi saya tertanya-tanya jika kita mampu menang peperangan ini.

Kor Nagaoka di tempat peperangan dahsyat Shuri

Selepas kejadian tersebut, pada 16 April, pertempuran di bahagian hadapan Shuri semakin rancak sehingga arahan berpindah diberikan. Kor Nagaoka beredar ke bukit yang bernama Nachijinamui. Terletak sebuah hotel di bukit itu sekarang Platun Pertama Kor Nagaoka mempunyai sebuah Pasukan Pelancar Bom Tangan. Walaupun pelancar bom tangan itu tidak begitu berkuasa namun itu sahaja salah satu senjata yang mereka ada. Selain daripada senapang kecil dan bom tangan. Itu sahajalah senjata-senjata Tentera Jepun yang tinggal. Tugasan yang diberi saya adalah untuk membawa nasi dan air kepada kem yang mempunyai 12 atau 13 anggota tentera. Pernah sekali, saya terpaksa melompat ke dalam parit dengan makanan untuk mengelakkan diri daripada ditembak oleh kapal perang A.S. Pelan-pelan saya mula mengenal pasti waktu-waktu tembak-tembakan musuh akan dilepaskan. Mereka tidak bertembak pada awal pagi ataupun masa senja jadi saya mengamalkan menjalankan tugas menghantarkan makanan pada waktu-waktu tertentu supaya dapat elak ditembak.

Apabila keadaan peperangan semakin teruk, Kor Nagaoka melaksanakan serangan-serangan pada waktu malam Mereka akan membawa bom-bom tangan dan melontarkannya ke tempat tidur tentera Amerika Syarikat pada waktu malam. Lima atau enam orang askar akan melaksanakan tugas ini tetapi yang pulangnya hanya satu atau dua orang. Daripada askar-askar yang saya berbual dengan, yang pulangnya hanya satu atau dua orang. Anggota-anggota platun pertama, kedua dan ketiga Kor Nagaoka yang masih hidup diarahkan oleh Kapten Nagaoka untuk berkumpul di Kuil Ankokuji yang berdekatan dengan Istana Shuri. Selepas itu, pada malam 18 Mei kami pun bergerak bersama kapten ke tempat perlindungan yang terletak di Ankokuji.

Pada 27 Mei, Kor Nagaoka diperintahkan untuk bertahan sehingga akhir hayat kerana kami merupakan unit tempatan. Pada masa itu, kita tidak lagi berjuang
Kita tiada pilihan lagi selain daripada bertedu dan menunggu tentera A.S. datang menyerang sahaja. Begitulah jalan cerita pada hari itu. Keesokan pagi pada 29 Mei, sebuah kereta kebal telah menembak ke arah tempat perlindungan kami Kerete-kereta kebal semakin menghampiri kami dan kami diserang dengan penyembur api. Selepas itu untuk menghalau kami, bom fosforus kuning turut dilontarkan.ke dalam tempat perlindungan kami. Saya hampir pitam akibat sesak nafas oleh asapnya. Pada masa yang sama juga saya mula mendengar bunyi pelik yang mengelilingi kami. Bunyi tersebut merupakan bunyi tentera A.S. menggali lubang ke dalam tempat berlindung kami. Saya terdengar suara kapten “Serangan kepungan tentera berkuda” katanya. Kemudian batu-batu runtuh dengan bunyi yang kuat sekali. Rak-rak yang terdapat di dalam tempat perlindungan itu dapat menahan batu-batu yang runtuh dan kami terselamat daripada dicedera oleh runtuhan tersebut.

Kami pun tidak tahu berapa jam telah berlalu setelah serangan yang dilaksanakan tetapi kita harus beredar dari sana apabila asap dan gas mula reda. Kapten berkata kepada saya “Mari sini” “Pegang tali pinggang ini.” Kapten mengeluarkan pedang Jepun besar dari tali pinggangnya dan meletakkannya kepada tali pinggang. Saya menjawab “Ya”, menggengam tali pinggangnya dan mula berjalan. Apabila saya tiba daripada tempat perlindungan bawah cahaya suar saya menyaksikan suatu peristiwa yang sungguh menakutkan sehingga bergigil satu badan. Anggota tubuh badan dan kepala-kepala digantungkan di dinding. Apabila saya melihat ke bawah, organ-organ bersepah di sekeliling lantai yang penuh dengan darah. Memandangkan hujan yang sedang turun saya tidak dapat memastikan jikalau cecair di lantai adalah darah yang bertakung ataupun air hujan. Yang disangkakan batu sebenarnya jasad manusia.

Saya juga tersandung kaki dengan sebuah mayat dan turut melepaskan genggaman tali pinggang lalu terjatuh daripada tebing. Saya tersadar di atas timbunan mayat-mayat. Saya pandang ke kiri, kanan dan di bawah kaki saya dan sedar bahawa saya dikelilingi dengan mayat. Saya fikir saya tidak mahu mati di sini. Saya merangkak keluar dan menuju ke daerah yang diterangi oleh cahaya suar. Kemudian terdapat tentera A.S. yang menghampiri saya, menyebabkan saya untuk baring sebelah mayat-mayat dan berpura-pura mati

Semasa menuju ke arah selatan, menghampiri Ichinichibashi dua askar Jepun melompat keluar daripada ladang tebu dan menarik saya ke dalam. Mereka mengarahkan saya untuk berdiri dan mencuba untuk mendirikan saya “Dari mana kamu datang” tanya tentera tersebut, “Datang dari Shuri” jawab saya. “Shuri telah ditangkap oleh tentera A.S.” “Kamu pasti pembelot” kata mereka. Sekali lagi mereka soalkan dari mana saya datang dan saya memberitahu mereka yang saya daripada Kor Nagaoka di Kuil Ankokuji dan saya diserang di sana oleh tentera kuda. Saya pun dedahkan yang saya seorang sahaja yang terpisah dan tiba di sini seorang diri. Tentera Jepun mengarah saya untuk dedahkan nama pemimpin saya jadi saya menjawab Kapten Nagaoka Apabila terdengar sahaja perkataan kapten disebut “Kapten telah berlalu di sini empat jam yang lalu” katanya mereka, sambil menunjukkan jalan.

Menuju Selatan mencari Kapten Nagaoka

Selepas itu saya menyambung perjalanan yang memakan hari untuk menyertai kembali Kor Nagaoka daripada Tsukayama ke daerah selatan. Semasa dalam perjalanan saya dapat tahu bahawa kumpulan Kapten Nagaoka telah pun tiba di gua Todoroki di Itoman. Saya tiba di gua Todoroki pada 4 atau 5 Jundan di sana terdapat kakitangan polis Okinawa dan Shuri.Di sana juga terdapat ramai askar dan juga orang awam yang berlindung. Terdapat beberapa anggota yang cedera tetapi seramai 40 orang dapat kekal dan beredar dari Shuri. Selepas itu, Kor Tama pula mengisytiharkan untuk Kor Nagaoka yang masih kekal untuk membantu barisan hadapan di Kuniyoshi dan Maesato. Terdapat lebih kurang 20 orang daripada Kor Nagaoka yang bertahankan barisan hadapan di Kuniyoshi dan Maesato tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak pulang kembali.

Kemudian, kami beredar ke sebuah gua bernama Maya-gama di Itoman dan tinggal di sana sehingga 22 Jun. Tiada makanan ataupun kemudahan di sana. Saya mendengar khabar bahawa 200 rakyat tempatan Yamashiro dan Kamisato yang berlindung di gua telah dihalau keluar oleh tentera Jepun. Kami menggunakan perkakas yang ditinggalkan untuk mengumpulkan air daripada stalagmit dan berkongsi dengan semua orang, sehirup. Selain air, pasukan medik telah menggubahkan satu cara untuk meraihkan garam. Dinding-dinding gunung batu kapur mempunyai sebuah bahan bernama “ishi no anda” yang mengandungi garam batu. Batu itu dipecahkan menjadi batu kecil, diletakkan ke dalam mulut, dan air liur yang dihasilkan dapat menolong otak kami daripada mati Itulah cara kita hidup.

Berpisah dengan Kor Nagaoka

Sejauh 22 Jun, saya tidak mendengar lagi bunyi meriam atau bom. Tiba-tiba kedengaran satu siaran dari arah laut. “Semua penduduk awam, kami tidak akan membunuh sesiapa yang tidak membantah kami; sila keluar dengan mengangkat tangan” Siaran tersebut kerap diputarkan sejak gelap pagi lagi. Kapten Nagaoka datang kepada kami apabila masih gelap di luar. “Arahan terakhir adalah serangan habis-habisan hari ini jadi wanita dan kanak-kanak mesti menyerah” “Sila mematuhi arahan yang diberi” “Terima kasih atas usaha-usaha anda di dalam perjuangan ini” Dia bersalaman dengan semua orang dalam cahaya yang malap lalu dia berkata kepada kami “Kamu semua masih muda, teruskan hidup.” “Kekal supaya dapat menceritakan perjuangan ini”

Bertemu semula keluarga di kem tawanan

Dengan itu, kami meninggalkan gua dan diambil sebagai banduan. Waktu saya ditahan di kem pertahanan di Ishikawa ramai orang yang telah membantu saya. Tentera A.S. telah membawa saya ke hospital tentera apabila saya dilamun penyakit demam panas. Mereka juga memotong rambut saya untuk menghilangkan kutu dan memberikan pakaian yang baharu untuk menggantikan pakaian lama yang penuh dengan kutu. Saya bersyukur dapat melihat sempurna lagi. Pihak tentera A.S. telah membuka sekolah dengan segera di kawasan jajahannya. Semasa kami berada di pertempuran peperangan di Shimajiri sekolah telah pun bermula di Ishikawa.

Pada suatu hari, seorang saudara lelaki yang saya sangka telah menyertai pasukan kamikaze di Manchuria tiba di kem Ishikawa menaiki jip tentera Amerika. Ternyata, pesawatnya telah terhempas di Pulau Ie dan dia hampir hanyut tetapi diselamatkan oleh penduduk awam mendapat rawatan semasa di tempat perlindungan. Saudara saya pernah bekerja dengan Landasan Keretapi Manchuria jadi dia boleh bertutur bahasa Inggeris dengan mahir. Kerana kebolehan bertutur dalam Bahasa Jepun dan Inggeris, beliau banyak membantu dalam kerja pengagihan makanan dan juga bekerja di pusat pengagihan makanan QM tentera A.S. “Saya akan bawa pensel dan kertas esok dan perlu pertolongan anda untuk tulis nama ahli keluarga” “Saya akan mencari mereka di kesemua sebelas kem tahanan” Saya mengikut arahannya dan beberapa hari kemudian, dia tiba untuk mengambil kertas tersebut. Selepas itu, saya menerima khabar daripada ibu saya dalam masa kurang sebulan.

Pada masa itu, ibu dan dua adik perempuan yang tiada makanan ataupun tempat yang berteduh meninggalkan tempat berteduh mereka, merentas gunung dan menyeberangi sungai Okawa untuk berpindah ke Sedake di Kampung Kushi. Apabila kami dapat tahu, saudara saya itu meminta askar Amerika untuk menumpangkan saya dalam lori pengangkutan makan setelah mendapat kebenaran untuk lawatan luar kawasan. Pada masa itu, keinginan saya untuk bertemu dengan kedua ibu bapa lebih daripada perasaan takut akan askar askar Amerika. Askar yang menurunkan barang di pusat pengagihan makan di Sedake melihat ibu dan saya menangis sambil memeluk dan lalu menangis juga. Walaupun kami tidak faham bahasa masing-masing kami tetap bersama-sama menangis. Saya rasa mereka turut faham rasa bertemu kembali keluarga tidak kira dari negara mana pun. Apabila saya pulang ke kem tahanan dia menyumbatkan gam dan beberapa lagi barang di dalam sebuah beg dan berikannya kepada saya, dan menolong saya turun daripada lori itu. Begitulah kisahnya saya dapat bertemu semula dengan keluarga.

Dari kem tahanan ke Komesu, Itoman

Pada 25 Januari penduduk Kampung Mawashi menerima arahan untuk dipindahkan ke bahagian selatan. Sebuah lori telah berhenti di kawasan yang terletaknya Menara Konpaku sekarang ini. Apabila saya melihat persekitaran kaki dan sekeliling, saya dapati tulang-tulang yang bersepah. Saya tertanya-tanya kenapa kami dikumpulkan di tempat seperti ini, dan bagaimanakah kami dapat meneruskan hidup. Kami perlu pergi ke khemah kecil yang telah ditetapkan. Namun satu khemah kecil itu pula dikongsi oleh enam keluarga.

Keesokkan hari orang-orang dari Kampung Mawashi dikumpulkan di kawasan lapang. Di situ ketua kampung yang baharu memulakan ucapan, “Saya Kazunobu Kaneshiro, penghulu baharu kamu.Kami berada di sini kerana tidak dibenarkan masuk ke Kampung Mawashi selagi tentera Amerika distesenkan di sana. Seperti yang semua orang tahu, kawasan sekeliling tempat ini penuh dengan tulang orang-orang yang terkorban. Kita tidak boleh melaksanakan hidup sambil memijak tulang-tulang mereka ini. Marilah kami mulakan hidup baharu dengan mengutip tulang-tulang ini. Bagi keluarga yang mempunyai dua orang dewasa, seorang patut mencari makanan dan yang seorang lagi tolong mengutipkan tulang. Itulah yang saya rasa kita patut lakukan sekarang.” katanya.

Mengumpulkan tulang.

Setelah kebenaran diberikan oleh tentaran A.S. ahli-ahli dilantik untuk menyertai pasukan mengutip tulang. Pada mulanya terdapat hanya sekitar 100 orang yang berminat tetapi mereka agak takut akan apa yang dilakukan oleh askar Amerika jika mereka terlibat dalam kerja mengutip tulang. Ada yang tidak mahu menyertai dalam latihan mengutip tulang kerana masih lagi terdapat bom-bom yang belum meletup yang sukar untuk mengenal pasti. Walaubagaimanapun, dengan 100 sukarelawan kami pun berpecah dalam tiga kumpulan dan usaha mengumpul tulang pun dimulakan.

Pada mulanya, kami mengutip tulang-tulang saudara mara sendiri dahulu. Kami mengutip tulang saudara mara yang dikenal pasti tempat dikebumikannya. Selepas itu, kita dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan itu ditugaskan kepada kawasan masing-masing. Begitulah cara kerjanya dimulakan.

Bermulanya kehidupan persekolahan

Pada minggu yang pertama selepas berpindah ke Komesu kami perlu melalui proses pendaftaran untuk dipindahkan ke Sekolah Menengah Itoman. Mereka yang bersekolah di sekolah perempuan atau menengah sebelum peperangan bermula dipindahkan ke Sekolah Menengah Itoman. Pasukan Mengutip Tulang ditugaskan untuk mengutip tulang, dan kami murid-murid pergi ke sekolah. Pada masa itu terdapat seramai 40 murid-murid dari kawasan itu, termasuk 12 pelajar perempuan.

Leftenan Jeneral Buckner dari tentera A.S telah terkorban di Maesato yang berdekatan dengan jalan ke sekolah. Jadi terdapat ramai askar dari pelbagai bangsa yang melawat kawasan itu. Anggota tentera juga akan datang dan memberi hormat kepada tugu jeneral tersebut pada hari rehat mereka. Pada satu hari dalam minggu pertama menyertai Sekolah Menengah Itoman kami bertembung dengan sekumpulan askar Amerika yang telah datang untuk menziarahi tugu. Dua orang pelajar perempuan telah dikejar oleh lima orang tentera A.S. dan hampir-hampir ditangkap. Kemudian, seorang pelajar lelaki memungut batu dari ladang dan melontarkannya kepada askar-askar tersebut. Batu itu rupa-rupanya terkena kepala salah seorang askar dan mereka turut melarikan diri. Sementara itu pelajar lelaki itu menarik tangan pelajar perempuan
dan membawanya pulang. Kami melaporkan kejadian tersebut kepada ibu bapa kami. Mereka berkata bahawa manusia tidak patut membahayakan nyawa semata-mata untuk belajar walaupun telah kekal daripada peperangan. Mereka pun membuat keputusan untuk tidak membenarkan pelajar perempuan ke sekolah lagi. Manakala hanya pelajar lelaki sahaja yang boleh ke sekolah sejak itu.

Untuk dua minggu, pelajar perempuan melakukan pelbagai tugas. Dulu, anak-anak yatim akibat perang tidak mempunyai pakaian. Mereka pasti tidak boleh kekal hidup dalam kesejukan bulan Januari bertelanjang ada yang akan berselindungkan diri dengan apa-apa yang dijumpainya setiap hari. Kami diarah untuk mendapatkan pakaian seragam tentera Amerika HBT memotong kainnya dan menjahitkan semula untuk baju-baju kanak-kanak. Jadi pelajar-pelajar perempuan ditugaskan untuk menjahitkan baju buat anak-anak yatim. Dalam masa yang sama, Sekolah Menengah Itoman cawangan Mawashi telah ditubuhkan. Dengan seorang pengetua, dan tiga guru yang mengajar matematika, bahasa Jepun dan bahasa Inggeris masing-masing. Saya pergi sekolah pada waktu malam dan mengutip tulang pada waktu siang

Pembinaan Menara Konpaku

Pada hari pembukaan cawangan sekolah penghulu kampung mengarahkan semua penduduk untuk mengutip tulang selama dua hari bukan sahaja pasukan, tetapi semua penduduk kampung disuruh mengutip tulang disekililing daerah mereka pada hari-hari tersebut. Tulang-tulang yang dikutip pula telah dikumpulkan di sebuah kawasan lapang yang terletaknya Menara Konpaku sekarang. Pada asalnya, Menara Konpaku tidak dibina atas tanah yang rata. Oleh kerana tempatnya itu berkawah, kami harus membungkuskan tulang-tulang dalam guni dan mengangkutnya. Letakkan tengkorak-tengkorak di sini, dan otot-otat di sana” arahan yang diberi. Tempat meletak tulang-tulang itu tidak rata tetapi melengkung ke dalam. Pada masa itu, alat mengorek ataupun mesin belum lagi ada tetapi kami tetap mampu menanam lebih kurang 350,000 ketul tulang.

Pada mulanya kami mengutip tulang-tulang daripada 2000 jasad. Kami bekerja mengikut arahan pasukan pengutip. “Apabila kamu melihat ke dalam tulang, dalamnya adalah serpihan bom” “Serpihan ini tidak boleh meletup, jadi bolehlah anda mengutip tulang-tulang ini” Itulah arahan yang diberi oleh mereka. Sebelum mengutip tulang, kami akan merapatkan tangan dan berkata “Guburi sabira (mohon maaf”) sebagai tanda hormat untuk menenteramkan roh-roh yang telah meninggal. Selepas itu, kami akan berkata “Unchike sabira “(Jangan risau, saya akan tunjukkan jalan). Kami diarahkan untuk selalu merapatkan tangan dan berkata “Guburi sabira”. Kami diajar untuk mengutip tulang otot-otot dahulu dan tengkorak terakhir sekali lalu meletakkan tengkorak di atas sekali setelah tulang lain diletakkan dalam guni. Tulang-tulang dua badan boleh dikandungkan dalam satu guni. Kanak-kanak yang kurus seperti saya agak sukar untuk mengangkat guni-guni yang penuh dengan tulang-tulang.

Kami tidak dapat makanan yang cukup dan akibatnya, tidak mempunyai kekuatan untuk memikul guni-guni itu seorang diri Ia mengambil dua orang untuk menarik guninya satu memegang bahagian masing-masing. Pada satu hari, saya terjumpa sebuah kawasan semak yang terdapat tumbuhan buah tomato kecil. Apabila saya menolak semak tersebut saya ternampak tiga buah tengkorak. Tengkorak ibunya agak besar, dan tulang belakangnya seperti membengkokkan diri. Dia kelihatan seperti mendakap anak-anak kecil. Apabila saya mengutip tulang-tulang tersebut. Saya tertanya-tanya apakah dosa anak-anak kecil ini sehingga mereka terbunuh apakah yang ibunya merasakan apabila melihat kedua-dua anaknya mati di hadapannya. Sebagai seorang wanita kemarahan saya mula menimbul dan tangan saya mula menggeletar
sehingga tidak mampu mengutip tulang-tulang tersebut. Dengan bantuan kawan saya, kami mengutip tulang-tulang keluarga ini dan meletakkanya dalam guni.

Saya tidak terdaya untuk memikul guninya apabila tiba masa untuk diangkat. Kami berdua sedaya upaya mengangkat beg itu sehingga ke Menara Konpaku.
Pengalaman ini membuat saya berfikir dengan dalaman tentang sebab-sebab manusia harus melalui peristiwa yang sangat buruk dan tujuan sebenar peperangan berlaku. Perasaan marah sekali lagi menimbul dan saya tertanya-tanya kenapa negara Jepun selain tenteranya membenarkan rakyat-rakyatnya mati dalam keadaan yang sangat tragis. Kami penduduk Kampung Mawashi teruskan mengutip tulang-tulang di kawasan yang terletak Menara Himeyuri dan Menara Kenji. Penghulu kampung dan isterinya juga mengambil berat dalam kerja mengutip tulang.

Saya menyertai sekolah perempuan untuk dua tahun dan perang bermula di pertengahan tahun ketiga saya. Setelah tamat perang, saya menyertai Sekolah Menengah Itoman Sekolah Menengah Mawashi dan akhirnya tamat persekolahan di Sekolah Menengah Shuri. Oleh kerana kerap berpindah sekolah saya tidak begitu ingat sangat apa yang dipelajari. Saya mula pergi ke Sekolah Menengah Shuri pada September 1946. Saya belajar di sana selama setengah tahun dan menggunakan buku teks cetakan mimeograf untuk belajar.

Mesej kepada golongan muda

Perkara yang ingin saya sampaikan kepada golongan muda adalah walaupun agak penting untuk mendengar pengalaman saya melalui peperangan terlebih dahulu saya ingin mereka belajar sejarah dengan penuh teliti. Fikirkan mengapa berlakunya perang. Masyarakat yang harmoni tidak dapat dibina. Jikalau pembelajaran sejarah diabaikan.


Pn. Yasuko Onaga menjadi pengajar sekolah rendah dan berusaha untuk mengajar pendidikan keamanan. Selepas bersara, beliau menyertai pasukan pencerita dan menyampaiakan keadaan sebenar perang Okinawa berpandukan pengalamannya sendiri.

Sebagai seorang yang kekal daripada perang, beliau mempunyai misi yang ingin dilaksanakan kepada orang muda tanpa kira luar atau dalam wilayah Okinawa, untuk menumpukan usahanya dalam menyampaikan kisah peperangan Okinawa.